Belajar Al-Quran Dalam Masa 24 Jam

Kedah Mengaji Al-HiraMengaji Al-Quran merupakan suatu ibadat bagi umat Islam. Terdapat pelbagai kaedah pengajian yang boleh kita pelajari. Salah satu daripadanya ialah kaedah mengaji Al-Hira. Tahukah anda apa itu mengaji Al-Hira?

Al-Hira merupakan kaedah panduan belajar mengaji Al-Quran yang mudsh difahami dan sesuai untuk semua peringkat umur. Mempraktis kaedah Al-Hira adalah sangat mudah dan boleh dipelajari hanya dalam masa 24 jam untuk belajar membaca Al-Quran. Keadah ini terbukti berkesan setelah diuji selama hampir 22 bulan oleh para ulama dan juga guru mengaji.

Pempraktisan Al-Hira adalah sangat unik dan sistematik. Masihkah ada antara keluarga kita yang tidak boleh membaca Al-Quran? Dengan teknik Al-Hira, kini semua orang mampu belajar membaca Al-Quran dengan mudah. Kaedah Al-Hira merangkumi 13 pelajaran yang sangat mudah difahami. Antaranya ialah cara membaca huruf yang berbaris atas dan disusuli dengan pelajaran huruf yang berbaris dibawah. Kemudian, apabila anda telah fasih dengan pelajaran itu, anda akan mula diperkenalkan dengan pelajaran membaca huruf baris hadapan, mengenali huruf bersambung, membaca tanda panjang dan membaca huruf berbaris dua iaitu tanwim.

Pelajaran yang lebih mendalam akan membawa anda mengenal dan membaca huruf mati atau sukun, huruf béetashdid, cara membaca At Ta’rif, membaca Al-Jalalah dan hamzah wasal. Kemudian, pelajar akan mula diajar pelajaran yang terakhir iaitu cara wakaf ketika membaca Al-Quran dan jug acara membaca huruf-huruf muqatta’ah. Apabila lengkap kesemua pengajian ini, maka anda sudah tentu boleh membaca Al-Quran.

Kaedah Al-Hira merupakan kaedah terkini membaca Al-Quran dengan mudah untuk mereka yang kurang memahami pengajaran membaca Al-Quran yang lain ataupun tidak boleh membaca Al-Quran. Keadah ini merupakan salah satu alternative mudah untuk mengenali dan membaca Al-Quran dengan cepat.

 

Berminat Untuk Belajar Mengaji Hubungi :

Shah Alam : Ustaz Fadzil 019-522 0253

Kulim dan sekitarnya, : Ustaz Hafiz 017-564 4744

Pulau Pinang : Ustaz Ridwan 019- 46207372


Kaedah Pembelajaran Al-Hira’

Setiap sesi pembelajaran adalah 1 & 2 jam dan saya akan ke tempat anda sebanyak 12 & 24kali pertemuan bergantung kepada kelapangan yang anda ada iaitu sebanyak 24 jam waktu pembelajaran di mana anda boleh membaca Al-Quran dengan lancar setelah tamatnya sesi pembelajaran.
Lokasi Perkhidmatan Al-Hira’ Lembah Klang

Saya menyediakan kelas mengaji AL-HIRA’ untuk kanak-kanak dan dewasa ke tempat anda di sekitar LEMBAH KLANG sahaja

Lokasi Penang & Kedah

Kami menyediakan perkhidmatan mengaji untuk kanak2 dan juga dewasa di kawasan KULIM, kulim Hi Tech, BUKIT MERTAJAM, Padang Serai, Sungai Petani dan dearah sekitarnya. jika berminat boleh lah hubungi USTAZ HAFIZ 017- 564 4744

Yuran Pembelajaran Al-Hira’

Yurannya hanya RM 50 untuk sejam lebih termasuk pengankutan. Kami akan berulang-alik ke tempat anda sehingga anda pandai membaca Al-Quran

bunting-murah bua tduit dengan youtube adsense

Comments

3 comments… add one
  • Amir

    sekarang alasan takde masa nak mengaji quran dah tak valid 😉

Leave a Comment

Cancel