Cara Buat Duit Menjual E-book Sendiri Dengan Bantuan Google

Kebanyakkan kita yang berkeinginan untuk jual produk buatan sendiri, terutamanya orang yang telah lama dalam bidang jualan atau mempromosikan orang lain punya produk.

Akan tetapi, sesuatu itu kos memainkan peranan besar dalam membantutkan keinginan mereka ini.

Pada masa yang sama, mereka rasa tertekan dengan menjual produk orang lain tapi sekadar mendapat sedikit sahaja komisyen.

Mereka kadang-kadang terasa yang penat lelah mereka sepanjang hari adalah untuk menjayakan orang lain.

Saya juga pernah menemui keadaan sedemikian. Saya pernah bekerja menuntut hutang bagi pihak bank. Kadang-kadang, perlu menelefon klien bank hanya kerana tunggakana RM7 ringgit sahaja!

Namun, dengan memiliki skil yang ada dalam GUGEL JER, saya memutuskan untuk berhenti kerja dan menjual ebook sendiri.

BAGAIMANA SAYA MENGGUNAKAN GUGEL JER UNTUK HASILKAN EBOOK SENDIRI
Dengan menggunakan GUGEL JER, saya mencari masalah yang perlu diselesaikan dahulu.

Setelah menemui masalah yang ramai orang perlukan jawapan, saya mengumpul maklumat-maklumat lain yang berkaitan dengan masalah berkenaan.

Dengan GUGEL JER, sangat mudah untuk saya mencari maklumat-maklumat berkualiti yang setaraf isi-isi buku yang dijual di pasaran.

Ini bermaksud, Content yang saya kumpul adalah content yang layak menjadi isi buku, bukan content blog yang biasa-biasa.

Kemudiannya, saya mencari perisian untuk menulis. Saya tidak menulis menggunakan Microsoft Words kerana ia kurang menyelesakan bagi saya. Kadang-kadang saya merasakan ianya agak berat juga.

Dengan bantuan GUGEL JER, saya menemui dua perisian yang sesuai untuk keperluan saya dalam menulis pantas tanpa banyak gangguan:

Notepad++ dan juga DarkRoom.

Perisian Untuk Menulis Ebook

Selesai penulisan, saya memindahkan hasil penulisan ini di dalam Power Point kerana mudah untuk memiliki latar belakang yang cantik.

Selepas itu, saya save as PDF dan ebook saya sedia untuk dijual.

MENJUAL EBOOK
Dengan skil GUGEL JER, saya menemui tempat-tempat sesuai untuk menjual ebook ini.

Pada masa itu, ianya adalah ASHADEE (Dah tutup)

Surat jualan saya gunakan blogspot sahaja. Begitu juga dengan page untuk produk.

Untuk penghasilan minisite menggunakan blogspot, saya mendapatkan caranya juga dengan bantuan GUGEL JER.

Teringat lagi saya menerima jualan daripada Ashadee pada masa itu.Seronok sangat!

Oh ya. Ebook saya itu dijual pada harga RM50 pada masa tu. Kini sudah tidak dijual lagi.

KESIMPULAN
Jika anda bercita-cita untuk memiliki produk sendiri namun memiliki kekangan dari segi budget, saya sarankan untuk menjual ebook.

Hasilkan ebook yang menyelesaikan masalah orang lain dan insyaAllah anda akan mendapat hasil positif daripadanya.

Gunakan skil dalam GUGEL JER untuk memudahkan kerja-kerja anda dalam mencari maklumat berkualiti A++.

bua tduit dengan youtube adsense

Comments

0 comments… add one

Leave a Comment