Doa Penahan

jemaah wanita

Hari ini saya nak kongsikan dengan anda doa penahan. Doa ini sagat bagus diamalkan oleh kaum wanita untuk membantu mereka ketika melaksanakan ibadat haji dan umrah jika kedatangan haid.

Ramai wanita yang bila nak pergi ke tanah suci akan mengambil pil penahan haid agar dapat melaksanakan ibadat haji dan umrah dengan selesa dan sempurna dengan bantuan pil penahan haid.

Memang hukum mengambil pil penahan haid itu harus seperti mana pendapat al imam Yusuf al Qaradhawi selagi ia tidak memudharatkan namun kita bimbang kesan dari pengambilan pil penahan haid tersebut akan menjadikan kitaran haid wanita tersebut tidak teratur lagi di masa hadapan. Bila haid seorang wanita tidak teratur ia akan memberi masalah kepada wanita itu sendiri dengan mengambil pil penahan haid. Akan timbul kekeliruan.

Oleh itu saya cadangkan amalkan doa ini, Jadikan ia sebagai amalan harian. Bila berlaku keadaan yang memerlukan anda untuk menahan haid dari keluar seperti ketika di melaksanakan haji atau umrah maka baca ayat ini dengan yakin berdasarkan kaedah-kaedah yang akan saya sebutkan nanti.

Doa ini juga boleh digunakan kepada mereka yang darah keluar tak henti-henti akibat luka,muntah tak henti-henti,kencing tidak tus dan wanita yang mengalami istihadah.

Doa Penahan:

1. Al-Fatihah

2. Surah Al Lahab ayat 1

تَّبَّتْ يَدَا أَبِيْ لَهْبٍ وَتَبَّ

Selepas baca ayat ini sangkutkan lidah ke langit-langit, sambil tahan nafas selama 5 saat

3. Surah Yasin ayat 38

وَالشَّمْسُ تَجْرِي لِمُسْتَقَرٍّ لَهَا ذَلِكَ تَقْدِيرُ الْعَزِيزِ الْعَلِيمِ

Tinggikan sedikit suara ketika baca “taq” pada kalimah تَقْدِيرُ

4. Baca ayat ini

يَا أَرْضُ ابْلَعِي مَاءكِ وَيَا سَمَاء أَقْلِعِي

Selepas baca ayat ini sangkutkan lidah ke langit-langit,sambil tahan nafas selama 5 saat

5. Surah Al Ikhlas

قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ berhenti sekejap sambil doa dalam hati,kemudian baca أَحَدٌ dan sambung ayat ke2

اللَّهُ الصَّمَدُ berhenti sekejap sambil doa dalam hati,kemudian baca الصَّمَدُ dan sambung ayat ke3

لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ berhenti sekejap sambil doa dalam hati,kemudian baca وَلَمْ يُولَدْ dan sambung ayat ke4

وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُوًا أَحَدٌ berhenti sekejap sambil doa dalam hati,kemudian baca أَحَدٌ dan tiup ke dalam air. Air digunakan untuk minum.

Bagi jemaah haji\umrah wanita yang melakukan kaedah doa ini,setelah Allah mengizinkan haid anda tetahan dari keluar dan anda sudah selesai mengerjakan haji\umrah maka bacalah ayat 80 surah Isra’ untuk mengembalikan semula kitaran haid yang normal.

Semoga apa yang di kongsikan dapat di amalkan.

Comments

13 comments… add one
  • doa adalah ubat yang mujarab

  • inyaAllah dengan doa ini boleh membantu jemaah muslimah.

  • doa adalah senjata orang mukmin dan boleh diguna pakai untuk kebaikan…

  • suri

    banyak penggunaan manfaat pd yang memerlukan

  • AZLINAWATI ABDULLAH

    Puan, apakah makna ayat no. 4 diatas? Izinkan saya mengamalkannya

    • aida

      Salam…dari surah hud ayat 44

  • Rahayah

    Puan

    Mohon izin untuk saya & anak-anak mengamalkan doa ini untuk tujuan kami mengerjakan umrah tidak lama lagi. Terima Kasih.

  • ida

    Salam..insyaAllah saya akan menunaikan umrah pada pertengahan bulan Mac nanti. Haid saya insyaAllah x bertembung dengan tarikh saya di sana iaitu awal bulan 3. Tapi saya takut jugak la kalau2 termiss date tu…Adakah saya perlu amalkan doa ini? Confuse ni…

    • Boleh Amalkan Doa ini,silakan.. Selamat Mengejakan Umrah.. 🙂

  • shuhaiza

    Salam..puan nk tny.doa tu termasuk kesemua ayat itu atau boleh amalkan salah satu diantara nya

  • hazirah

    Assalamualaikum
    mohon izin nk share…

  • Mama Medina

    Assalamualaikum nak minta izin share ye

  • anani

    saya dan keluarga pulangkan kepunyaan tuan yang ada pada kami

Leave a Comment