Hukum Menggunakan Tulang Manusia – Untuk Tujuan Belajar Ilmu Perubatan

Hukum Menggunakan Tulang ManusiaTulang manusia mengikut syariat Islam ialah suatu objek yang suci sama ada tulang manusia yang masih hidup atau mati tanpa mengira sama ada tulang tersebut ialah tulang seorang muslim atau kafir. Allah Taala telah berfirman dalam Surah Al-Isra ayat 70: (1)

“Dan sesungguhnya kami(Allah) telah muliakan anak-anak Adam”

Sabda Nabi Muhammad SAW :

“Mematahkan tulang seorang mayat muslim sama juga seperti mematahkannya ketika dia hidup.”

Hadis ini memberi maksud tidak boleh mensia-siakan tulang manusia dengan mematahkannya atau tindakan seumpamanya tanpa tujuan yang syarie.

Hukum menggunakan tulang untuk apa sahaja perkara tanpa tujuan syarie pada asalnya ialah Haram.

Penggunaannya dibenarkan syarak kerana terdapatnya keperluan untuk menggunakan tulang bagi tujuan belajar ilmu perubatan atau tujuan lain seperti autopsi iaitu pembedahan forensik bagi tujuan berkaitan kes jenayah. (2) 

Hukum dibolehkan menggunakan tulang dengan tujuan tersebut berdasarkan qawaid fiqhiah berikut iaitu:

المحظورات تبيح الضرورات

“Perkara darurat (keperluan) membolehkan perkara yang haram” (3)

Kaedah fiqh ini memberi makna bahawa syarak membolehkan melakukan perkara yang diharamkan jika berlakunya keadaan yang disifatkan sebagai darurat mengikut neraca syarak. Dalam konteks ini, ilmu perubatan merupakan suatu ilmu yang bermanfaat dan menjadi keperluan kepada manusia.

لا يتم الواجب إلا به فهو واجب

“Sesuatu perkara yang tidak sempurna kewajipannya melainkan dengan adanya sesuatu perkara itu maka ianya menjadi wajib”(4)

Tulang manusia tidak boleh digunakan jika adanya perkara lain yang boleh menggantikannya seperti tulang tiruan. Jika tulang tiruan atau apa sahaja bahan penggantinya tidak boleh membantu dalam mencapai maksudnya maka barulah tulang manusia boleh digunakan. Tulang yang digunakan mestilah bukannya tulang seorang muslim.

Jika tulang tersebut tidak digunakan lagi maka ianya perlulah ditanam. Tulang tersebut tidak perlu dikafankan akan tetapi hanya dikumpul di suatu tempat lalu ditanam. Secara umunya, tulang yang digunakan untuk tujuan belajar ilmu perubatan bukannya tulang muslim. Oleh itu, tulang tersebut perlulah ditanam di tempat selain daripada tanah perkuburan Islam dan juga tanah perkuburan bukan Islam kerana mengambil kira adanya kemungkinan tulang tersebut berasal daripada jasad muslim. Tulang juga tidak boleh disimpan jika tiada keperluan lagi untuk menggunakannya. (5)

Adakah tulang boleh dijual?

Hukum menjualnya tidak sah. Anggota tubuh manusia pada asalnya bukan untuk dijual kerana ianya tidak dimilki oleh manusia maka tidak boleh menjualnya.

Jika tulang tersebut berasal dari jasad seorang muslim maka tidak boleh membelinya. Akan tetapi, jika tulang tersebut berasal dari jasad deorang kafir maka diharuskan membelinya dengan harga yang berpatutan atau mengambilnya tanpa membelinya bergantung kepada perbincangan.

Kesimpulan 

Pelajar yang mendalami ilmu perubatan boleh menggunakan tulang manusia selagi ada tujuan untuk menggunakannya. Jika ianya tidak digunakan lagi maka tulang tersebut tidak boleh dijual akan tetapi boleh ditanam atau diberikan kepada pelajar lain yang memerlukan.

Wallahu a’lam…

Disediakan oleh :
Muhammad Zuhaili bin Zainal Ali

Nota :

(1) Al-Mausu`ah At-Tibbiyah Al-Fiqhiyah, Dr Ahmad Muhammad Kan`an, Percetakan Dar An-Nafais

(2) Al-Fatawa At-Tibbiyah Al-Mu`asirah, Dr Abdul Rahman bin Ahmad Al-Jar`ie, Dar Ibn Hazm, Hukum Tulang Dan Jasad Manusia.

(3) Al-Wajiz Fi Syarh Al-Qawaid Al-Fiqhiah, Dr Abdul Karim Zaidan, Percetakan Muassasah Ar-Risalah An-Nasyirun, Kaedah Ke-97.

(4) Al-Wajiz Fi Syarh Al-Qawaid Al-Fiqhiah, Dr Abdul Karim Zaidan, Percetakan Muassasah Ar-Risalah An-Nasyirun, Kaedah Ke-79.

(5) Al-Fatawa At-Tibbiyah Al-Mu`asirah, Dr Abdul Rahman bin Ahmad Al-Jar`ie, Dar Ibn Hazm, Hukum Tulang Dan Jasad Manusia.

__________________________________________

Rujukan :

(1) Al-Mausu`ah At-Tibbiyah Al-Fiqhiyah, Dr Ahmad Muhammad Kan`an, Percetakan Dar An-Nafais.

(2) Al-Fatawa At-Tibbiyah Al-Mu`asirah, Dr Abdul Rahman bin Ahmad Al-Jar`ie, Dar Ibn Hazm.

(3) Al-Wajiz Fi Syarh Al-Qawaid Al-Fiqhiah, Dr Abdul Karim Zaidan, Percetakan Muassasah Ar-Risalah An-Nasyirun

bunting-murah bua tduit dengan youtube adsense

Comments

0 comments… add one

Leave a Comment