Ikan Peliharaan Yang Digemari Orang Malaysia

Kebanyakan masyarakat menggemari menjadikan ikan hiasan sebagai teman di rumah, asrama, pejabat dan di mana sahaja kerana hobi dan keunikan ikan tersebut. Penjagaannya juga mudah dan mudah diperolehi dan ia sememangnya sangat cool  Berikut merupakan jenis ikan yang paling digemari orang ramai iaitu:

  • Ikan Guppy – ikan Guppy terdiri daripada 3 jenis iaitu short tail, sword tail dan wide tile. Ikan jenis jantan lebih menarik kerana mempunyai pelbagai warna yang cantik di bahagian ekor berbanding dengan ikan Guppy betina. Penjagaanya juga mudah iaitu asingkan ikan Guppy betina jika ia ingin melahirkan anak kerana biasanya ikan guppy jantan akan makan anak yang baru lahir. Selain itu, ikan Guppy tak perlu simpan anti klorin, cukup dengan air yang bersih sahaja. Ikan Guppy memang cool kerana aktif sangat ketika berada dalam air 

2

  • Ikan pelaga – ikan jenis pelaga j mudah didapati dan warnanya memang cantik. Cara penjagaan ikan pelage juga hampir sama dengan ikan Guppy dimana ia boleh hidup menggunakan air bersih tetapi harus ditapis atau air yang sudah dimasak. Kalau menggunakan air paip anda perlu biarkan air tersebut dalam masa 3 hingga 5 hari kemudian titiskan sedikit ubat anti-korin. Setelah itu, anda boleh letakkan ikan pelaga di dalam bekas tersebut. Anda juga boleh gunakan air pump tetapi pastikan ianya tidak terlalu kuat dan makanan yang sesuai untuk ikan pelaga adalah berbentuk pellet. Ikan pelaga memang cantik kerana boleh didapati dengan pelbagai warna

261412_218021491567371_566950_n

  • Ikan Platy – ikan platy juga boleh didapati dalam pelbagai warna dan menjadi pilihan orang ramai untuk menjadikannya sebagai ikan peliharaan. Kalau tengok sekali pandang, macam ikan emas tetapi sebenarnya bukan. Antara perkara penting dalam menjaga ikan platy untuk memastikan ianya sentiasa sihat adalah membeli set tangki dan penapis air. Ubat anti-klorin juga penting dan makanan yang sesuai untuk ikan Platy biasanya adalah jenis Flake. Yang paling best, ada yang kata ikan Platy boleh hidup serasi dengan ikan Guppy

2013-05-10 00.20.20

P/S: Gambar dekat atas jenis ikan Platy kepunyaan kawan saya. Nama dia Nemo…..  Tak salah kan letak nama Nemo walaupun berasal daripada spesies platy? Yang penting COMEL kan?hehe..

Comments

4 comments… add one
  • suri

    sy nak bela ikan tapi takut ank geram habs mti ikan d kejrakan nnti..

  • gua suka ikan mas. harga emas naik leh jual! haha..

  • aku suka ikan guppy kerana ia lebih lincah dan aktif

  • Ikan oscar pun ramai yang suka bela…tetapi sukar sikit nak jaga

Leave a Comment