Cara Melihat Kepantasan Laman Web Anda

Mungkin di komputer kita ia pantas, tetapi bagaimana di komputer, telefon pintar, serta tablet pembaca? Terdapat 4 aplikasi atas talian yang boleh membantu anda melihat kepantasan laman web atau blog anda.

 

Mengapa penting untuk mengetahui kepantasan laman web?

Pernahkah anda menunggu untuk sebuah laman web dipaparkan sepenuhnya, tetapi rasa bagaikan hendak berjanggut menunggu ia habis? Begitulah juga pembaca lain. Walau bagaiaman banyak maklumat serta kemudahan interaktif sesebuah laman web itu sediakan, sekiranya ie mngambil masa yang lama untuk dipaparkan, tidak ada sesiapa yang berminat untuk melihatnya lagi melainkan terpaksa.

Kelazimannya, seseorang sanggup menunggu 4 saat untuk sesuatu di laman itu muncul, barulah dia akan menunggu sedikit lama lagi. Jika tiada apa yang keluar setelah 4 saat, maka anda telah kehilangan seorang pembaca dan secara potensinya seorang pelanggan.

 

1.Page Speed Online

Page Speed Online adalah kelolaan Google Developer sendiri. Ia bertujuan membantu pembina dan pemilik laman web mengenalpasti kelajuan laman mereka apabila dilayari. Disamping itu, ia juga turut memberi tips-tips tentang bagaimana ingin menambah kelajuan dengan membetulkan Settings di sesetengah bahagian.

 

2. GTMetrix

GTMetrix menyediakan rekomendasi berdasarkan platform laman web atau blog anda. Ia menggunakan sistem Google Page Speed ( diatas) dan Yahoo! YSlow. Anda boleh memuat turun laporan dalam bentuk PDF. Disamping itu, GTMetrix juga menyediakan servis berbayar disamping penggunaan percuma,dengan kelebihan-kelebihan tertentu:

Perbezaan penggunaan percuma dengan penggunaan berbayar adalah semakan ikut jam serta tangkapan video laman web untuk mengenal dengan lebih terperinciakan masalah sebenar. Biarpun tidak menjadi satu keperluan kepada pemilik laman biasa, namun ia amat berguna kepada web developer.

Di bahagian Top1000, GTMetrix menyediakan pelbagai maklumat dan infografik untuk kajian pembaca. Ia memiliki 4 server penguji yang terletak di Kanada (4), Amerika (1), United Kingdom (1),Australia (2), Brazil (1), India(1), dan China (1).

Akhir sekali, antara yang unik mengenai GTMetrix adalah keupayaan Filmstrip – membenarkan anda lihat frame by frame bagaimana laman anda dipaparkan untuk mengetahui apa yang menyebabkan ia lambat – dan Connection Throttling – boleh menyemak kelajuan paparan laman web melalui kelajuan connection yang berlainan. Ini amat sesuai jika para pembaca bukan sahaja pengguna layar pantas, tetapi dial-up atau jalur lebar berkuota.

 

3. Blame Stella

Blame Stella memaparkan maklumat kepantasan web dengan paparan yang amat mudah difahami serta membesarkan bahagian-bahagian penting. Pertama sekali, ia menunukkan berapa milisaat yang diambil untuk laman anda dipaparkan. Ia juga memberi kemudahan mendaftar agar laman web anda boleh disemak dari semasa ke semasa untuk melihat adakah ia berfungsi atau mengalami masalah pada waktu tertentu.

 

4. Pingdom

Disamping memberi hasil kelajuan laman web anda, Pingdom juga menyediakan kemudahan untuk berkongsi di Twitter, Facebook atau menghantar hasil ke emel. Ia juga menyediakan analisa tempoh masa untuk paparan, saiz, request serta respons server.

Bukan sekadar kemudahan menyemak kepantasan laman web, ia juga mempunyai kemudahan menyemak kecekapan DNS, serta perkhidmatan ping dan traceroute. Kemudahan ping dan traceroute adalah sebahagian daripada Full Page Test.

Sekiranya anda ingin notifikasi dari semasa ke semasa mengenai keadaan capaian laman web anda, boleh mendaftar untuk Pingdom secara percuma. Ia akan memaklumkan anda secara emel mengenai masa-masa laman anda sukar dicapai. Hal ini sering berlaku saat server down.

 

Dengan ini, fungsi penyemakan kepantasan laman web anda tidak akan menjadi sukar lagi. Biarpun bukan seorang yang berpengalaman dalam menghasilkan laman web, sesiapa juga mampu memahami penggunaan fungsi-fungsi ini.

bunting-murah

Comments

0 comments… add one

Leave a Comment