Allah Tetap Suka!

green_allah_wallpaper-1920x1080

Tahukah anda, dalam keadaan tertentu ketika  melaksanakan ibadah, kita berada dalam  keadaan tidak terurus, kusut dan sebagainya  tetapi Allah tetap suka?
 
Perhatikan contoh-contoh berikut:
 
Orang yang berpuasa akan mengalami perubahan  bau mulut akibat perut yang kosong daripada  dimasuki makanan.
 
Rasulullah s.a. w bersabda yang bermaksud  ‘Bau mulut orang berpuasa leblh harum di sisi Allah berbandmg bau kesturi (Riwayat Ahmad)
 
Orang yang berjihad, walaupun cedera dan  mungkin keadaannya mengerikan serta  berlumuran darah, akan dibangkitkan dalam  keadaan demikian sebagai saksi jihadnya.  Malah darah itu baunya sewangi kesturi
 
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Demi yang jiwaku berada di tangannya, tidaklah seseorang terluka di jalan Allah, dan Allah mengetahui siapa orang yang  terluka di jalannya, kecuali dia akan  datang pada hari kiamat dengan lukanya yang mengalir darah. Warnanya warna darah, dan  baunya bau kesturi (Riwayat al-Bukhari)
 
Orang yang berwuquf di Padang Arafah datang  dalam keadaan berdebu dan kusut masai,  tetapi Allah berbangga-bangga di hadapan malaikat tentang kehadiran jemaah haji ke  padang Arafah.
 
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Allah berfirman: ‘Lihatlah hamba-hambaku, mereka datang kepadaku dalam keadaan rambut  kusut dan berdebu.”‘ (Riwayat Ahmad dan Ibn  Hibban)
 
Semua keadaan ini disukai Allah. Kenapa? Ini  kerana semua ini terhasil daripada ketaatan  kepada Allah. Maha Suci Allah yang sangat  adil dalam menilai sesuatu. Bukan fizikal  yang menjadi ukuran, tetapi apa yang  tersirat dalam hati itu yang Allah pandang.
bunting-murah

Comments

0 comments… add one

Leave a Comment