Kafir Mengkafirkan Bukan Kerja Kita

Muktazilah menyatakan Al-Quran itu makhluk Allah tetap sahaja kita tidak boleh mengkafirkan mereka kerana mereka masih ahli “LA ILAHA ILLA ALLAH Muhammad Rasulullah”.

Disisi ahli sunah Al-Quran adalah kalam Allah.Syiah imamiyah menjadikan wilayah (imam 12) sebagai satu dari rukun islam,tetap sahaja kita tidak boleh mentakfirkan (kafirkan) kerana mereka masih ahli”LA ILAHA ILLA ALLAH Muhammad Rasulullah”

Disisi ahli sunah rukun islam menucap dua kalimah syahadah,solat,puasa,zakat dan haji.

Khawarij akan menghukumkan sesiapa yang melakukan dosa-dosa besar maka dia telah kafir,tetapi sahaja kita tiadk boleh mengkafirkan mereka kerana mereka masih lagi ahli “LA ILAHA ILLA ALLAH Muhammad Rasulullah”.

Disisi ahli sunah melakukan dosa-doasa besar tidak jatuh kafir.Hampir-hampir sahaja para ulama Al Azhar memutuskan bahawa syiah yang mencela para sahabat adalah kafir tetapi ditegur oleh sebahagian mereka agar jangan mudah mentakfirkan kerana ahli sunnah adalah mazhab yang wasatiyyah (sederhana)

Maka mereka (ulama-ulama azhar) bersepakat menyatakan bahawa syiah adalah ahli kabair (dosa-dosa besar).

Demikianlah berhati-hatinya para ulama sunnah dalam menghukumkan akidah sesuatu mazhab yg terkeluar dalam kelompok ahli sunnah kerana bimbang dengan ancaman Rasulullah s.a.w

“Barang siapa berkata kepada saudaranya,”Hai kafir ! maka kalimat itu pulang kepada salah seorang dari keduanya,jika kekafiran itu benar ada,jika tidak,maka kekafiran itu berbalik kepada diri yg mengucapkannya.”

Demikianlah sesiapa yang menuduh seorang Muslim dengan tuduhan syirik maka orang yang menuduh itu sendiri akan jatuh ke dalam kesyirikan tersebut sebagaimana yg telah diterangkan dalam hadith dari Huzaifah bin Yaman di mana RasuluLlah s.a.w bersabda ertinya:

“Sesungguhnya perkara yang aku khuatirkan ke atas kamu semua adalah seseorang yg telah membaca Al-Quran sehingga apabila telah nampak kepandaiannya dalam Al Quran dan dia telah menjadi pendokong Islam,

Tiba-tiba sahaja dia merubahnya kepada sesuatu yang dikehendaki oleh ALlah,maka iapun terlepas dari Al-Quran dan melemparkannya ke belakang serta mengancam tetangganya dengan pedang sambil melemparinya dengan tuduhan syirik.

Aku bertanya : Wahai Nabi Allah mana di antara keduanya yang lebih patut di anggap melakukan kesyirikan? Orang yang dituduh ataukah yang melemparkan tuduhan? Nabi menjawab :

“Yang melemparkan tuduhan” Oleh itu berhentilah dari mentohmah perawat-perawat islam degan tuduhan syirik kerana menggunakan garam,kayu koka,selawat syifa’ dan tafrijiyah dalam rawatan..Ittiqillah

Sutingan : Abu Nafis

Dunia Maklumat

bunting-murah

Comments

0 comments… add one

Leave a Comment