Hukum Makan Ubat Mengandungi Alkohol

Soalan: Adakah dibenarkan memakan ubat yang mengandungi bahan yang tidak halal seperti alkohol?

Jawapan: Secara umum, perkara yang tidak halal perlu dihindari. Akan tetapi setiap perkara yang umum ada pengecualiannya. Di dalam persoalan ini, jika ubat yang mengandungi bahan yang tidak halal itu hanya satu-satunya ubat yang boleh mengubati sakit dan tidak ada ubat lain maka dalam keadaan begini merupakan satu pengecualian.

Pada masa yang sama, ini juga bererti ubat mengandungi alkohol hanya boleh digunakan apabila sudah dipastikan tiada pilihan ubat lain yang tidak mengandungi alkohol.

Di dalam kaedah Fiqah ada menjelaskan Al-Dharuuraat Tubiih Al-Mahzuurat yang maksudnya: ‘Sesuatu darurat itu membolehkan yang haram’.

Kaedah itu telah diambil daripada petikan ayat Al-Quran mengenai halalnya bagi sebarang perkara atau makanan yang haram digunakan atau dimakan disebabkan darurat.

Firman Allah di dalam Surah Al-Maidah:3 yang bermaksud: ‘Maka barangsiapa yang terpaksa (dalam keadaan darurat) kerana kelaparan tanpa sengaja berbuat dosa, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang’.

Tetapi hendaklah diingat bahawa darurat hanya boleh digunakan sekadarnya sahaja.

Sesuai dengan kaedah fiqah yang lain yang berbunyi Al-Dharuuraat Tuqaddar Bi Qadariha yang maksudnya: ‘Darurat itu hendaklah dilakukan mengikut kadarnya’.

Dari itu, sebaiknya rujuklah perkara ini kepada doktor peribadi, bagi mendapatkan ubat-ubatan yang tiada bahan meragukan.

Soalan dijawab oleh panelis ustaz daripada Pejabat Mufti.

Dunia Maklumat

bunting-murah bua tduit dengan youtube adsense

Comments

0 comments… add one

Leave a Comment