Cara Solat Istikharah

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

Solat Sunat Istikharah

Solat ini dilakukan untuk mendapatkan petunjuk, terutama bila seseorang dalam keraguan memutuskan mana yang terbaik diantara dua perkara yang diragukan.

Jika timbul keraguan dalam hati untuk memilih atau mengambil keputusan dalam sesuatu perkara, contohnya: apakah aku harus menolak atau menerima? Keraguan makin terasa, keputusan tidak dapat dipastikan setelah melihat masing-masing ada kelebihan dan keburukannya.

Oleh yang demikian, hendaklah menyerahkan pada Yang Maha Kuasa untuk memilihnya. Sebelum seseorang mengambil keputusan ia dianjurkan solat istikharah dua rakaat.

Dengan mengharapkan agar ditunjukkan Allah untuk mendapatkan pilihan yang terbaik. Jika keraguan masih mempengaruhi fikiran untuk menentukan pilihan, ulangilah solat istikharah dan membaca doanya, walaupun pengulangan sampai 7 kali berturut-turut.

Selepas itu, bertawakkal kepada Allah, pilihlah salah satu daripadanya, ambillah yang mana arah ‘hati’ lebih cenderung setelah berdoa. Jangan menimbulkan lagi keraguan, yakinlah bahawa itu adalah pilihan terbaik dari yang Maha Kuasa.

Jangan merasa kecewa andai ternyata dalam keputusan yang dipilih menimbulkan keinginan yang tidak disukai. Ingatlah bahawa ini adalah yang telah digariskan pada azali yang tidak dapat dielakkan, besar kemungkinan mengandungi hikmah, membawa kebaikan dimasa akan datang, hendaklah tetap mempunyai husnuz-zan kepada Allah.

Khaifiat Solat Istikharah

Tata cara solat istikharah lebih kurang sama dengan solat subuh, Hanya niatnya saja yang berlainan, iaitu berniat solat istikharah. dilaksanakan sebelum tidur ataupun setelah bangun tidur.

Sangat baik dilakukan sesudah lewat tengah malam disaat sunyi, supaya hati lebih khusyuk dalam mengemukakan permohonan kepada Allah.

Solat ini sangat peribadi sifatnya. Sebab itu harus dikerjakan sendirian. Solat ini tidak memakai azan atau iqomah.

Lafaz niat:-

“Ushalli Sunnatal Istikharaati Rak’ataini Lillahi Ta’aala”

“Sahaja Aku sembahyang sunnat istikharah 2 rakat tunai kerana Allah Ta’ala”

Rakaat pertama-

Baca surah Al-fatihah dan surah Al-kafirun

Rakaat kedua-

Baca surah Al-fatihah dan surah Al-ikhlas

Selepas salam, bacalah doa yang disarankan dalam istikharah.

Dalam berdoa sebaiknya menyebutkan permintaan yang ingin diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t. misalnya:

“Ya Allah, jika hal ini….( sebutkan namanya )”

Doa istikharah

Setelah selesai solat, berdoa seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW:

“Ya Allah, saya memohonkan pilihan menurut pengetahuanMu dan memohonkan penetapan dengan kesuasaanMu juga saya memohonkan kurniaMu yang besar, sebab sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui dan saya tidak mengetahui apa-apa. Engkau Maha Mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah, jikalau di dalam ilmuMu bahawa urusan saya ini……..baik untukku dalam agamaku, kehidupanku serta akibat urusanku, maka takdirkanlah untukku dan mudahkanlah serta berikanlah berkah kepadaku di dalamnya. Sebaliknya jikala di dalam ilmumu bahawa urusan ini buruk untukku, dalam agamaku, kehidupan serta akibat urusanku, maka jauhkanlah hal itu daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya serta takdirkanlah untukku yang baik-baik saja dimana saja adanya, kemudian puaskanlah hatiku dengan takdirMu itu.”

See also  Fadhilat Dan Kelebihan Ayat-ayat Quran

Antara fadhilat Solat Istikharah

Apabila kita sebut sahaja Solat Istikharah kebanyakan di kalangan kita hanya terkenangkan ketika hendak memilih jodoh. Ia begitu sinonim sekali dalam membuat keputusan untuk memilih bakal teman hidup tidak kira bagi lelaki atau perempuan.

Perkara ini mungkin berlaku kerana penekanan di kalangan sesetengah Ustaz dalam soal istikharah ini dikaitkan dengan memilih jodoh sahaja.

Sebenarnya amalan Solat Sunat Istikharah ini skopnya lebih luas. Kita kadang-kadang tidak diberikan peringatan dalam soal ini.

Sedangkan amalan Solat Istikharah ini sangat-sangat di galakkan oleh Rasulullah sebagaimana disebut dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari;

Mahfum Hadis: Dari Jabir ra., ia berkata: “Nabi pernah mengajarkan kepada kami Istikharah dalam berbagai urusan, seperti mengajarkan sebuah surah dalam Al Quran. Kalau seseorang dari kamu menghendaki sesuatu, maka hendaklah ia solat dua rakaat, kemudian berdoa:

“Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya.”

  • Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==

Betapa pentingnya Solat Istikharah ini sebagaimana pentingnya kita mempelajari al-Quran.

Sebagai satu iktibar dan renungan penulis ingin berkongsi beberapa contoh kisah benar yang berlaku di kalangan sahabat-sahabat yang terlupa mengamalkan solat istikharah. Nama dalam kisah ini bukan nama sebenar.

Kisah – 1

Setelah berpindah randah dari satu rumah sewa ke rumah sewa, akhirnya tergerak hati Salim untuk memiliki rumah sendiri. Lalu dia melihat iklan di surat khabar dan berkenan dengan tawaran rumah yang agak munasabah harganya. Rumah tersebut masih belum dibina lagi tetapi pihak pemaju telah menawarkan pakej jualan yang istimewa. Pihak pemaju perumahan memberi jaminan rumah tersebut akan siap dalam masa dua tahun. Salim berminat dengan rumah tersebut lalu terus membelinya. Kini lima tahun telah berlalu, projek perumahan itu telah terbengkalai kerana pemaju telah bankrupt. Salim terpaksa membayar ansuran bulanan hutang kepada bank walaupun rumah yang diidamkan masih tidak wujud.

See also  Kelebihan Lailatul Qadar

Kisah – 2

Abu dan Salmah telah berkahwin selama 4 tahun. Mereka dikurniakan dengan dua orang cahaya mata. Anak yang sulung telah berumur 3 tahun dan yang kedua masih 8 bulan. Mereka berasa agak susah hendak ke sana kemari kerana hanya memiliki motosikal. Satu hari Salmah mencadangkan kepada Abu untuk membeli kereta. Abu lalu terus pergi ke Perodua Show room untuk melihat-lihat kereta. Dia berkenan dengan model Kelisa lalu terus membelinya. Selang sebulan keretanya kena curi. Dah enam bulan berlalu keretanya masih tidak ditemui, tetapi dia masih membayar ansuran bulanan dengan pihak bank kerana pampasan yang pihak insurans bagi tidak mencukupi untuk melangsaikan bayaran baki hutang dengan pihak bank.

Kisah – 3

Munirah akhirnya terpikat dengan pujukan rakan satu ofisnya Hafsah untuk melabur dalam satu skim pelaburan di internet. Dia akhirnya mengeluarkan sehingga RM10,000 untuk pelaburan tersebut. Dua tahun telah berlalu duit pelaburannya lesap tak nampak bayang.

Kisah – 4

Rashid dan Zakiah telah mempunyai tiga orang anak. Mereka bercadang untuk mengambil pembantu rumah Indonesia. Mereka pergi ke agensi pembantu rumah dan terus memilih seorang pembantu rumah yang terdapat dalam senarai biodata. Selang dua bulan pembantu rumah pun sampai dan berkhidmat kepada mereka seperti yang dijangkakan. Tiga bulan berlalu tiba-tiba pada satu hari didapati pembantunya telah lari dari rumah.

Kisah yang dipaparkan di atas adalah kisah benar di mana penulis sendiri bertanya kepada mereka adakah mereka telah melakukan Solat Istikharah sebelum memilih atau membuat keputusan. Mereka kata langsung tak terfikir hendak melakukannya.

Kisah – 5

Iskandar berumur 40 tahun telah berkahwin dan mempunyai enam orang anak. Suatu hari dia mendapat telefon dari kawan baiknya Jaafar. Jaafar hendak memberikan satu hadiah istimewa kerana jasa Iskandar yang telah menyelesaikan masalah keluarganya. Jaafar hendak menawarkan kepadanya perbelanjaan pakej menunaikan haji untuk suami isteri ditanggung sepenuhnya iaitu RM15,000 setiap orang. Hati Iskandar gembira bukan kepalang kerana sudah lama dia mengidam untuk menunaikan haji. Lagipun duit simpanan dalam tabung hajinya baru RM3000. Iskandar tidak terus menerima hadiah tersebut sebaliknya dia memberi tempoh tiga hari untuk membuat keputusan. Iskandar melakukan Solat Istikharah tiga malam berturut-turut. Pada hari keempat dia berjumpa Jaafar mengatakan dia sangat berat untuk menerima hadiah tersebut. Dia mengatakan ingin pergi menunaikan haji dengan duit pendapatan sendiri. Jaafar agak kecewa, dipujuknya namun Iskandar tidak terima juga. Selang dua bulan selepas itu baru Iskandar mendapat tahu duit yang hendak diberikan kepadanya itu adalah dari duit riba iaitu interest bank konvensional akaun simpanan tetap Jaafar. Jaafar telah tersalah sangka. Disangkanya bahawa duit riba boleh dihadiahkan kepada orang lain tetapi tidak boleh digunakan sendiri.

See also  Magnet Pendakwah Unik

Kisah – 6

Cikgu Imran telah mendapat arahan pertukaran sekolah dari Sabak Bernam ke Sandakan. Bila menerima surat tersebut hatinya agak gembira kerana ingin memberi khidmat di kawasan pedalaman. Baginya tidak ada masalah sebab masih bujang, dan teringin sangat hendak ke Sabah. Dia solat Istikharah walaupun keputusan telah ditetapkan oleh kementerian kepadanya. Dia berdoa “Ya Allah kalau pemergian aku ke Sandakan ini baik untukku dan agamaku maka permudahkanlah jika tidak kau gantikanlah dengan yang lebih baik dan sempurna”. Selang dua minggu Pengetua disekolahnya memberitahu kepadanya pertukaran dia ke Sabah di tarik balik disebabkan masalah teknikal. Dia rasa agak pelik namun tidak kecewa malah tetap gembira kerana telah melakukan solat istikharah. Dia yakin ini yang terbaik di pilih oleh Allah untuknya. Selang sebulan dia bertemu Jodoh dengan Ustazah (al-Hafizah) yang baru berpindah di taman tempat dia tinggal.

Semua kisah yang dipaparkan di atas adalah kisah benar yang boleh kita ambil iktibar dan pengajaran. Yang pastinya kita tidak akan rugi di dunia dan akhirat bila beramal dengan Solat Istikharah ini.

Dewasa ini ramai di kalangan kita hendak membeli rumah yang berharga lebih RM200,000. Bayaran balik mungkin mengambil masa selama 20 hingga 25 tahun. Dalam tempoh tersebut macam-macam perkara boleh terjadi. Jika sekiranya kita melakukan Solat Istikharah sebelum membeli rumah tersebut, pasti Allah akan mendorongkan kita membuat pilihan yang tepat dan memudahkan segala urusan. Penulis ada bertemu dengan beberapa sahabat yang melakukan Solat Istikharah sebelum membeli rumah, Alhamdulillah segala urusan menjadi mudah dan dapat membayar balik hutang rumah lebih awal daripada yang dijangkakan.

Seperkara lagi, supaya Allah SWT memakbulkan doa kita, jauhilah segala bentuk pinjaman yang ada unsur-unsur riba’ seperti dari sistem konvensional. Pilihlah sistem perbankan Islam semoga Allah memberikan keberkatan dan menurunkan rahmatnya sepanjang tempoh pinjaman di buat. Yakin dan percayalah jika kita mengikut suruhan Allah, pasti Allah akan membantu kita di ketika senang dan susah. Jika Allah bantu kita tiada sesiapa yang boleh menghalangnya.

Dunia Maklumat

Join Affiliate Shopee Percuma Klik - AFFILIATE SHOPEE
27 comments… add one
  • Siti Norhajar Bte Sheikh Obit Link Reply

    saya ingin bertanya niat sembahyang sunat istikharah ini adakah semasa kita melafaskannya kita perlu menyebut “…. 2 rakat tunai kerana Allah Ta’ala”. Setahu saya memadai sahaja kita menyebut “….2 rakat kerana Allah Ta’ala. Minta dijelaskan supaya saya tidak keliru

  • qiqah Link Reply

    Adakah wajib membaca doa istikharah…

  • liza Link Reply

    adakh wajib membaca tasbih semasa sujud

  • yana Link Reply

    bolehkah solat istikharah untuk pilih antara banyak pilihan

    • sya Link Reply

      Boleh baca dalam bahasa Arab
      .

  • wahyu Link Reply

    izin copy untuk belajar

  • Amelia Link Reply

    Bleh x kte bca bhsa arab die aje x yh bca tlisan rumi die tu atau kte kne bca dua dua skali??

  • Den Link Reply

    Assalamualaikum admin…sya memohon pendapat serta nasihat dari admin..sejujurnya sya telah berkahwin..usia perkawinan sya baru je setahun…isteri sya teramatlah baik sentiasa beramal…dia banyak mengajar sya ilmu agama..berperibadi lembut dan solehah…dan sesungguh sya amat mencintai dia sama mcm dia mencintai sya…selama kami berkahwin sekeliling sya sentiasa ada wanita2 yang cun2 dan cantik2 tp sya xpernah tertarik hati kepada mana2 wanita tersebut…tp minggu lepas ada seorang muslimah muncul dan pada saat sya melihat dia hati sya rasa sgt2 tertarik dgn dia..setiap hari sya sentiasa terbayang kan dia..sehingga kan sya mengambil gambarnya d akaun fb milik nya tanpa pengetahuan dia…sejak sya berkahwin xpernah sya sukakan wanita lain mcm ni slain isteri sya.…sya sgt2 keliru fgn perasaan sya skrang..sya sgt sygkan isteri sya yp dalam masa yg sama sya suka wanita lain…admin sila bantu sya dan mohon pendapat daripada admin..

  • murni hanapiah Link Reply

    Assalamualaikum w.b.t admin…sy mohon kbnaran ss untuk panduan solat istikharah..

  • Wandiey Rajili Link Reply

    Terima kasih atas panduan di atas…insyaallah saya akan berjaya dalam pemilihan untuk memilih ke mana saya akan pergi meneruskan perjuangan saya dalam era pendidikan seterusnya..

  • masalah keluarga…ribut selalu

  • ayu Link Reply

    adakah trbatal solat itu sekiranya trbayang muka org yg kita inginkan tu ketika sedang solat…iaitu jodoh pilihan hati

  • nurwana Link Reply

    Assalamualaikum… wr. Wb…
    Sy ingin bertanya, sy bingun sy sudah 3 thun bekerja di wilayah papua, sy terkena musibah yaitu ibu sy sakit dan lumpuh, ibu sy ada d kampung di makassar… haruskah sy melepaskan pekerjaan sy, dan pulang merawat ibu sy…
    Jika sy melepaskan pekerjaan sy apakah sy murkah atas nikmat allah yg telah d berikan kpd sy?jika sy tetap bekerja dan keluarga sy yg merawat ibu sy, apakah sy termasuk orang durhaka kpd ibu sy…?
    Mohon solusinya
    Terimakasih
    Waalaikumusalam Wr. Wb…

  • Aufa Link Reply

    Salam, saya x tau mana nk mula… Saya orang yg susah untuk berkongsi rahsia peribadi mahupun dgn kwn baik, keluarga ataupun pasangan saya sendiri. Hanya pada Allah tempat saya mengadu. Saya ingin meminta pandangan apakah agaknya bila mana seorang suami yang duduk berjauhan dengan isteri dan anak2 tidak berhubung langsung dalam tempoh melebihi seminggu kadang2 setengah bulan sedangkan kemudahan telifon tu ada. Saya benar2 keliru. Hati saya mula d bisik syaitan memikirkan macam2 tentang yg tidak baik. Tapi saya cuba berfikiran positif…

    • wassalamualaikum warahmatullahhiwabarakatuh. alhamdulillah segala puji hanya untuk Allah. apa pun tahniah saya ucapkan pada puan yang begitu cekal memelihara hati dan perasaan tambah lagi menjaga anak2 seorang diri. sesungguhnya ujian dalam rumahtangga teramat berat andai ditanggung sendirian. puan terus menerus berdoa dan jangan putus berdoa. berbincang dan bertanya pada suami seandainya ada kekurangan yang perlu diperbaiki. mungkin kesibukan yang suami puan alami membuatkan dia jarang menghubungi puan. in sya ALLAH teruskan berdoa agar Allah pimpin hati puan dan suami dan sentiasa menjaga kluarga puan.amin.

      • izwan zakaria Link Reply

        Assalamualaikum.. Seandainya susah bagi saya untuk lafas bacaan sesudah solat istikharah yg dalam bahasa arab, boleh tak kalau saya baca yg bahasa melayunya sahaja..

  • ayumel Link Reply

    ?

  • azzuana binti nordin Link Reply

    Assalamualaikum w.b.t semua saya ingin mencari jodoh yg boleh pimpin dn bimbing saya dengan anak sy ke jalan allah s.w.t tu pasal saya buat sembahyg solat istiqarah semoga allah swt dipertemukan jodoh saya ni aamin.saya ni ibu tunggal.

  • norazni mohd yakin Link Reply

    Assalamualaikum sya nak tanya… niat solat tuh baca sblum atau slpas tidor… jadi klu nk solat tuh.. niat nya nk kene baca lgi ke… dan doa solat tuh blh baca ikut bacaan sndiri blh x?

  • nor ian idayu Link Reply

    Salam. Saya nak tanya. Kalau saya minat pada laki cina. Salah ke. Sbb dia terlalu baik utk sy. Sy tkut utk luah. Sy nk sedikit ruang je. Untuk dia sayang sy. Patutkah sy solat istikharah?

  • abe.ariff Link Reply

    Assalamuallaikum sy ingin bertanya mcm mane sy nk dekat kn diri pada allah. Sy ni jenis suka marah xtntu pasal termasuk lh dgn kedua ibu bapa sy. Sy sgt kurang ajar tp hati sy slalu sebak ap bila sy marah kedua ibu bapa sy macam mane sy ye cara utk sy mentaati ibu bapa sy. Sambil2 sy nk berkongsi pengalaman sy yg kejam ni dgn rakan smoga dpt di bantu dgn owg yg berilmu tlg sy. Sy xnk menjadi ank yg derhaka sy sayang ibu bapa sy tp sikap sy dari kecil lg cm tu tlg sy ye rakan2 smoga menjadi tauladan pd smua

  • Kaa Link Reply

    Mohon izin sy ss

  • izzara Link Reply

    assalam ustz/ustzah…saya nak tau solat istikharah ni bkn mcm solat hajat kan kita kena sujud semula seperti doa/niat ketika sujud mohon sesuatu…atau slps beri slm trus kita baca doa istikharah..mohon pencerahan

  • Syafiq Link Reply

    Assalammualaikum admin saya nak tanya kalau kite sayang kan seseorang itu untuk jadi milik kite apa yang harus saya buat ?

Leave a Comment

Cancel reply