60 kumpulan nasyid sokong HIMPUN – Mursyid Malaysia

KUALA LUMPUR 10 Oktober – Sekretariat Himpunan Sejuta Umat Cegah Murtad (HIMPUN) berkesempatan bertemu Gabungan Penasyid-penasyid Malaysia (MUNSYID MALAYSIA) untuk mencapai kata sepakat untuk bersama-sama berganding bahu menjayakan HIMPUN pada 22 Oktober 2011 ini.

Pertemuan Sekretariat HIMPUN yang diketuai oleh Pengerusi Bersama HIMPUN, Dr. Yusri bin Dato’ Hj Mohamad dari Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) dan Setiausaha Sekretariat HIMPUN, Tuan Hj. Aminuddin Yahaya yang juga merupakan Timbalan Presiden ISMA mendapat respon positif Munsyid Malaysia menyahut seruan HIMPUN demi keberlangsungan agama Islam di tanah air kita tanpa di tekan dengan gejala liberal.

Munsyid Malaysia terdiri daripada Rabbani, In-Team, Hijjaz dan banyak lagi merupakan satu pertubuhan yang menyatukan munsyid atau penasyid di seluruh negara.

Sekretariat HIMPUN sentiasa mengalu-alukan sebarang bentuk kerjasama positif dengan mengekalkan prinsip dan dasar asas HIMPUN.

Lagu Rasmi HIMPUN : Mursyid Malaysia

bunting-murah

Comments

0 comments… add one

Leave a Comment