Jambatan Hati Guru dengan Murid

va_01.2

Kita ajar anak orang seperti anak kita, nanti orang aiar anak kita seperti anak mereka.” Terpahat segar di ingatan ungkapan seorang rakan yang merupakan seorang guru yang sangat berdedikasi, suatu ketika dahulu.
 
Saya merenung wajahnya. Terpancar sinar keikhlasan pcnuh keibuan dj wajah wanita itu. Diam-diam saya cuba mencari erti pada kata-katanya. Pada saat yang sama, saya menilai dirinya. Tuturkatanya sentiasa sopan. Sabar dan pcnyayang. Tidak hairanlah, anak-anaknya cemerlang dalam pelajaran.
 
Anak-anak merupakan permata hati ibu dan bapa, sumber inspirasi, penyambung cita-cita serta pewaris zuriat dan keturunan. juga merupakan perhiasan dunia sebagaimana yang difirmankan oleh Allah s.w.t., maksudnya: “Harta benda dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan di dunia.” (surah al-kahfi 18: 46)
 
Realitinya, ada yang mensyukuri anugerah Ilahi ini dengan memberikan kasih sayang serta mengambil berat tentang pendidikan anak-anaknya. Di sebaliknya, ada pula ibu bapa yang tidak menghargai kehadiran anak- anak mereka. Mereka dianggap sebagai beban menyusahkan dan menghalang kebebasan. Keperluan zahir dan batin mereka diabaikan.
 
Mendidik Anak-Anak
 
Walau dalam kategori mana pun anak-anak ini dilahirkan, mereka wajib diberi pendidikan. Pada usia tujuh tahun, anak-anak mula menjejakkan kaki ke alam persekolahan. Mulai saat itu, mereka berdepan dengan guru-guru sebagai pengganti ibu bapa mereka dalam sebahagian besar hidup mereka. Bagi guru, kehadiran sctiap murid ke sekolah merupakan satu amanah dan mereka mempunyai tanggungjawab yang besar. Sekiranya mereka ialah anak kesayangan, mereka merupakan permata hati keluarga yang sangat bernilai. Sekiranya mereka ialah individu yang ketandusan kasih sayang, disisihkan, gersang daripada belaian mesra keluarga, ini merupakan lompang yang wajib diisi oleh guru. Mereka merupakan peluang, ujian dan cabaran. Biasanya murid-murid begim akan menimbulkan masalah lantaran inginkan perhatian atau memiliki konsep kendiri yang rendah.
 
Hidup ini akan lebih bermakna sekiranya kita mengetahui ada orang yang menyayangi, memberi perhatian, prihatin dan sanggup berkorban untuk kita. Itu fitrah semula jadi setiap insan ciptaan Tuhan. Tidak hairanlah, organ peranakan wanita dipanggil “rahim” yang bermaksud penyayang. Ia sebagai manifestasi permulaan kasih sayang antara si anak dengan si ibu. Alangkah bahagianya anak yang dibesarkan dengan penuh belaian kasih sayang ibu bapanya. Sebaliknya, tidak semua anak
bertuah memiliki ibu bapa sedemikian.
 
Sebagai guru, anak-anak yang diarnanahkan ini jahgan sekali-kali diabaikan. Tugas kita ialah mengajar dan mendidik serta menjadi mualim, muaddib dam murabbi. Tanggungjawab yang berat ini memerlukan kita mengetahui ilmu dan cara untuk melaksanakannya.
 
Luangkan masa untuk mengenali murid-murid kita, latar belakang keluarga mereka, hobi, cita-cita dan perkara lain yang berkaitan dengan diri mereka. Saya teringat satu ungkapan:“Use your head to control yourself, and use your heart to control others.” Ya, untuk menawan orang lain, tawanlah hatinya terlebih dahulu!
 
Kasih Sayang
 
Kita terpilih oleh Allah s.w.t. untuk menjadi pendidik, maka wajib melakukan yang terbaik untuk anak didik kita. Namun, bagaimana? Seperti yang dinyatakan di atas didiklah mereka sebagaimana kita mendidik anak kita sendiri. Antaranya adalah menyuburkan hati mereka dengan kasih sayang.
 
Bagi anak-anak murid yang sudah dilimpahi kasih sayang di rumah, mungkin cabarannya tidak begitu hebat kerana mereka biasanya sudah terdidik dengan baik, jelas matlamat hidup, beradab dan bemkhlak. Tugas kita cuma memberi pengiktirafan dan meneruskan limpahan kasih sayang sebagai kesinambungan dari rumah. Ini penting agar mereka berasa bahagia ketika bcrada di sekolah sebagajmana bahagianya mereka semasa di rumah.
 
Bagi mereka yang datang dengan hati yang kosong, gersang dan ketandusan kasih sayang, lompang ini perlu dipenuhi seiring dengan usaha guru mengajar dan mendidik. Cuba selami had, minat, kecenderungan, harapan dan impian eJadikan mereka berasa dihargai dan djperlukan. Sedarkan bahawa kehadiran mereka di dunia ini signifikan dan amat bermakna di sisi Tuhan. Nasihati mereka dengan penuh kasih sayang. lkhlas dari hati, insyaAllah akan meresap kelembutan dalam hati mereka. Apabila hati sudah ditawan, maka mudahlah bagi mereka untuk menerima pelajaran, nasihat dan teguran. Kasih sayang tidak boleh dijual beli.
 
Ia hanya akan diperoleh dengan memberi. Cuba kita ingat kembali guru yang pernah kita sayangi suatu ketika dahulu. Apakah ciri-ciri guru kita itu? Sentiasa mengambil berat, mcmahami perasaan dan tidak menyakiti hati anak-anak didik sama ada dari segi perkataan atau perbuatan. Kcscmua ini merupakan manifestasi kasih sayang.
 
Justeru, sebagai guru yang disayangi, kita perlu menyayangi terlebih dahulu. Pamerkan kasih sayang seikhlas had kerana Allah s.w.t. InsyaAllah, kasih sayang itu akan terpancar kembali kepada kita. Seterusnya, hadiahkan kebahagiaan kepada diri kita juga.
 
Kasih Sayang sebagai Jambatan
 
Apabila iambatan hati yang utuh telah tcrbina antara kita dcngan anak didik, mudahlah bagi kita untuk mengajar, mendidik dengan akhlak yang luhur dan menasihati mereka apabila perlu. Lantaran kasih sayang yang subur tersemai di jiwa, mereka tidak akan sanggup untuk melukakan hati kita sama ada melalui perkataan atau perbuatan. Seterusnya mereka akan menjadi penyejuk mata kita. Bayangkan betapa indahnya pergi ke sekolah dalam suasana begini! Seiring dengan itu, kita akan sentiasa meredai mereka dan ini merupakan kunci kepada keberkatan ilmu yang mereka timba.
 
Kasih sayang juga berupaya membuahkan kepercayaan. Kita akan mempercayai orang yang kita kasihi. Dan kepercayaan tcrhadap kita juga merupakan elemen penting yang perlu disematkan dalam sanubari anak didik kita. Apabila kepercayaan mereka tcrhadap kita terpahat kukuh di hati, mudahlah bagi kita menyelami hati mereka, mengenal pasti masalah mereka (disiplin, prestasi akademik, keluarga dan lain-lain) dan seterusnya menggunakannya sebagai asas ke arah penyelesaiannya. Apabila masalah dapat diselesaikan, mudahlah bagi kita mengajar dan mendidik mereka.
 
Junjungan bcsar Nabi Muhammad s.a.w. juga berjaya menambat hati para sahabat dcngan kasih sayang. Baginda menawan hati mereka dengan perlakuan yang lunak dan mesra dan sentiasa prihatin terhadap keadaan mereka. Hasilnya, mereka sanggup berkorban apa sahaja demi junjungan tercinta. Sorotilah sejarah gemilang Rasulullah s.a.w. dari segi limpahan
kasih sayang terhadap scsiapa sahaja yang berada bersama-sama Baginda. Aplikasikannya terhadap anak didik kita agar jiwa mereka dapat disuburkan.
 
Jadikan sckolah dan bilik darjah tempat yang membahagiakan anak-anak didik kita. Walau apa pun keadaan mereka di rumah dilimpahi kasih sayang ataupun ketandusan kasih sayang, alangkah indahnya sekiranya mereka ternanti-nanti untuk ke sekolah lantaran di sana ada “ibu” dan “ayah” yang sentiasa memberi perhatian, mencurahkan kasih sayang di samping ilmu yang mereka harapkan.
 
Hati anak didik yang disirami kasih sayang dan seterusnya diiringi dengan titipan doa ikhlas daripada para pcndidik yang menerima mereka tanpa syarat sudah tentu akan menjadi ladang yang subur untuk ditanam dengan pohon ilmu pengetahuan, adab dan ketakwaan, insyAllah. Renungi ungkapan ini: “Kasih sayang itu membahagiakan. Dan bahagia itu adalah dengan membahagiakan.
bunting-murah bua tduit dengan youtube adsense

Comments

1 comment… add one

Leave a Comment