DataTraveler Elite Kingston 3.0

Kingston Digital, pengeluar flash drive berjenama Kingston memperkenalkan model flash drive terbaru keluaran mereka – Kingston DataTraveler Elite 3.0.

Flash drive ini dibina menggunakan ciri USB3.0 yang dua kali ganda lebih pantas kelajuannya dari USB2.0.

Sebagai pengguna, Anda pasti memerlukan simpanan data yang besar serta mudah di bawa ke mana-mana. Kebanyakan dari kita sekarang ini selesa menggunakan flash drive untuk mengambil data dari internet, memindah data dari alat lain seperti laptop, desktop pc ataupun tablet ke alat milik sendiri.

Bagi sesetengah orang, flash drive di gunakan untuk menyimpan data lalu mengedit dalam tersebut di mana-mana sahaja bila-bila masa. Bagi pelajar pula, flash drive digunakan untuk mengambil slide presentaion dari laptop lecturer, mengambil fail ebook berformat pdf, juga untuk menyalin lagu-lagu terkini dari laptop/tablet kawan.

DataTraveler Elite 3.0 membaca data dengan kepantasan 70MB sesaat, menulis data dengan kepantasan 30MB sesaat. Badannya diperbuat dari plastik tahan lasak serta ringan.

Ia tidak memerlukan penutup kerana dicipta dengan ciri slide in dan slide out. Kapasti yang dijual adalah dalam 16GB (RM111), 32GB (RM267) dan paling besar adalah 64GB (RM405).

Jika Anda kurang selesa menggunakan external hard drive sebab besar, flash drive terbaru ini boleh dipilih sebagai alternatif terbaik, kosnya pembeliannya rendah sedikit berbanding membeli external hard drive.

Mengenai sistem operasi, DataTraveler Elite 3.0 dapat digunakan dalam semua versi Windows hingga ke Windows Xp service pack 3, Mac OS X 10.5 dan ke atas, Linux v.2.6 dan versi ke atas, Android, BlackBerry OS serta iOS.

Dunia Maklumat

bunting-murah

Comments

0 comments… add one

Leave a Comment