Akhlak Suami Semasa Isteri Hamil

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini
ds

Akhlak merupakan sikap yang amat penting untuk ditanam dalam diri manusia. Jika anda bergelar suami, anda hendaklah mempunyai akhlak yang baik terhadap isteri anda dan begitu juga sebaliknya. Akhlak yang baik boleh memastikan perhubungan berkekalan dan membawa kea rah keluarga yang bahagia tambahan lagi apabila isteri tengah hamil. Berikut merupakan akhlak yang perlu ada dalam diri suami ketika isteri tengah hamil:

  • Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==
  • Menunjukkan dan memberikan kasih sayang sepenuhnya kepada isteri
  • Bersikap jujur dan tidak melalukan perbuatan/percakapan kasar terhadapnya kerana perasaan isteri sangat sensitif terutamanya semasa hamil
  • Jangan mudah mengeluarkan perkataan “talak” kerana ia akan menyebabkan emosi isteri terganggu. Kawal kemarahan dan sebaiknya tidak perlu marah kerana ia tidak membawa apa-apa kebaikan.
  • Hargai dan berikan pujian atas kasih sayang dan pengorbanan isteri. Dengan itu, isteri akan lebih rasa tenang dan gembira.
  • Jauhkan daripada merendah-rendahkan isteri di hadapan orang lain kerana ia akan membuatkan perasaan isteri terluka, tetapi jagalah hati isteri dan sentiasa membuatnya sentiasa merasa senang.
  • Membantu isteri dalam menyelesaikan kerja rumah seperti mengemaskan rumah dan memasak.
  • Memahami keadaan dan masalah yang dihadapi oleh isteri. Pastikan anda sentiasa mengambil berat akan kesihatan dan perasaan isteri.
  • Membantu isteri dalam melakukan kebaikan dan juga ibadah.
  • Memberikan motivasi dan dorongan kepada isteri untuk lebih bersemangat serta tabah terutamanya apabila isteri berada dalam kesulitan dan tidak sihat.
Join Affiliate Shopee Percuma Klik - AFFILIATE SHOPEE
See also  Ke Arah Kecemerlangan Kepimpinan
2 comments… add one
  • mak ayah memang sangat perlu tunjukkan akhlak yang baik kepada anak2
    bukan hanya beri nasihat je

  • Ya.

    Jagalah bini setiap hari, sebab kita nak bersama mereka untuk jangka masa yang lama..

Leave a Comment