Bagaimana Tentukan Anti Virus Sesuai Untuk PC Anda

Ada banyak jenama perisian anti virus di pasaran dari berbagai syarikat pembikin software anti virus, sama ada yang percuma atau yang berbayar kesemua bersaing hebat untuk memberi yang terbaik bagi melindungi komputer Anda dari serangan virus

(jika Anda menggunakan laptop Apple atau mana-mana versi iPad, Anda tidak perlu risau pasal virus!).

Bagaimana Untuk Tentukan Mana Satu Antivirus Sesuai Untuk Anda

Jawapannya, bergantung pada penggunaan Anda berkomputer. Mana satu yang Anda banyak gunakan? Online atau offfline? Adakah Anda banyak gunakan komputer Anda untuk online?

Adakah Anda banyak gunakan komputer Anda untuk kerja-kerja offline seperti menaip, membuat design atau untuk menyiapkan kerja-kerja di pejabat?

Jika Anda jarang gunakan internet atau anda cuma gunakan internet sebanyak 2 jam sahaja dalam sehari,

Jawapannya perisian anti virus jenis ‘normal anti virus protection’ sesuai untuk Anda kerana perisian anti virus sebegini direka untuk melindungi komputer dari ancaman virus yang datang dari peranti luaran seperti external hard drive, usb pen drive, usb thumb drive, kad memori atau kad SSD jenis flash.

Jika Anda banyak gunakan komputer Anda (sama ada laptop, tablet atau desktop) untuk melayari internet dari jenis talian internet berkabel, WiFi atau Broadband lebih dari 2 jam sehari,

kemudian Anda melayari internet paling kurang 2 jam pada sebelah pagi, 2 jam pada sebelah petang dan 1 jam lagi pada sebelah malam, maka Anda lebih sesuai mengunakan untuk anti virus dari jenis ‘internet security’.

Sebagai contoh, mari lihat produk Kaspersky Anti Virus. Mereka ada dua versi, satu ‘anti virus protection’ atau singkatannya K.A.V. Produk kedua mereka adalah Kaspersky Internet Security atau singkatannya K.I.S.

Mana satu lebih sesuai untuk komputer Anda?

Jawapannya, lihat pada gaya penggunaan Anda, sama ada Anda banyak guna internet atau tidak.

Bagi saya,saya menggunakan Anti-Virus yang Internet security kerana banyak kerja-kerja online.

Dunia Maklumat

- Belajar Mengaji Al-Quran Dirumah    
advertise here rm10 month

Duit Tambahan Dengan Hanphone

0 comments… add one

Leave a Comment