Cara Menghilangkan Kesan Hitam Di Bawah Mata

how-to-draw-a-baby-panda,-baby-panda-bear-cub

Lingkaran lebam berwarna gelap yang berlaku di bahagian bawah mata merupakan masalah yang selalu dihadapi oleh masyarakat. Biasanya lingkaran tersebut berlaku kerana faktor tidak cukup tidur, buat kerja tanpa rehat yang cukup dan belajar sehingga lewat pagi yang kebiasaannya berlaku dalam kehidupan seorang pelajar. Oleh itu, ia akan membuatkan wajah kurang berseri-seri akibat masalah lebam di bawah di bawah mata tersebut. Berikut merupakan petua dan tips yang boleh anda cuba untuk menghilangkan masalah lebam:

  • Hilangkan lingkaran hitam di sekeliling mata – anda boleh mencuba dengan memotong sebiji kentang lalu dihiris tipis menjadi beberapa keping. Setelah itu lekapkan hirisan kentang tersebut di sekeliling pada kedua belah mata. Biarkan ia selama 10 hingga 20 minit setelah itu cuci menggunakan air bersih.
  • Hilangkan kesan hitam yang berada di bawah mata – anda boleh mencuba dengan memerah lemon dalam cawan. Setelah itu sapukan perahan secara perlahan di sekitar bawah mata. Amalkan dua kali setiap hari.
  • Gunakan krim kontur mata – jika anda tidak mahu menggunakan petua di atas, anda boleh menggunakan krim kontur mata yang boleh didapati di pasaran. Namun, pastikan ianya adalah produk tulen dan tidak membahayakan. Ikut arahan krim tersebut untuk mendapatkan hasil yang terbaik.
  • Cukup rehat – anda hendaklah mempunyai rehat yang cukup kerana faktor masalah lebam bawah mata adalah tidak mendapat rehat yang mencukupo. Susun jadual dan tugasan anda dengan sistematik agar masa rehat anda tidak akan terganggu.

Semoga Berjaya =)

Comments

11 comments… add one
  • suri

    saya susah nak tido sayag akan layan buku tapi tak juga kena minum milo panas.agak jarang utk masa saya sembab sb jens tdo tak tentu time…silap2 mgtuk sgt sy blh tertdo kt sofa..

  • suri

    saya suka panda tu hee… mmg panda tak cukup tdo ker admin?

    sy pernah cuba utk mata jer tu guna timun utk redakan stress..

    • pernah juga guna hirisantimun untuk rehatkan mata
      sejuk je rasa

  • jutawan muda

    nak try cara nie…

    bwh mata dh hitam…

    dlu mse stdy sllu tdo lewat…

  • fyna

    sesuai untuk fyna sekarang nih. nice tips ^_^

  • Rina

    Jadi ingat sewaktu masih sekolah SMA dulu, mata saya juga ada warna hitam di bagian bawah mata hingga sering disebut panda. Nampaknya istirahat malam yang cukup akan sangat membantu menghilangkan warna hitam tersebut ya..
    trims atas semua tips2nya

  • Tips yang bagus boleh di amalkan lelaki atau pun wanita

  • oh macam tu ya baru aku tahu

  • Zida

    berkesan ye guna kentang? maklumlah zon peperiksaan macam sekarang ni tidur tak tentu masa. huhu~

  • eira natasha

    Laaa..senang jer rupenyer..klu cam tu thanks laa atas tips yg diberi ..haha..;p

  • Kesan hitam tu kadang-kadang memang payah nak hilang

Leave a Comment