Ingin Bertaubat Tetapi…

REMAJA2

Masih ramai daripada kita yang memberi pelbagai alasan untuk menangguhkan taubat atau “segan” dengan Allah hendak bertaubat Pangkas alasan-alasan tersebut dengan skrip berikut:
 
Aku masih muda. Tunggulah apabila dah tua baru bertaubat, kemudian baru fokus kumpul pahala
 
Mati tidak mengira usia. Lebih baik bertaubat cepat-cepat, sebelum hati makin keras dan sebelum maut menjemput.
 
Dosa terlalu banyak, khuatir kalau-kalau Allah tidak akan ampunkan
 
Aku yakin Allah yang bcrsifat Maha Pengampun (21-Ghaffar) pasti tidak akan sia-siakan taubat aku kalau aku ikhlas dan bersungguh-sungguh.
 
Dah terlambat untuk bertaubat
 
Ustaz pernah bagi ceramah, karanya: “Pintu taubat hanya akan tcrtutup apabila nyawa sudah berada di halkum dan apabila matahani terbit dari barat ke timur. Selain itu, pintu taubat terbuka luas.” Ha…masih sempat: lagi aku bertaubat ni!
 
Dosa dah sebati dengan jiwa, susah hendak ubah tabiat, apalagi hendak bertaubat
 
Hati berada dalam kekuasaan Allah. Di mana ada scmut di situ ada gula. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.
 
Risau kalau-kalau dah bertaubat nanti, tetapi masih lakukan dosa lagi
 
Aku ini hanya manusia yang tidak lepas daripada mclakukan dosa. Yang penting aku perlu sedar aku telah berdosa dan cepat-cepat bertaubat. Taubat berkali-kali pun tidak apa
 
Aku rasa aku tidak pernah buat dosa besar. Buat apa nak bertaubat?
 
Walaupun dosa kecil, tetapi sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Lebih baik aku bertaubat. Risau kalau-kalau dosa kecil dianggap remeh pula nanti.
 
Nanti apabila nak tunai haji baru nak taubat sungguh-sungguh
 
Ish, takkan aku nak bertaubat pun kena tunggu musim. Kalau nak tunggu naik haji dulu baru bertaubat, mesti dah berubah. Aku azam ingin bertaubat setiap hari. Lagikan Rasulullah yang maksum pun beristighfar 100 kali setiap hari, inikan aku manusia biasa.
 
Bukankah hanya orang yang berdosa sahaja yang bertaubat? Kalau tidak berdosa tidak perlulah bertaubat
 
Tidak perlu aku tunggu apabila dah berdosa baru hendak bertaubat. Apa salahnya kalau selalu bertaubat.
 
Saya ingin bertaubat, tetapi takut nanti orang ingat saya berlagak alim pula. Nanti macam-macam orang cakap belakang
 
Ala… mula-mula je manusia mengata. Biasalah, hendak berubah baik ni ada cabaran sikit. Lagipun mereka tidak boleh bantu pun aku di akhirat kelak. Yang penting Allah reda dan suka dengan aku.
 
Kalau aku bertaubat, maknanya aku kena tinggalkan semua duit haram ini
 
Ish, tak nak la di dunia hidup gembira dan seronok, tetapi di akhirat meraung kena azab. Aku ingin buat pilihan yang tepat dan bijak, bertaubat sebelum terlambat.

Comments

1 comment… add one
  • Amir

    jangan yakin benar yang kita takde dosa. maklum la, celik jer mata waktu pagi, macam-macam dugaan ada..dosa mata (tengok benda haram), dosa telinga (dengar orang mengumpat), dosa mulut (mengata orang), dosa hati (riak dengan kelebihan diri)..

Leave a Comment

Cancel