Al-Quran Al-Karim Dengan Panduan Dan Ibtida’

156128_279509655498085_176969312_n2

Al-Quran al-Karim dengan Panduan Waqaf dan Ibtida’merupakan satu panduan waqaf (memberhentikan bacaan) dan ibtida’(memulakan bacaan) yang pertama di Malaysia dan juga yang pertama seumpamanya di dunia.
 
Keistimewaan al-Quran ini adalah dengan menggunakan sistem warna yang jelas dan menarik bagi memudahkan pembaca al-Quran memberhentikan bacaan (waqaf) dan memulakan bacaan (ibtida) dengan sempurna.
 
Kesempurnaan dan pengetahuan mengenai waqafdan ibtida’amat penting dalam setiap pembacaan ayat-ayat al-Quran. Ini dijelaskan oleh Sayidina Ali r.a. dalam mentafsirkan maksud “tartil” pada surah al-Muzzammil ayat 4, bermaksud:
 
“Bacalah al-Quran dengan bacaan secara tartil.”
 
Bacaan “tartil” yang ditafsirkan oleh Sayidina Ali r.a. adalah membaca al-Quran dengan bertajwid dan memahami kaedah waqaf dan ibtida’ (Al-Munir fi Ahkam at-Tajwid, hlm. 177)
 
Al-Quran al-Karim dengan Panduan Waqaf dan Ibtida’ ini tidak sesekali mengubah tanda waqaf yang sedia ada dalam al-Quran. Jika pembaca itu mampu dan berupaya menghabiskan bacaan dan berhenti pada tanda waqaf yang sedia ada dalam al-Quran, maka itu adalah lebih baik dan lebih diutamakan. Namun, jika terdapat ayat yang panjang dan tidak terdapat tanda waqaf, maka pembaca boleh menggunakan panduan yang disediakan.
 
Di sini terdapat tiga wama iaitu merah, hijau dan biru.
 
Bagi ayat yang berwarna merah, pembaca boleh memberhentikan bacaan (waqaf) di akhir perkataan yang berwarna merah dan memulakan bacaan (ibtida’) di awal perkataan yang berwarna merah seperti:

اٌلَّذِيْنَ يَنْقُضُوْنَ عَهْدَ اللهِ مِنْ بَعْدِ مِيْثَقِهِ وَيَقْطَعُوْنَ مَآ أَمَرَ اللهُ بِهِ أَنْ يُوصَلَ وَيُفْسِدُوْنَ فِى اٌلأْرَضِ أُوْلَئِكَ هُمُ اٌلْخَسِرُوْنَ

Seterusnya, bagi ayat yang berwarna hijau yang terletak di hujung ayat yang berwarna merah, pembaca boleh berhenti (waqaf) pada akhir perkataan yang berwarna hijau dan memulakan bacaan di awal perkataan yang berwarna hijau, tidak perlu mula di awal perkataan berwarna merah seperti:

اٌلَّذِى جَعَلَ لَكُمُ اٌلأَْرْضَ فِرَشًا وَاٌلسَّمَآءَ بِنَآءً وَأَنْزَلَ مِنَ اٌلسَّمَاءِ مَآءً فَأَخْرَجَ بِهِ ِمنَ اٌلثَّمَرَتِ رِزْقًا لَّكُمْ فَلَا تَجْعَلُواْلِلَّهِ أَنْدَادًا وَأَنْتُمْ تَعْلَمُونَ

Akhir sekali, pembaca boleh berhenti di akhir perkataan yang berwarna biru dan memulakan bacaan pada perkataan selepasnya dan tidak perlu mengulang kembali perkataan yang berwarna biru itu, seperti:

 وَمَآ أََمْوَلُكُمْ وَلآَ أََوْلَدُكُمْ بِالَّتِى تُقَرَبُّكُمْ عِنْدَنَا زُلْفَى إِلاَّ مَنْ ءَامَنَ وَعَمِلَ صَلِحًا فَأُوْلَئِكَ لَهُمْ جَزَآءُ اٌلضِّعْفِ بِمَا عَمِلُواْ وَهُمْ فِى اٌلْغُرُفَتِ ءَامِنُونَ

Pada kesempatan ini, kami ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada al-Syeikh Mahmud Amin Tantawi yang merupakan mantan Pengerusi Lembaga Tashih al-Quran Mesir atas kesudian beliau membaca, menilai dan’mene|iti Al-Quran al-Karim dengan Panduan Waqaf dan Ibtida’ ini.
 
Tidak lupa juga penghargaan setulus ikhlas kamj kepada penerbit Telaga Biru Sdn. Bhd. kerana sudi menerbitkan al-Quran ini.
Kami amat berbesar hati sekiranya al-Quran ini diterima baik oleh segenap masyarakat dan memberi manfaat kepada pembaca al-Quran. Kami juga mengalu-alukan sebarang kritikan, komentar dan nasihat daripada pembaca agar dapat memantapkan lagi panduan waqaf dan ibtida’yang kami sediakan ini. Hanya kepadaMu ya Allah kami panjatkan doa agar usaha dan prakarsa kami ini diberkati dan dirahmati oleh-Mu. Amin, ya Rab al-‘alamin.
bunting-murah

Comments

2 comments… add one
  • Amir

    betul..kena jaga waqaf dan ibtida’. takut nanti lari maksud ayat yang kita baca 🙂

  • azimah mohd zainuddin

    pengisian web yang baik. Semoga ilmu yang dikongsi dapat dimanfaatkan bersama

    http://www.lovehutladyvitamin.com

Leave a Comment