Empat Tips Membeli Rumah Lelong

Cara Membeli Rumah Lelong

4 Panduan Membeli Rumah Lelong

Rumah lelong merupakan rumah yang dijual oleh pihak bank atas konsep lelongan. Lelongan ini dilakukan kebiasaannya  atas faktor pemilik asal tidak mampu membayar lunas hutang pinjaman.  Rumah lelong dianggap berbaloi jika bakal pembeli berjaya mendapatkan nilai hartanah di bawah nilai pasaran (market value). Namun begitu, kebiasaannya rumah lelong yang terjual mempunyai bidaan tertinggi kurang daripada nilai pasaran. Oleh kerana itu jugalah rumah lelong sering menjadi tumpuan bakal pelabur khususnya.

Pertama Ehsan Seorang Pembeli

Adakah anda kenal dengan individu yang bernama Saifulnizam Mokhtar? Beliau merupakan  seorang pelabur hartanah yang sering berkongsi tentang pembelian rumah lelong di laman Facebook. Namun begitu, apa yang ingin dikongsikan di sini adalah tentang keprihatinan beliau sebelum membeli rumah lelong. Sebelum tarikh bidaan bermula, Tuan Saifulnizam Mokhtar akan turun padang melihat sendiri keadaan rumah tersebut. Namun begitu, jika beliau terdengar suara kanak-kanak, ataupun terlihat selipar kanak-kanak tindakannya adalah membatalkan hasrat untuk membida. Mengapa begitu?

Itulah ehsan yang ditunjukkan oleh Saifulnizam Mokhtar kepada kita tentang sikap keprihatinan terhadap masyarakat yang mungkin menghadapi masalah. Mungkin bagi sesetengah orang, itu bukan masalah kita. Bagaimanapun, segalanya terserah kepada bakal pembida dalam membuat keputusan.

Kedua Turun Padang

Sama seperti rumah subsale, kita sendiri perlu turun padang untuk melihat keadaan rumah tersebut. Mohon kebenaran kepada pihak berkenaan untuk membuat tinjauan tentang keadaan rumah. Dalam hal ini, segala kerosakan yang ada adalah di luar bidang kuasa pihak bank. Oleh yang demikian, kita seharusnya melakukan anggaran kos untuk membaiki kerosakan tersebut. Kebiasaannya kerosakan meliputi pendawaian elektrik, masalah saluran air dan sebagainya.

Apabila anggaran kos membaiki sudah dibuat, sila lakukan penelitian dari sudut bajet dan kesesuaian untuk mendapat lot rumah lelong berkenaan.

Tambahan lagi, lakukan semakan tunggakan sama ada dengan pihak JMB, Indah Water, TNB, dan Syarikat Air. Ini penting bagi mengelakkan kita terpaksa menanggung kos hutang tunggakan yang mencecah ribuan ringgit. Jika kita mahu membeli rumah jenis apartment, sila lakukan semakan terperinci tentang bayaran penyelenggaraan rumah tersebut.

Ketiga Kelayakan Pinjaman

Apabila kita berminat untuk melakukan bidaan terhadap rumah lelong, perkara pertama yang perlu dilihat adalah kelayakan pinjaman. Isu ini terkecuali bagi yang mahu membeli secara tunai. Apa yang perlu kita tahu adalah bakal pembida perlu menyediakan 10% wang deposit berdasarkan simpanan nilai rumah tersebut. Selain itu kita perlu membuat kira-kira tentang kelayakan pinjaman dari segi pengiraan Debts Service Ratio (DSR) contoh harga rumah 100k deposit 10k.

Keempat Keadaan Persekitaran

Apabila melakukan lawatan tapak, kita haruslah meneliti keadaan persekitaran rumah. Adakah rumah berkenaan mempunyai persekitaran yang baik. Jika kita berhasrat menjadikan ia sebagai rumah sewa, banyak faktor yang perlu diambil kira. Antaranya tentang fasiliti seperti lif, tangga, keselamatan dan lain-lain lagi. Sebagai bakal penyewa pula, mereka mengharap rumah pemilik berada dalam kondisi yang baik ditambah persekitaran yang menarik.

bunting-murah bua tduit dengan youtube adsense

Comments

0 comments… add one

Leave a Comment