0

Gambar Pertunangan Irma Hasmie & Redza Syah Azmeer Dan Tarikh Perkahwinan

by Dunia Maklumat

 

Pelakon Irma Hasmie bakal melangsungkan pernikahannya dengan seorang anak Datuk, Reza Syah Azmeer Datuk Mohd Redzuan, 31 di Keramat Hall, Kuala Lumpur.

Tarikh pernikahan telah diputuskan selepas dipersetujui dalam majlis pertunangan yang berlangsung di rumah Irma di Desa Coafiled, Sungai Buloh, pada petang Sabtu lalu.

Irma berkata, dia dan Reza yang merupakan seorang ahli perniagaan itu bertemu di kota Mekah ketika menunaikan umrah buat kali ketiga pada Februari lalu dan dirisik oleh pihak keluarga lelaki pada 12 Mac.

“Syukur Alhamdulillah saya menganggap jodoh saya dan Reza adalah satu anugerah Allah S.W.T. Tak sangka pula umrah saya yang ketiga ini menemukan saya dengan Reza yang turut menunaikan umrah bersama keluarganya pada masa itu.

“Perkenalan kami amat singkat tetapi saya cukup senang bersama dengannya. Lebih menguatkan perhubungan kami ialah apabila kami direstui kedua-dua belah pihak keluarga. Moga jodoh ini berpanjangan sehingga akhir hayat,” katanya.

Pada majlis yang serba ringkas itu, mengenakan busana rona biru cair rekaan Hatta Dolmat.

Pelakon itu telah menerima sebentuk cincin berlian yang disarungkan oleh ibu Reza, Azizah Osman, serta tujuh buah dulang hantaran daripada pihak lelaki yang beruba set mandian, sepersalian pakaian, sejadah, manisan kurma, kek dan buah-buahan.

Manakala pihak perempuan pula membalas sebanyak sembilan dulang iaitu sireh junjung, buku-buku ilmiah, pencukur, sejadah, kek, manisan, sepersalinan pakaian dan set mandian.

Dalam pada itu, majlis pertunangan itu turut dihadiri oleh keluarga kedua-dua belah pihak, teman rapat dan beberapa rakan artis.

Hantaran pertunangan Irma Hasmie (7 dulang):

Hantaran pertunangan Reza Syah Azmeer (9 dulang)

Tarikh perkahwinan Irma Hasmie

Irma dan pasangannya Reza dijangka akan bernikah pada 1 Julai 2012.

Kami Ucapkan Tahniah kepada Irma Hasmie dan Reza. Semoga kekal bahagia selamanya.

Dunia Maklumat

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

Previous post:

Next post: