3

Apa Yang Menarik Tentang Samsung Galaxy S4

by Dunia Maklumat

GALAXY S4

Samsung kini sedang menjarakkan dirinya ke hadapan dengan ciri-ciri yang menambahkan lagi nilai Jelly Bean itu sendiri. Bermula dari fungsi pengiktirafan muka untuk kawalan bebas sentuh dan fungsi penyesuaian bunyi dan paparan, dan ciri-ciri seperti megapiksel kamera yang lebih tinggi.

Samsung GALAXY S4 dibangunkan untuk mentakrifkan semula cara hidup pengguna dengan kepuasan yang maksimum. Reka bentuknya sangat nipis, saiz skrin dan bateri yang lebih besar, bezel yang nipis, dengan berat hanya 130g dan berketebalan 7.9mm. Dua pilihan warna disediakan iaitu hitam dan putih dengan pelbagai pilihan warna tambahan bakal disediakan akhir tahun ini.

GALAXY S4 menggunakan paparan HD Super AMOLED untuk mempamerkan imej pada tahap terbaik. Skrin besar 5-inci 441ppi (piksel per inci) bagi kualiti paparan yang menakjubkan. Samsung GALAXY S4 juga menggunakan Gorilla ® Glass 3 Corning baru, menjadikan ia lebih tahan lama.

Dilengkapi dengan kamera belakang 13 megapiksel, GALAXY S4 juga mempunyai fungsi ‘Kamera Dual‘ yang membolehkan penggunaan serentak kedua-dua kamera depan dan belakang. Pada masa yang sama, fungsi ‘Panggilan Video Dual’ membolehkan pengguna untuk membuat dan menerima panggilan video dengan rakan-rakan dan keluarga sambil menunjukkan apa yang mereka cari pada semasa panggilan menggunakan dua kamera sekaligus.

Fungsi kamera juga dilengkapi dengan 12 mod termasuk “Drama Shot“, yang membolehkan pengguna untuk menggabungkan semua pergerakan seseorang dalam satu gambar, dan fungsi “Sound & Shot” yang unik menyimpan bunyi dan suara bersama gambar yang diambil.

Detik-detik bermakna pengguna juga boleh disimpan secara automatik dalam foto album dengan menggunakan fungsi “Story Album“. Gambar yang diambil dikumpul secara automatik dan disusun mengikut masa, maklumat geo-tagging, atau peristiwa tertentu untuk mewujudkan foto album. Album ini juga boleh dipesan dan dihantar sebagai album foto offline atau hardcopy melalui kerjasama Samsung dan Blurb.

Dengan fungsi “Group Play“, pengguna boleh menikmati muzik, gambar, dokumen dan permainan dengan pengguna di sekeliling mereka tanpa memerlukan AP Wi-Fi atau rangkaian mudah alih. Fungsi “Share Music” membolehkan pengguna memainkan lagu yang sama pada telefon-telefon lain serentak untuk mewujudkan suasana parti yang terbaik.

Samsung

S Translator” menyediakan terjemahan segera, menggunakan teks atau terjemahan suara pada aplikasi termasuk emel, teks mesej dan ChatON. Terjemahan ini disediakan dari ucapan teks kepada teks dan juga sebaliknya untuk memberi pengguna maklumat yang betul sekiranya sedang berada di luar negara.

GALAXY S4 turut menyokong HSPA+42 Mbps dan 4G LTE yang boleh didapati perkhidmatannya di seluruh dunia. Versi LTE menyokong sehingga 6 set band yang berbeza yang membolehkan ia berfungsi di banyak kawasan liputan LTE serta membolehkan penggunaan LTE global. TDD / FDD LTE versi Mod Dual akan diperkenalkan kemudian.

Samsung Smart Pause” membolehkan pengguna mengawal skrin dengan pandangan pengguna. Video akan “pause” apabila pengguna melihat ke arah lain dan akan menyambung balik video apabila pengguna melihat semula ke arah telefon. “Samsung Smart Scroll” membolehkan pengguna menatal (scrolling) pelayar atau emel naik dan turun tanpa menyentuh skrin. Ia mengesan muka pengguna yang melihat skrin dan juga pergerakan pergelangan tangan pengguna.

Air View” membolehkan pengguna melihat pratonton kandungan emel, S Planner, galeri imej atau video tanpa perlu membukanya. “Air Gesture” membolehkan pengguna menukar trek muzik, menatal ke atas dan bawah laman web, atau menerima panggilan dengan mengguna isyarat tangan.

S Voice™ Drive” mengaktifkan arahan melalui kawalan suara untuk pemanduan kenderaan. Apabila telefon disambungkan kepada Bluetooth kereta, telefon secara automatik bertukar kepada mod pemanduan yang menukar teks kepada pertuturan.

Samsung Optical Reader” secara automatik mengesan teks, kad perniagaan atau maklumat kod QR, dan menyediakan fungsi berguna seperti terjemahan, panggilan, mesej dan carian.

Samsung WatchON” menjadikan telefon ini sebagai alat kawalan jauh untuk mengawal TV, kotak set-top, pemain DVD dan penyaman udara.

GALAXY S4 memudahkan pengguna menjaga kesihatan dengan menggunakan perisian “S Health“. Gabungan sensor dalam peranti secara sistematik dan automatik memantau kesihatan, persekitaran pengguna dan banyak lagi untuk membantu meningkatkan kualiti kehidupan pengguna. Pengguna juga boleh memeriksa keadaan kesihatan mereka menggunakan diari makanan, diari senaman dan pemantau tidur untuk kekal cergas dan sihat.

Samsung Adapt Display” menyediakan satu pengalaman tontonan yang optimum, disesuaikan untuk setiap jenis keadaan persekitaran termasuklah kadar kecerahan sesuatu tempat, dan “Samsung Adapt Sound” menawarkan tahap bunyi yang optimum dan jenis bunyi galaxy s 4 when, galaxy s 4 new,disesuaikan untuk setiap pengguna.

{ 3 comments… read them below or add one }

WRizuan March 27, 2013 at 3:19 pm

memang spec s4 ni terbaik

Reply

Oneblogsocial.com March 29, 2013 at 10:34 am

Fitur yang semakin canggih,sebelum ini nak fikir untuk beli S4 atau NoteII

Reply

KhairulAshraf October 16, 2013 at 5:50 pm

sy da beli satu…mmg best!!! terbaikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: