Indahnya sedekah Ramadhan

Rasulullah SAW bersabda:

“Barang siapa menyediakan makanan berbuka bagi orang berpuasa, nescaya ia akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa itu sedikit pun.”

(Hadith riwayat Ahmad dan An-Nasai serta dinyatakan sahih oleh Al-Albani)

Dimurahkan rezeki di dunia :

Jabir Abdullah katanya: “Rasulullah berucap kepada kami, sabdanya: Wahai umat manusia, bertaubatlah kepada Allah sebelum kamu mati dan segeralah mengerjakan amal salih sebelum kamu sibuk (dengan yang lain), dan hubungkan apa yang ada di antara kamu dengan Tuhan kamu dengan sentiasa mengingatinya dan banyakkan bersedekah secara bersembunyi atau terang-terangan, nescaya kamu diberi rezeki yang mewah, diberi kemenangan (terhadap musuh dan digantikan dengan apa yang kamu dermakan itu dengan balasan yang berganda-ganda.” (riwayat Ibnu Majah)

Terselamat dari bala bencana :

Anas bin Malik menjelaskan katanya: Rasulullah SAW bersabda: Segeralah kamu bersedekah kerana bala bencana tidak dapat melangkahi sedekah.” (riwayat Baihaqi)

Dipanjangkan usia dan dicegah kematian yang buruk:

Amru bin Auf menceritakan: “Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya sedekah seseorang Islam itu akan memanjangkan umur dan mencegah daripada mati dalam keadaan buruk.” (riwayat Tabrani)

HafizAmri.Com

Comments

1 comment… add one
  • Howdy! I could have sworn I’ve been to this blog before but after reading through some of the post I realized it’s new to me.

    Anyhow, I’m definitely happy I found it and I’ll be book-marking and checking
    back often!

Leave a Comment