Apa Yang Berlaku Sebenarnya Di Syria ?

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini




PERISTIWA SYRIA

Syria merdeka dari penjajahan Perancis pada 1945, dan telah diperintah oleh anak bangsa Syria sendiri sehingga zaman Hafez Al-Assad yang telah memerintah selama 32 tahun dan diikuti oleh anaknya Basyar Al-Assad yang telah memerintah selama 11 tahun.Syria telah menjadi negara yang diperintah oleh diktator.

Hafez Al-Assad berpegang pada Syiah Nusairiyah, yang menyimpan perasaan dengki terhadap rakyatnya daripada MUSLIM SUNNI, yang mencaci dan menghina Saidina Aishah dan Ummahatul Mukminin radhiyallahu anhum, diharamkan sembelihan mereka, mereka melakukan kejahatan yang pelbagai, mereka tidak solat di masjid kita (ASWJ) Ahli Sunnah Waljamaah.

Kerajaan Syria didokong oleh Iran yang terkenal dengan Syiahnya, bahkan Hafez sendiri merupakan pelampau Syiah.

Syeikh Hassan seterusnya menceritakan tentang Syria yang mana 6 peratus darinya merupakan Syiah Alawie, 10% darinya beragama Kristian dan 84% daripada rakyatnya beragama Muslim Sunni.

Iran mempertahankan tindakan ganas regim Hafez yang membunuh rakyatnya sendiri, begitu juga Hizbullah di Lubnan juga menyokong tindakan Hafez Al-Assad.

BERMULA ZAMAN AYAHNYA

Hafez Al-Assad- konflik berdarah di Hama pada tahun 1982 yang berlaku selama 27 hari mengorbankan hampir 46000 ribu penduduk Hama. Peristiwa ini menyebabkan rakyat Syria mendiamkan diri dari politik sekian lama.

Rakyat mula kembali bangkit terhadap kezaliman yang berlaku semenjak 8 bulan yang lalu.

Permulaan revolusi berlaku di Hama, kemudian merebak ke bandar-bandar lain seperti Dar’aa, Hauran, Halab bahkan sehingga ia berlaku di 157 tempat di Syria.

PUNCA KEBANGKITAN ADALAH : Ada sekumpulan kanak-kanak seramai lingkungan 28 orang bermain-main dan telah menulis sesuatu di dinding sekolah mereka.

Apa yang ditulis oleh kanak-kanak ini ialah “RAKYAT MAHU JATUHKAN KERAJAAN”. Slogan ini telah dilaungkan di negara2 yang berlaku kebangkitan rakyat.

Pasukan keselamatan Syria telah menangkap kanak-kanak ini. Mereka telah diseksa dengan cara mencabut kuku-kuku kaki dan tangan mereka. Salah seorang kanak2 itu telah meninggal dunia dan keluarganya meminta mayat kanak2 itu serta kanak2 lain dilepaskan.

Kerajaan telah meletakkan syarat dimana bila mahu lepaskan kanak2 itu, mereka perlu memberi wanita2 dikalangan mereka untuk dinikahi oleh puak2 kerajaan Syria ini ( satu bentuk penghinaan), maka berlakulah kebangkitan di Syria.

See also  Perbahasan Tentang Perlaksanaan Hukum Syariah

BENTUK KEZALIMAN YANG BERLAKU SEPANJANG TEMPOH SAURAH.

1-Dalam masa 42 hari telah terbunuh Syahid seramai 4000 orang rakyat Syria.

2-39000 orang telah cedera, mereka tak dirawat dan dibiarkan sahaja.

3-Satu peristiwa di mana seramai 19 orang doktor di hospital dan 40 orang pesakit di hospital tersebut dibunuh tentera Assad di wilayah Doma.

4-9000 tahanan ditahan.

5-413 orang telah syahid di dalam penjara.

6-Wanita2 diculik dan dibawa ke tempat yang tak diketahui. Wanita ini telah dirogol di hadapan abang2, ayah, anak2, dan ahli keluarga mereka. Sebelum dirogol, mereka digari terlebih dahulu.

7-Seorang ukhti bernama Zainab Al-Husni dari Hims, di Madinah Khalid bin Al-Walid. Beliau telah ditangkap dan mahu diperkosa oleh tentera yang menangkapnya.

Tetapi beliau melawan. Lantas beliau dibunuh dan telah dipotong 4 KERAT.. Anggota badan yang dikerat itu dimasukkan ke dalam plastik, lalu dicampakkan ke hadapan keluarga beliau.

8-Mengucapkan takbir merupakan sesuatu yang tidak disukai.

9-Menyuruh tukar Laa Ilaha Illah Basyar Asad.

10-Basyar Assad juga daripada kelompok Syiah yang terkeluar daripada Islam dan mengharuskan untuk membunuh Muslimin Sunni..

84% daripada posisi kepimpinan Rejim Basyar Assad dipegang oleh kaum keluarga mereka yang terdiri daripada 3 keluarga besar,

6% daripada posisi tersebut pula daripada kaum Ajam dan 10% lagi daripada golongan Kuffar..

Tiada posisi bagi Ahlus Sunnah wal Jamaah..Kezalimannya terhadap wanita dan kanak2 juga terlalu dahsyat melebihi Israel..rakyat2 Sunni dibunuh sesuka hati tetapi walau seorang Israel pun tidak ditumpahkan darah..hasbunallahu wa neemal wakeel..

#RAKYAT YANG KELUAR BERDEMONSTRASI AKAN MANDI DAN BERWUDHUK KERANA MEREKA YAKIN TIDAK AKAN KEMBALI LAGI…

FATWA ULAMA TENTANG SAURAH DI SYRIA

Rabitah Ulama Syria yang diasaskan oleh Dr Ali As-Sobuni dan Rabithah Ulama Sedunia telah berfatwa kepada rakyat Syria agar mempertahankan rumah mereka daripada keganasan tentera walaupun dengan menggunakan pisau dengan berdalilkan hadis berikut;

  • Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==

“Barangsiapa terbunuh mempertahankan hartanya, maka dia syahid ; barangsiapa terbunuh mempertahankan ahli keluarganya, maka dia syahid; atau mempertahankan agamanya, maka dia syahid”

-hadith ini dikeluarkan oleh Abu Daud dalam Sunannya (2/275) An-Nasaie dan Tirmidzi dan disahihkan oleh Imam Al-Albaniy dan Ahmad (1652 dan 1653) dari jalan Said Bin Zaid dan sanadnya Shahih.

See also  15 Anugerah Wanita Yang Tidak Terdapat Pada Lelaki

PERKARA TERBARU

1-Masa depan kebangkitan ini begitu baik. ia berterusan dan semakin kukuh. Lebih 30000 tentera yang terdiri dari pegawai telah bersama rakyat.

Mereka ini telah melindungi orang2 yang turun berdemo kerana tidak tahan melihat kekejaman rejim Basyar Assad ini yang sesuka hati membunuh rakyatnya sendiri.

2-Pertubuhan2 Arab (Liga Arab) telah mengambil pendirian tentang apa yang telah Syria lakukan terhadap rakyatnya. Mereka tidak membenarkan pegawai2 Syria memasuki tanah mereka.

tetapi ada dua negara yang tidak berpendirian sedemikian iaitu Iraq dan Lubnan. Iraq tidak berpendirian sedemikian kerana pemimpin Syria merupakan orang Syiah dan mereka selalu meminta pertolongan dari Iraq kerana Iraq merupakan negara Syiah.

3-Syeikh Yussuf Al-Qaradhawi telah mengeluarkan fatwa bahawa mereka yang terbunuh dalam keadaan yang sebegini adalah seorang yang SYAHID….

4-95% ulama Syria telah bersama dalam kebangkitan rakyat ini.

5-19% negara-negara Arab telah mewajibkan sekatan politik dan ekonomi ke atas Syria.

KENAPAKAH KITA KURANG MENGETAHUI DENGAN JELAS ISU SYRIA?

1- Gambaran tentang Syria agak tidak jelas bila dijelaskan oleh media2, kerana itu Syeikh Hassan dihantar bagi menjelaskan apakah sebenarnya yang berlaku di SYRIA..

2-Media2 barat sebenarnya tidak mahu manusia dunia tahu akan apakah sebenarnya yang berlaku di Syria. Lalu mereka telah memutarbelitkan fakta.

3-Syeikh Khalid Hasan bercerita, ketika beliau di Indonesia dan bertemu dengan seorang teman, teman itu berkata dia lihat di akhbar bahawa ramai orang menyokong Kerajaan Syria.

TV Indonesia juga menyiarkan bahawa ramai yang menyokong Kerajaan Syria yang dipimpin oleh Basyar Al-Assad. Apa yang berlaku sebenarnya ialah, kerajaan telah mengumpulkan pegawai2nya supaya berkumpul dalam erti kata lain mahu menunjukkan kepada dunia bahawa Basyar AlAssad ini mempunyai ramai yang menyokong beliau.

4-Jangan terpedaya dengan kenyataan2 yang kita dengar dari ahli intelektual Syria dan ahli politik Syria bahawa yang Syria menentang Israel. Tetapi, sejak zaman ayah Basyar Al-Assad lagi (Hafez Al-Assad) tidak satu peluru pun yang singgah ke tanah Israel. Bahkan Tanah Tinggi Golan yang terletak di Tanah Syria telah dikuasai oleh Israel.

See also  Cara Solat Istikharah

5-Kita banyak tidak tahu tentang Isu Syria selama ini sebab media telah dikawal oleh pihak rejim Basyar Assad. Manakala sumber media lain tidak dibenarkan memasuki Syria untuk membuat liputan.

Segala gambar dan video yang menjadi bahan bukti adalah hasil rakaman daripada para pendemonstrasi yang bertekad untuk merakam sendiri kezaliman tersebut dan kebanyakan daripada mereka telah menemui syahid.

Sebahagian rakaman lain telah dijual oleh tentera rejim Basyar Assad dengan harga 100 dolar. Syeikh Dr Khalid Hassan Al-Hindawi merupakan delegasi khas Syeikh Dr Yussuf Al-Qaradhawi ke Asia Tenggara untuk menyampaikan dan menyebarkan berita sebenar.

PERANAN KITA SELAKU SEORANG MUSLIM & SELAKU SEORANG MANUSIA

-Mendoakan saudara kita di Syria

-Menghulurkan bantuan untuk mereka dari segi kewangan

-Menyebarkan berita sebenar tentang apa yang berlaku di SYRIA.

Ingatlah Saudaraku, Nabi SAW bersabda yang bermaksud:

“Barangsiapa yang tidak mengambil tahu hal orang Islam yang lain, maka bukan dari kalangan KAMI” dan ingatlah selalu akan tempat kembali bagi mereka yang zalim:

Kalam Saidina Ali KWJ; “Sesungguhnya negeri yang batil itu sejkejap sahaj sedangkan negeri yang benar itu tetap sehingga datangnya kiamat”.

Firman Allah Taala dalam Surah Al-Isra’ ayat 81;

“Dan katakanlah :Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufurdan syirik) ; sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap”.

Firman Allah dalam Surah Ar-Ra’d ayat 17 ; adapun buih itu maka akan hilang lenyaplah ia hanyut terbuang, manakala benda-benda yang berfaedah kepada manusia maka ia tetap tinggal di bumi.

Demikianlah Allah menerangkan misal-misal perbandingan.

– Disusun semula dari pelbagai sumber oleh Abu Abdullah.

p/s perkongsian tokoh ulama’ syria,Syeik Hassan di UPM menceritakan peristiwa sebenarnya yang berlaku di Syria.

Wallahu A’lam..

Persidangan Ulamak Dunia

– Forum Isu Syria Kini




Join Affiliate Shopee Percuma Klik - AFFILIATE SHOPEE
71 comments… add one
  • fatonah Link Reply

    salam..mohon share artikel ini…semoga keadilan tiba utk rakyat syria yg dizalimi..ameen

  • sebuah cerita karut lagi dongeng berkenaan kejadian di assyria..~ nak percaya percaya tak nak sudah, sebab takder bukti/fakta bertulis secara formal..dan tak perlu diperbincangkan. if nak cari kebenaran sila la cari sendiri/kaji sendiri..buat perbandingan fakta.

    al basar al asad sebenarnya datang dari keluarga pure syiah, tapi pada pemerintahan ayahnya, hafiz al asad berpaling tadah pada syiah..dan berpegang kepada sunni..basar al asad juga berpegang kepada sunni tapi menyembunyikan pegangan mereka dari khalayak ramai.. Pembunuhan di syria sebenarnya dirancang pihak terentu yang mahukan basar al asad kelihatan kejam.. pemberontak-pemberontak di syria bukan dalam kalangan ahli sunnah..kejadian ini berpunca dari ahli kabinet syiah syria yang geram dengan al basar al asad yang tidak lagi mahu mengikut telunjuk syiah.. sekarang hampir sepenuhnya syria dikuasai oleh syiah.. dan mungkin berlaku sama seperti libya yang telah dikuasai syiah sepenuhnya..media-media di youtube dsbg kebanyakannya telah dieksploitasi..buktinya ada 2 org awam tampil di media…menafikan mereka dibunuh oleh tentera syria…sedangkan media pro pemberontak menyiarkan sebaliknya…siap dgn gambar org awam tersebut.. konspirasi yang amat besar, Naubuzillah min zalik..

    jadi pegangan kita sekarang ape? jaga lah diri kita masing2.. dari percaya berita yang belum tentu sahih yang telah dieksploitasi oleh pengikut2 dajal pendusta syiah,yahudi dsb, apa yang kita mampu buat hanya doakan penduduk islam di syria moga diberi bantuan Allah.. inilah akhir zaman yang diberitakan oleh Rasulullah.. Cubaan Akhir Zaman itu bukannya mudah.. nampak sahaja mudah.. orang yang sibuk akan hal dunia tak mungkin ambil tahu hal2 ini.. Dajal pendusta itu antara cubaan yang besar.. itu sebab Rasulullah mention sangat2 pasal ni..Nauzubillah min zalik..

    • farhan Link Reply

      ( Hitam Putih Emas ) kau kata website ni x bagi bukti/rujukan untuk fakta yg ditulis~aku setuju
      masalahnye ko pon x bagi bukti/fakta, lepas tu kate cerite ni dongeng, ko pon same

    • asma Link Reply

      salam…saya dengar radio… basyar tu melampau… saya rasa bro tu berhak marah jika dia menegakkan yg betul.namun, yang lebih baik tunjuk bukti dan ketegasan. marah tu kan api ….

    • bvee Link Reply

      you should read more and keep yourself updated. you can follow syrian updates on facebook pages like Syria Care / Tangisan Syria di Bumi Jordan.

    • Hafizx Link Reply

      Bro. Kn ade ulama syria, ngo msia , atau pelarian syria d msia . Ko buatlah homework, tanya dorg. Ko nk kepastian. Kn.

      Fakta ko tu pun nmpk sgt xd ragu2. Takut ko petik dari sumber syiah?geng basar. Yelah org jahat nk tutup jht, mmg pandai cerdik kn. Nk nmpkkn basar baik bagus xbunuh bom rakyatnya. Lebih 4 tahun perang. Xsetel2. Pelik.

  • Alif Link Reply

    Salam . mohon share dalam blog saya untuk tujuan assignment berkenaan isu semasa 🙂

  • lepakk.com Link Reply

    Salam..
    Cuba fikir ye..
    Pernah ke dalam tv tgk serangan roket dari pro kerajaan atau sbgnya?
    Dari mana kah puak penentang mendapat senjata hingga mampu menawan sebuah.bandar?
    Fikir dan renungkan.
    Ini bukan perang saudara sahaja,namun peperangan yg dibayangi kaum kafir.
    Mereka gunakan rakyat sendiri utk hancurkan.

    • arip Link Reply

      tentera pembebasan dapat senjata canggih adalah dari harta rampasan daripada tentera basyar.. tu namanya ghanimah..

  • Tidak hairan jika diakhir zaman ini orang yang baik akan di nampakkan macam orang jahat. Patut sangat kita kena selidik dahulu kebenaran satu satu cerita yang sampai kepada kita. lihat ayat alhujurat ayat 6 ” Jika orang fasik datang bawak berita, siasat dulu supaya kita tak menyesal”.CNN, BBC dan lain2 media barat termasuk aljazeera kan mereka semua fasik lagi zalim. Sahabat muslim semua gunakan pendengaran, penglihatan dan hati kepada kebenaran supaya tak tertipu oleh DAJJAL!!!. Rajin rajinlah lah dengar pengkaji akhirul zaman seperti Al-Sheikh Imran Hossein. Clik Imran Hosein dan dengar…. Salam.

  • x gune klu kte bertengkar mulut pada bende yg kecik nieh…
    first step mesti la doa
    tetapi yg paling utama ialah tegakkan balik khilafah islamiyyah!!!
    Hanya dgn khilafah islamiyyah je islam akan terbela…
    nk dapat khilafah islamiyyah, kite mesti capai daulah islamiyyah(negara islam)
    So, kite jadikan Malaysia sbgai negara islam dlu….
    dgn care bgaimana? pikir2kn lah…

    • Osem Link Reply

      Sokong kmu bro. Kita doa2 kan lah pok jib insaf dan dapat nasihat kan isteri beliau memakai tudung dgn sempurna menutop aurat beliau yg sakit mata ku terpandang.

  • Audio Headphone Link Reply

    rujuk hadis2 akhir zaman,,,islam sendri akan bergabung dgn kaum RUMAWI memerangi syiah…kemudian wahabi dan keluarga saud,,sebelum kaum RUMAWI…slps itu kaum RUMAWI akan berpaling tadah dan memerangi ISLAM ..maka seterusnya akan berlakulah peperangan dgn yahudi dan dajal di bawah pimpinan al mahdi dan Nabi Isa AS..maka rujuklah mana hadis akhir zaman…sbb kita sendiri adalah umat akhir zaman… info2 penting utk dikongsi sebelum dunia internet dan teknologi akan terhapus…sekadar berkongsi

  • Berlaku kepincangan dalam dunia Islam yang hanya tertumpu kepada menidakkan agama lain sedangkan dalam islam itu sendiri berlaku perpecahan yang maha dashyat. Perkara ini menimbulkan tandatanya, kenapa islam mengaku sebagai agama paling sempurna tetapi gagal menyatukan umat sehingga berlaku peperangan sesama islam yang hanya memperlihatkan tindakan-tindakan kekafiran (melampaui batas moral manusia)? Pengajarannya ialah sebenarnya tiada yang sempurna di dunia justeru perhalusilah kelemahan dan kekurangan dalam islam itu sendiri untuk menuju kesempurnaan kerana terbukti masih ada yang belum sempurna dalam islam itu sendiri.

  • weareprocaliphate Link Reply

    Salam. Sebenarnya revolusi di tanah syam ini adalah sebuah revolusi yang jauh berbeza daripada mesir, tunisia dan libya. Sebab tu tempohnya lama dan kurang diberi liputan. Tahukah anda, Mujahid di Syria kini sedang menentang 2 jenis peperangan? Mereka menentang tentera diktator bashaar dan juga menentang SISTEM DEMOKRASI yang dibawa oleh barat konon macma jalan penyelesaian untuk perang ni. Dan ketahuilah bahawa saudara kita di sana sedang berjuang menegakkan kembali sistem khilafah yang telah dijanjikan. Barat takut, sebab kalau khilafah re-establish, demokrasi bakal tumbang. Saudara kita di Syria sudah lama sedar akan keburukan sistem demokrasi yang hanya menghalalkan perjudian, pelacuran, perlanggaran hak asasi manusia dll, tapi sayangnya, kita di sini sibuk meraikan demokrasi tanpa langsung tahu bahawa kita, umat islam, punya sistem pemerintahan sendiri untuk kita gunapakai dalam kehidupan seharian.

    Semoga Allah membantu perjuangan singa-singa Islam di sana.

  • Muqarrabin Al Yamin Link Reply

    Ad Daulatul Islamiyah Melayu
    Khilafah Islam Akhir Zaman

    Kami mengundang Kaum Mukminin-Mukminat
    Dari seluruh Dunia untuk bergabung bersama kami

    Menjadi Tentara Islam The Man from The East of Imam Mahdi
    Berjihad dalam naungan Khilafah Islam demi Tegaknya Kedaulatan Dinul Islam.

    Tinggalkan Semua Bentuk Kemusyrikan Mari Menjadi Bagian Bangsa Islam berdasar Aqidah Islam
    dan Kini Saatnya Menjadi Bangsa Islam Dalam Naungan Khilafah Islam

  • safuan Link Reply

    apa jenis bantuan yg saya boleh huurkan & adakah bantuan saya akan terus kepada mereka ?

  • nor Link Reply

    Hanya Allah yg mengetahui. Kekajaman, memfitnah dan memutarbelitkan fakta.. kelian tunggu lah azab Allah. Kita amat simpati pada semua saudara islam yg teraniya di seluruh dunia, apalagi anak2 kecil di bunuh. Yaa Allah.. lindungi kami dgn perlindungan Mu, dari tipu muslihat ke atas agama MU

  • shuami Link Reply

    sekarang ni banyak spesis basyar termasuk hitam putih emas

  • ahmad Link Reply

    salam…siapakah yg menurunkan bala keatas syria??? adakah kejam penurun bala itu??? tentulah ada sebabnya knapa jadi begitu…mgkn sudah tidak ada lagi org2 soleh dibumi syria…kalau org2 syria ni berada diatas jalan Allah dan RasulNya, pasti x jadi mcm ni…adakah org2 melayu akan terikut2 dgn org2 sesat drp arab??? arab skrg sudah tidak sama dgn zaman nabi dulu…

    • mia Link Reply

      astagfirullahalazim, istighfar bebyk. apa awk ckp ni, tak baik awak memperkatakan Syria begitu. mereka mempunyai mujahiden2 sejati dan [ara ulamak yg hbt.

      • khadijah Link Reply

        Betul tu…mcmana pula dgn palestin? adakah kita nk kata palestin dh xde ulama?

  • Muslimedica Link Reply

    Jihad, the only solution to save muslimin

  • Assalamualaikum, saya dari indonesia ingin ikut bergabung dengan kalian,maaf jika tak faham dengan bahasaku,,,
    mengenai hal diatas Hanya allah yang tau mana yang benar dan tidak, yang perlu kita lakukan adalah untuk tetap bemunadzat kepada allah memohon perlindungan padanya, sesungguhnya allah kami tak tidur ia menyaksikan dengan jelas kekejaman yang terjadi dimuka bumi ini termasuk kekejaman yang jerjadi di syria palestina mesir dan negara muslim lainnya,,,
    doakan saja mereka, dan jangan jadi orang2 pendengar yang tak berati, muslim itu harus bersatu banyak cakap tapi kosong, tak usah berdepat kami yang perduli mereka adalah orang2 muslim damai itu perlu,,,,,,
    allah pasti akan menyelamatkan kita jika kita mau berada dijalan allah dan mengikuti sunnah2 rasul allah,,,,tak da debat lagi yah kita muslim yang cinta damai!
    sekian dan terima kasih

  • Assalamualaikum, saya dari indonesia ingin ikut bergabung dengan kalian,maaf jika tak faham dengan bahasaku,,,
    mengenai hal diatas Hanya allah yang tau mana yang benar dan tidak, yang perlu kita lakukan adalah untuk tetap bemunadzat kepada allah memohon perlindungan padanya, sesungguhnya allah kami tak tidur ia menyaksikan dengan jelas kekejaman yang terjadi dimuka bumi ini termasuk kekejaman yang jerjadi di syria palestina mesir dan negara muslim lainnya,,,
    doakan saja mereka, dan jangan jadi orang2 pendengar yang tak berati, muslim itu harus bersatu banyak cakap tapi kosong, tak usah berdepat kami yang perduli mereka adalah orang2 muslim damai itu perlu,,,,,,
    allah pasti akan menyelamatkan kita jika kita mau berada dijalan allah dan mengikuti sunnah2 rasul allah,,,,tak da debat lagi yah kita muslim yang cinta damai!
    sekian dan terima kasih

  • ajak Link Reply

    inilah agenda zionist wahabi utk menghancurkan sebuah negara yg tidak mengiktiraf keujudaan israel,,,,,,mudah itu mereka membodohkan kita dengan video dan cerita ulamak upahan mereka di merata dunia,,hakikatnya bashyar mendapat sokongan semua rakyatnya termasuk sunah,,syiah,druze,christian,alaween,kurds dan rakyat palestin,,,,dapatkan fakta sebenar,,israel menyerang dari udara dan puak penganas yg memusuhi sunah dan syiah ini menyerang dari darat secara curi curi tanpa batas kemanusiaan dan membunuh semua tahanan dan menyembelih hidup hidup,,,mereka lebih zalim dari kafir,,,ini lah penganas gila tak sihat akal seperti yg berlaku di nrgara kita ,,ingat orang sulu melakukan penyembelihan keatas polis dan tentera yg di tawan,,,,mereka serupa,,kelompok haiwan ,,,yg menyokong mereka itu iblis

    • callybambang Link Reply

      Pengganas Sulu dan pengganas di Syiria mempunyai persamaan dengan pengganas di Afghan, Pakistan, Arab dan Afrika seperti berikut;

      a. mengaku sebagai pejuang menegakkan Islam
      b. mengajak umat Islam berjihad
      c. membunuh manusia yang tidak bersalah
      d. membunuh dengan kejam dengan cara menyembelih
      e. tidak menghormati undand-undang dengan alasan hanya mentaati undang-
      undang Islam
      f. fobia dengan penganut agama Kristian sehingga memfatwakan penganut
      Kristian halal dibunuh
      g. sombong dan bongkak mengatakan hanya penganut Islam yang masuk syurga
      sementara agama lain akan masuk neraka
      h. membenci Israel, Amerika dan Barat sedangkan pada masa yang sama orang
      Islam berpusu-pusu berhijrah ke Amerika dan Barat
      i. Menuduh Israel, Amerika dan Barat sebagai raja pengganas sedangkan terbukti
      kejadian serangan keganasan kebanyakannya dilakukan mereka, Israel, Amerika
      dan Barat, walaupun terlibat dengan peperangan tetapi berperang di medan
      perang.

  • Waaethol Link Reply

    Site ini pasti gak suka ziarah kubur…….

  • aniszkhair Link Reply

    mohon share ya…

  • Nur aini Link Reply

    please whoever you are,do something to fight for muslim of sunni in syria.get they are all free from being victim by the awful of bashar al assad.

  • kuncu basyar Link Reply

    Ha.. apa sudah jadi dengan perjuangan mujahidin suria?? mana pergi slogan menegakkan islam? kenapa buat perangai bodoh sembelih kepala orang dah tu upload kat youtube.. skrang semua orang dah tahu siapa sebenarnya mujahidin syria termasuk FSA, Jabhat Nusra , ISIL dan seangkatannya.. apa sebenarnya yang engkorang perjuangkan?? setannnnnnn…

  • Nurul Link Reply

    Selagi kita tak merasakan @ berada Di tempat itu (Syria) selagi itu kebenaran tak dapat Di capai

  • dryriser Link Reply

    sebenarnya saya sendiri agak musykil dengan kononya perang jihad sunnah melawan kerajaan syiah regim basyar… adakah mereka ini layak digelar mujahidin sedangkan mereka sendiri sekejam tentera basyar.. betul banyak video foto yang menunjukkan kekejaman tentera basyar.. tapi apa kurangnya video kekejaman mujahidin disana.. mereka juga membunuh tahanan dengan kejam.. mengebom tempat awam.. bagi aku kebencian pasti dibalas kebencian… tp menurut islam malah undang2 antarabangsa semua tahanan perang perlu dilayan dengan hormat.. dan sasaran awam adalah haram.. tp ini tidak berlaku… cuba lihat bagaimana mujahidin afghanistan di tahun 80 an.. mereka melayan tahanan perang dengan penuh hormat dan bermaruah.. tp yang dikatakan mujahidin syria tahanan tentera syria pasti diseksa dan dibunuh..

    berbalik kepada pemerintahan bashar al assad… syria diperintah melalui part baath iaitu parti yang mengamalkan ideologi sekular, authoritarian dan menolak perkauman.. dan parti baath sendiri sebenarnya terdiri dr pelbagai agama iaitu kristian, shiah dan sunnah.. dan dimana logiknya bila puak alawite iaitu puak bashar yg cuma 13% minoriti mahu menentang 74% puak sunnah dan seluruh sunnah sedunia? malah menurut kajian.. sepanjang pemerintahan bashar (yg kononya puak shiah menindas sunnah) mendapati golongan sunnah mempunya kadar capaian kemudahan kerajaan lebih baik berbanding golongan alawite ( puak shiah bashar) sendiri… yg sebahagiannya hidup dibawah paras kemiskinan…

  • wahabi Link Reply

    ini situs wahabi kaum takfiri pemutar balikkan fakta.. Syria itu berpenduduk kaum Sunni.. syiahnya hanya sedikit. tentara syria itu berfaham Sunni.. jangan dip[utar balikkan fakta.. video ini kejadian di Iraq bukan di Syria.. wahai wahabi kebohongan apalagi yang kalian lakukan.. Kalianlah kaum pembunuh umat Islam.. Saddam Husein, Muammar Qaddafi yang berfaham Sunnipun kalian bunuh.. Allah SWT telah membuktika di Syria kalian kalah.. Wahabi laknatulloh..pembunuh umat Islam. Kepada Umat ISlam share dan buka web site swaja atau sunni ” http://www.islam-institute.com, http://suriahterkini.blogspot.com, http://liputanislam.com.. agar lebih berimbng dan mengetahui sebenarnya perihal Syria. Jangan terpancing dengan fitnah Wahabi laknatulloh kaum Khawarij ini

  • pakmalau Link Reply

    syiah Basyar Assad sial, hanya org syiah je yg sokong dia..

  • Aniq Link Reply

    artikel ini telah outdated… boleh minta tlg tuan tanah update situasi terbaru dengan kemasukan ISIS tajaan Arab Saudi dan Kuwait..? semakin pelik dengan situasi di Syria kini…

  • mohammad firdaus Link Reply

    salam saudara….begini tuan……….akhir zaman banyak fitnah…………..bila sampai sesuatu berita jgn terima bulat2…………….kaji…banding…lah tuan2………tengok dari sumber mane…………supaya kita tidak membantu pihak kejam……………pada saya begini .baik dalam negara atau luar negara..klu nya mudah……………media yang dikawal pemerintah akan menayangkan yang sebaliknya biasanya………………….yang sepatutnya disorok atau dilindung………….apa yang diulang2 mgkin tipu….propa……………senang cerita banding lah sendir

  • kamal firdaus Link Reply

    pening korang..jgn pening kan kepale aku ngn komen2 korang..aku xtau mane 1 betol mane 1 salah ni..barua anjing

  • hamba Allah Link Reply

    Mksud hadis nabi… fitnah tbesar d akhir zaman blaku d negeri syam (palestin..syria..iraq..labenon..jordan)

  • hamba Allah Link Reply

    Anda jgn tpedaya..mungkin juga video sembelih tu dbuat oleh syiah sbb syiah kan org Arab juga. So jgn tpedaya. Syiah d sokong kuat israel n usa. Mereka xnk Islam bsatu sbb tkot kalah. Tp pcaya lah sahabat semua ni petanda semakin dekatnya kemunculan Imam Mahdi. So skg xyah bdebat sgt…kita byk2kn bdoa utk sahabat2 kita yg menegakkan agama Allah. Sampai imam Mahdi muncul..jom ramai2 kita p berbaiah kpdnya. InsyaAllah.

  • mohd helmi Link Reply

    apa itu IS>??

  • syafiq Link Reply

    mohon share ye?

  • alfatayakub Link Reply

    Kalau memang begitu rejil Assad adalah termasuk masih pengikut Firaun dan wajib diperangi karena menganggap dirinya Tuhan yang tidak berdasar sama sekali

  • pudil Link Reply

    Berdoa.
    Berusaha
    Tawakal.
    Kejayaan / kegagalan

    Tp jika berusaha sentiasa. Hanya satu jawapan yg akan kita jumpa.

    Iaitu kejayaan.

    Sekian

  • atuk Link Reply

    Kepada yg hentam kerajaan Syria & Basyar tu, aku nak tanya, bagaimana keadaan di Syria sebelum tahun 2011? Ada berlaku kekejaman tak? takde bukan? Aman je selama ni. Syria adalah negara terakhir yang tercetusnya pemberontakan selepas tercetusnya fenomena Arab Spring. Aku igt lagi masa tu Libya, Sudan, & negara2 lain semua dah lingkup tapi kerajaan Syria masa tu masih lagi berlembut, sanggup berunding dgn puak pemberontak demi keamanan & mengelakkan perang. Tapi kerana puak pemberontak bernafsukan setan yang tamak nk merampas kuasa, diorang ni la yang mencetuskan huru hara. Dalang sebenarnya ialah Amerika, Israel dan sekutu2 mereka. Puak pemberontak yg korang sanjung kononnya pejuang & mujahidin selama ni hanyalah anjing kpd dalang2 ni. Mereka sengaja mencetuskan huru-hara di negara Islam supaya terus kekal lemah, sebab Syria antara negara yg anti Israel. Lebih malang lagi, ada pulak ulama celaka yg mengaku sunnah buat provokasi kata ini ialah perang penindasan syiah ke atas puak sunni. Kenapa selama ni aman je kat Syria? bila masa pulak basyar mengaku dia tuhan? Ni la sentimen yg ditanam ke dalam otak mcm korang ni oleh penyesat2 tu. Macam mana pemberontak tu boleh dpt senjata? Kenapa musuh Islam yg sebenar Amerika & sekutu tiba2 begitu baik nak bantu pemberontak menjatuhkan baysar? Korang ni pikir pakai otak tak? Baiknya Amerika tu.

  • nenek Link Reply

    aku baca komen dari atas sampai ke bawah..last sekali apa yg atuk ckp ni masuk akal..sbb nya kecik je..sbb aku tgk syria kat jejak rasul tv3 masa aku kecik..mcm aman je..then kalau berperang ke apa ke dari dulu..penduduknya makin bertambah..huhh..kena interview org syria gak ni..k bye..

  • moyangkau ni Link Reply

    Amboi…bahase sekular ler…mcm ni la..bru lg kuar kat news barat yg rusia dan amerika akan berkerjasama nk bntu basyar.mano dtg pulak,amerika nk bantu obama.adoi..lain kali byk2kan membaco atok oi..jgn ekau kluarkan auta atau taqqiyah lobih na..sorramm moyangkau ni ha..akhir zaman.kono beringat.puak2 kapir akan memerangi islam.ingat 2.den xdo maso nk taip lobih2.buek sakit tgn jo.satu moyang nk posan,jgn bco sobolah pihak jo yo..assalamualaikum.. _

  • “laknatullah Ala Wahhabiyyah salafiyah Takfiriyah”..
    ini situs fitnah.. situs Dajjal.. situs ISIL..

  • detik akhir Link Reply

    salam… mari kita sama2x renungkn Surat alhujarat ayat 6 Dan khutbah akhir rasul kita… Dan penah Tak korang dengar ” bila mana umat ku memegang agama pd akhir zaman nanti seakan memegang bara api”…

  • real sulug Link Reply

    Pengganas sulu tidak wujud, yg wujud abu sayaf 3 golongan dan mereka bermusuhan, tetapi mereka didalangi politik kecuali yg 1

  • Yg penting,RASULLAH S.A.W tidak mgajar kite menyiksa diri dgn panggilan ntah ape ntah ape ntah,cntohnye,mcm teropong mi(do re mi)..nampak si tambi memukul badannye..kami tahu ape yg berlaku..kamu semua dtg dr yahudi..pura2.!!asal dtg dari kaum yahudi….bin sabak.cukup lah..kamu semua percinta alubait..tetapi sadina aisya kamu tolak.maki dan sbagainye..begitu juga Para sahabat nabi.kamu tolak..kenape kamu agungkan ali daripada Rasul??kami juga mgajungkan ali r.a..tidak seperti kamu..dlm agama kamu menipu itu salah satu dalam agama syiah tak silap taqiyah,kami tahu.kawin pun muta’ah(seperti ape itu),tapi tak islam sbenar-benarnye..kamu bukan islam..balik la pada al Quran dan sunnah Nabi S.a.w..tak guna kite bertengkar..peranglah yahudi,bukan rosakkn lg islam..brape byk syiah dah….da mcm yahudi pulak..yg penting,ilmu penting,selagi tidak bercanggah dari ape yg betul..hanye 4 mazhad sahaje.tidak termasud syiah(selagi tidak bercanggah)

  • Chinta nasuha Link Reply

    Astaqfirrullahhalazim…….ya Allah selamatkan semua umat Islam daripada kaum2 yg zalim.

  • sasha Link Reply

    izin share..

  • Jocolao Link Reply

    Alhamdulillah ada juga yang ambil berat pasal syria dan fitnah akhir zaman ni. Terbuka hati saya nak tulis kat sini sebab terlalu banyak fitnah ke atas basyar al asad ni. Beliau telah dipilih sebagai pemimpin secara sah di syria dan diterima oleh rakyatnya. Terlalu banyak ideologi media dan permainan mereka yang mengatakan asad terlalu zalim. Mengucap lah wahai hamba allah. Jangan lah di hina pemimpan syria sekarang ini. Ketahuilah beliau ini difitnah. Semua ini permainan US untuk menguasai timur tengah. Study dulu kisahnya. Diharap penulis article ini menarik balik fakta agar umat islam tidak terkeliru dengan berita2 yang tak sahih. Waalahualam

  • pena Link Reply

    Kepada yang backup Basyar Al-Assad, Islam samada sekali tidak membenarkan pembunuhan ke atas orang2 awam apa lg kanak2, orang tua, org yg berada dalam rumah ibadat, memusnahkan harta awam atau alam sekitar. Kalau benar dia ikut Quran dan Hadis kenapa apa yg berlaku disebaliknya?

  • Damha ikaz Link Reply

    Kite renungkan hadis2 ini,mengapa perkara2 seperti di Syiria ini berlaku Keatas umat Islam..
    “Sayyidatina Aisyah R.A berkata “Pada satu kali Nabi S.A.W telah masuk mendapatkan daku dan daku telah mengetahui daripada wajah Baginda S.A.W bahawa sesuatu telah berlaku kepadanya.Baginda S.A.W telah berwuduk dan tidak bercakap dengan sesiapa pun.Daku telah merapatkan diri kedinding untuk mendengar perkara yang disabdakan oleh Baginda S.A.W..Baginda S.A.W telah duduk di atas mimbar lalu memuji Allah S.W.T dan bersabda.”Wahai manusia,sesungguh nya Allah S.W.T berfirman kepada kamu,’Suruhlah manusia berbuat baik dan laranglah mereka daripada kemungkaran sebelum datang satu suasana kamu berdoa kepada Ku tetapi Aku tidak menerima doa kamu,kamu meminta kepada Ku tetapi Aku tidak memberi kepadamu dan kamu memohon bantuan kepadaku tetapi Aku tidak akan membantu kamu.’Nabi S.A.W tidak menambah apa-apa daripada kalimah-kalimah itu sehingga Baginda turun dari mimbar.”(Ibnu Majah dan Ibnu Hibban)

    Sayyidina Abu Hurairah R.A berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda”Apabila umatku membrane-besarkan dunia maka akan dicabut daripada mereka kehebatan Islam dan Apabila mereka meninggalkan amr Bil-ma’ruf dan nahi anil mungkar mereka akan kehilangan keberkatan wahyu dan apabila mereka caci- mencaci antara satu sama lain mereka akan gugur daripada pandangan Allah S.A.W”(Hakim Tirmizi)

    Dengan merenung hadis-hadis di atas dapat diketahui bahawa meninggalkan amr bil ma’ruf nahi anil mungkar adalah punca kemurkaan dan laknat Allah S.A.W..Apabila umat Muhammad meninggalkan kerja tersebut maka umat ini akan ditimpa berbagai-bagai musibah yang dahsyat,penderitaan dan kehinaan.Mereka tidak akan lagi mendapat sebarang pertolongan dan bantuan ghaib daripada Allah S.AW..Hal ini semua akan berlaku kerana mereka tidak lagi nengenali tugas asal mereka,juga lalai menunaikan tanggungjawab.Inilah sebab-sebabnya Nabi S A.W menerangkan bahawa arm bil ma’ruf dan nahi anil mungkar adalah sifat utama dan menjadi sebahagian iman.Diberitahu juga bahawa meninggalkan amr bil ma’ruf dan nahi anil mungkar adalah tanda-tanda kelemahan dan kemalapan iman..

  • Nurhakim Link Reply

    Semoga Allah mudahkan urusan saudara-saudara seislam di sana.

    Tuan Admin, saya nak tahu apakah kekuatan yang ada pada kerajaan Syria walaupun peratusan puak Syiah di sana tak sebanyak Sunni? Terima kasih.

  • Teera Link Reply

    Wahai saudara. Nyata minda saudara sudah di’brainwash’ media2 barat yg menjadi agen Al Masih Dajjal. Yang memecahbelahkan umat manusia sejagat.
    Tidak kah saudara sedar bahawa yg menyerang dan membunuh rakyat syria adalah org2 luar, yg dibantu dan disokong puak2 zionis. Salahkah kerajaan syria mempertahankan tanahair mereka?
    Sekarang The Syrian Army bertempur dgn Turkey, sedarkah Tuan di mana kedudukan Turkey sekarang? Bukankah Turkey itu salah satu ahli NATO yg didalamnya ada USA Israel Britain Saudi Kuwait, semuanya regim zionis yg Allah laknat keganasan mereka terhadap dunia. Siapa menyerang Yemen dan membunuh ramai org awam Yemen?

    Ia bukan sekadar Sunni Syiah semata Tuan. Ia adalah perebutan kekayaan di bumi Anbia oleh kuasa2 besar zionis Tuan. Mereka menggunakan agama utk membutakan hati kita semua. Celik lah Tuan. Bashar Assad adalah seorang Alawite… tapi beliau tidak memusuhi Sunni, askar Syria ramai Sunni, mufti besar Syria juga seorang Sunni berkelulusan PHD dalam fiqh Shafi’e.
    Kaji lah sedalamnya sejarah syria bukan dari kacamata Barat, Tuan. Usah lah tertipu dgn proganda zionis.
    Semoga kita semua diberi petunjuk oleh Allah.

Leave a Comment

Cancel reply