Al-Quran Di Bakar Oleh Tentera Amerika Di Afghanistan

Sungguh Biadap tentera Amerika Syarikat (AS) apabila bertindak membakar bahan bacaan dan Al-Quran milik banduan di penjara Afghanistan yang kononnya untuk menghantar mesej rahsia antara satu sama lain.

Tindakan tentera AS itu telah mencetuskan satu tunjuk perasaan anti AS oleh sebilangan besar rakyat Afghanistan di luar pangkalan tentera AS berpusat di utara Kabul.

Dengan turut membaling bom petrol ke arah bangunan di pangkalan tentera udara Bagram dan di balas tembakan peluru getah dari menara pengawal.

Di kabul pula ribuan penunjuk perasaan berdemonstrasi dengan melaungkan slogan anti AS sehingga pasukan keselamatan terpaksa diletakkan di beberapa kawasan.

Atas insiden ini, Jeneral John Allen telah memohon maaf dan mengarahkan siasatan di jalankan terhadap anggotanya.

Dalam satu kenyataan, Hamid Karzai mengutuk tindakan biadab tentera AS itu dan turut menghantar delegasi untuk menyiasat kejadian itu.

Yang terkini Barack Obama pula memohon maaf atas kejadian ini :CNN

Dunia Maklumat

0 comments… add one

Leave a Comment