10 Ikon Manusia Hebat

8

Siapakah manusia yang hebat? Bagaimanakah penilaian untuk seseorang itu dinobatkan sebagai tokoh yang hebat? Adakah kerana jawatan dan pencapaiannya? Atau harta dan kemewahannya? Atau dikira pada segala sijil dan pangkatnya?

Rasulullah s.a.w. pernah menyenaraikan 10 orang manusia yang hebat dan tiada sesiapa yang mampu menandingi kehebatan mereka. Mereka diisytiharkan paling hebat kerana ketika masih hidup, telah dijamin bakal menjadi ahli syurga! Masih adakah kehebatan Iain yang mengatasi kehebatan jaminan syurga di akhirat ketika seseorang itu masih hidup?

Baginda bersabda yang bermaksud: “Abu Bakar (al-Siddiq) di syurga, Umar (al-Khattab) di syurga,Uthman (bin‘Affan) di syurga, Ali (bin Abi Talib) di syurga, Talhah (bin Ubaidillah) di syurga, Zubair (bin ‘Awwam) di syurga, Abdul Rahman bin
Auf di syurga, Sa‘ad (bin Abi Waqqas) di syurga, Sa‘id (bin Zaid) di syurga dan Abu ‘Ubaidah bin al-Jarrah di syurga.” (Riwayat al-Tirmizi, no. 3747)

Rahsia Kehebatan

Semua tokoh di atas dikenali sebagai “al-‘asharah al-mubashsharun bi al-jannah” yang bermaksud 10 orang yang  diberi berita gembira dengan jaminan  syurga oleh Rasulullah s.a.w. Setiap  tokoh tersebut mempunyai keperibadian dan kelebihan masing-masing. Namun mereka  semua mempunyai satu persamaan iaitu iman  yang kental dan sanggup berkorban demi  mendukung ajaran yang dibawa oleh  Rasulullah s.a.w. sepanjang hidup mereka.

Latar belakang dan usia mereka berbeza,  tetapi hati mereka disatukan dengan rasa  ketauhidan kepada Yang Maha Esa serta kecintaan yang tidak berbelah bahagi  kepada junjungan besar, Nabi Muhammad  s.a.w. Mereka mempunyai sejarah silam tersendiri sebelum memeluk Islam. Namun  setelah menerima cahaya hidayah daripada  Allah, mereka menjadi tokoh terbilang
sehingga nama-nama mereka terus mewangi dalam kitab-kitab sejarah sebagai tokoh yang menjadi graduan “madrasah”
Rasulullah s.a.w.

Kisah-kisah yang menjadi sebab  “turning point”setiap tokoh ini memeluk Islam sangat menarik untuk dikaji dan diteliti kerana terselit dalamnya jutaan mutiara iktibar khususnya buat para pen- dakwah yang bercita-cita menyambung risalah perjuangan mereka. Begitu juga dengan pelbagai mihnah (cabaran) yang dihadapi sepanjang menggenggam amanah Islam yang diterima oleh mereka daripada Rasulullah s.a.w. Islam bukan sekadar untuk diamalkan secara fardi (individu), tetapi mestilah disebarkan
kepada seluruh manusia walaupun terpaksa berhadapan dengan pelbagai ancaman dan halangan. Mereka telah “lulus” dengan jayanya sehingga ada yang gugur syahid dalam menunaikan amanah ini.

lkon Sebenar

Merekalah ikon yang seharusnya diketengahkan dalam kalangan masyarakat. Kisah-kisah mereka mestilah disebarluaskan agar menjadi contoh dan pengajaran kepada umat Islam pada zaman kini. Ada daripada kalangan mereka yang berniaga dan ada yang miskin. Mereka juga suami dan ayah. Mereka pernah sakit dan bergurau mesra dengan insan
sekeliling. Mereka juga contoh ahli ibadat yang sangat kuat amalannya, di samping pejuang yang tiada tolok bandingnya di medan perang. Mereka sangat berIembut sesama orang Mukmin, tetapi sangat tegas apabila ada hukum-hukum Allah yang tidak dipatuhi.

Kecintaan mereka kepada Rasulullah s.a.w. terpancar dalam setiap tindak- tanduk dan ungkapan mereka. Terlalu banyak contoh mulia terselit dalam keperibadian setiap sahabat ini se- hinggakan Rasulullah s.a.w. membuat perumpamaan bahawa mereka dan sahabat-sahabat Baginda yang lain ibarat bintang yang menjadi panduan orang bermusafir mencari arah (amalan musafir di padang pasir). Sekiranya umat Islam hari ini ingin mencari panduan untuk dicontohi dalam perjalanan kehidupan mereka,
para sahabat Rasulullah s.a.w. inilah ikonnya.

Siapa lkon Umat Islam Masa Kini?

Malangnya, suatu realiti yang tidak dapat dinafikan ialah sebahagian besar umat Islam pada hari ini kurang mengenali tokoh-tokoh yang hebat ini. Pepatah Melayu menyebut, “tidak kenal maka tidak cinta”. Oleh sebab itu, apabila tidak kenal dan tidak cinta, sudah pasti tiada langsung perasaan ingin mencontohi mereka dalam kehidupan. Dalam situasi ini pula, golongan yang Iebih dinobatkan serta diagung-agungkan adalah daripada kalangan manusia yang sebenarnya amat jauh daripada Allah.
Zahimya mereka kelihatan hebat dan ceria, tetapi hati mereka sentiasa kusut disebabkan tidak mendapat kekuatan daripada Pencipta hati dan Pencipta manusia sendiri. Apabila golongan ini menjadi ikon dan segala perangai serta gaya hidup mereka ditiru, maka semakin bertambah jauh- lah masyarakat daripada “bintang” yang Rasulullah s.a.w. maksudkan, lantas manusia terus teraba-raba dalam kegelapan.

Pelbagai masalah sosial dan ke- hidupan terus menular sehingga wujudnya suasana seolah-olah tiada panduan agama dalam tindakan yang diambil. Justeru, semua pihak perlu memainkan peranan mengembalikan rasa cinta kepada generasi sahabat yang dididik oleh Baginda s.a.w., lantas mencontohi sikap dan gaya hidup mereka dalam mengharungi realiti
kehidupan masa kini.

Pihak bertanggungjawab perlu mewujudkan sukatan mata pelajaran pendidikan ke arah mengetengahkan tokoh—tokoh ini.         Para ulama perlu memperbanyakkan penyebaran maklumat berkaitan ketokohan mereka. Ibu bapa juga perlu berusaha mencari bahan-bahan bacaan atau informasi terkini sebagai bekalan untui anak-anak yang sedang membesar dan pelbagai lagi usaha lain perlu digiatkan berdasarkan ruang lingkup dan kemampuan seseorang.

 

bunting-murah bua tduit dengan youtube adsense

Comments

0 comments… add one

Leave a Comment