Hadis Berkaitan Ibadah Haji

images

  • Mentarbiah Diri Dengan Ibadah Haji – Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: “ Siapa yang menunaikan haji, dan dalam masa itu ia tidak bercakap kotor dan tidak melakukan kejahatan; nescaya ia pulang seperti pada hari ibunya melahirkannya (Suci daripada dosa).” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
  • Ganjaran Haji Mabrur – Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: “ Haji yang mabrur tiada ganjaran untuknya melainkan syurga.” ( Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
  • Tetamu Allah – Daripada Jabir bin Abdullah r.a, Nabi s.a.w bersabda: “ Orang yang menunaikan haji dan orang yang menunaikan umrah adalah undangan Allah. Allah menyeru mereka lalu mereka menyahut seruan itu. Mereka meminta daripada Allah lalu Allah memberikan kepada mereka.” (Riwayat al-Bazzar)
  • Kelebihan air zamzam – Daripada Jabir bin Abdullah r.a, Nabi s.a.w bersabda: Air zamzam adalah mustajab untuk sebarang tujuan ia diminum.” (Riwayat Ibn Majah dan ahli-ahli hadis yang lain)
bunting-murah bua tduit dengan youtube adsense

Comments

1 comment… add one
  • Saya belum sempat menunaikan ibadah haji dan semoga bisa melaksanakannya suatu saat nanti
    terima kasih atas ilmunya

Leave a Comment