Apa Yang Saya Belajar Hari Ini?

imagesknkn
Setiap hari kita belajar benda baru dan setiap hari kita dapat pengetahuan baru. Namun semua itu hanya terkesan kepada diri kita jika kita tahu akan kepentingan ilmu dan kemahiran tersebut. Artikel kali ini adalah perkongsian saya sahaja, jika ia bermanfaat untuk anda, Alhamdulillah  kerana saya juga masih belajar seperti anda semua..Sesungguhnya, kita adalah pelajar seumur hidup. Berikut merupakan antara perkara yang boleh dijadikan panduan untuk kita terus belajar dan bersemangat dalam kehidupan anda:

  • Kenal pasti apa yang anda suka – fikirkan apa yang boleh membuatkan anda gembira ketika melakukannya. Pasti ia akan membuatkan kehidupan lebih bermakna.
  • Lakukan apa yang anda suka- Saya sangat setuju dengan ayat tersebut kerana kita akan lebih berusaha untuk melakukan perkara yang kita minat. Tapi pastikan perkara tersebut adalah positif, jangan minat untuk melakukan perkara yang tak elok pula.
  • Catat ilmu baru – jangan malas untuk menulis atau mencatat setiap perkara yang baru dipelajari. Jika sehari anda menulis satu ilmu pengetahuan, seminggu anda sudah tujuh pengetahuan baru.
  • Jadikan ia perkara yang mudah- percaya pada diri sendiri bahawa anda juga boleh berjaya dalam kehidupan di dunia dan akhirat. Tetap tabah menghadapinya walaupun ia adalah situasi yang sukar.
  •  Ada misi dan visi – setiap orang mempunyai matlamatnya sendiri. Kalau sudah ada matlamat, ia merupakan perkara yang baik. Cuma yang kurang baiknya, kita malas berusaha untuk mencapainya. Jadi pilihlah yang baik daripada kurang baik.
  • Kenali diri sendiri anda – anda lebih tahu perkara yang boleh membuatkan kehidupan anda lebih bermakna. Semua orang pun ada kelemahan dalam diri, tapi ingat kita juga mempunyai kekuatan.

Sekadar perkongsian saya sahaja. Anda juga pasti mempunyai sesuatu untuk dikongsikan untuk menjadikan diri lebih baik kan 

Comments

5 comments… add one
  • Perkongsian yang menarlk bro. Setuju bab buat apa yang kita suka tu, Macam saya dapat kerja yang diri sendiri tidak suka. Tiap pagi bangun nak pegi kerja badan rasa letih. Hati rasa malas. Memang tak best rasa macam tu tiap hari.

  • suri

    ada org bg tahu pd saya btlah apa prkara baik yang kamu suka.klu kmu suka buat dan fokus mesti akan berjaya ke arah itu.bt sb hpy dan minat insyallh akan mendatangkan hasil..kata org tu kpd sy..

    berkali2 sy pikir sy tahu maksud dia tu…

  • suri

    apa belajar mesti catat..apa yg sy bt tadi sy blh ingt tpi klu suruh catat pkra yg lepas msih ingt2 lupa huhu

  • selamanya kita perlu belajar
    selagi ada masa dan masih diberi kesempatan

  • setiap hari blaja perkara baru…cnth arini belajar utk jadi lebih sabar..bagaimana utk kawal perasaan marah…heee

Leave a Comment