Kaum Thamud Tidak Mempercayai Mukjizat daripada Allah

download

Kaum Thamud terus mendustakan Nabi Salih a.s. sehinggakan mereka menuntut Nabi Salih agar  mengemukakan bukti-bukti luar biasa yang boleh menunjukkan kebenarannya sebagai rasul pembawa risalah.
 
Permintaan kaumnya itu dipenuhi oleh Nabi Salih a.s. sebagaimana yang difirmankan dalam surah al-Syu‘ara’ ayat 155 dan 156, yang bermaksud: “Nabi Salih berkata: ‘Inilah unta betina. Ia mempunyai (hak) giliran mendapatkan air dan kamu juga mempunyai (hak) giliran untuk mendapatkan air pada hari tertentu. Janganlah kamu sekali-kali mengganggunya dengan tindakan yang buruk.  Jika itu kamu lakukan, maka akibatnya kamu akan dibinasakan oleh azab hari yang besar  (huru-haranya).
 
Ahli tafsir menghuraikan bahawa pada suatu hari kaum Thamud mengumpulkan kaumnya dengan Nabi Salih a.s. Kesempatan itu digunakan oleh baginda untuk menyeru kaumnya supaya beriman kepada Allah s.w.t. dan mengingatkan mereka
dengan nasihat dan peringatan.
 
Mereka menjawab: “Baiklah, tetapi buktikanlah terlebih dahulu kebenaran kamu. Adakah Tuhan kamu boleh mencipta seekor unta daripada batu-batu keras itu?” Mereka menunjukkan ke arah batu-batu keras di lereng bukit yang terhampar di hadapan mereka. Mereka bermaksud tentunya ia sesuatu yang mustahil untuk dilakukan.
 
Tidak cukup dengan itu, mereka turut memberi beberapa syarat untuk sifat-sifat unta yang  perlu dicipta itu dan dilengkapi pula dengan  nama dan umurnya.
 
Nabi Salih berkata: “Bagaimana reaksi kamu jika aku sanggup memenuhi permintaan mengikut tuntutan kamu itu? Adakah kamu akan beriman kepada Allah dan risalah yang aku bawa? Adakah kamu akan membenarkan ajaran yang aku bawa?”
 
Mereka menjawab: “Ya! Kami akan mengakui kebenaranmu.”
 
Mengingkari Perjanjian
 
Satu perjanjian segera disepakati. Nabi Salih a.s. bangun dari tempat duduknya menuju ke tempat solat. Baginda bermunajat dan berdoa kepada Allah s.w.t. memohon supaya menurunkan mukjizat sesuai dengan tuntutan mereka.
 
Ketika itu juga dengan kuasa Allah s.w.t., batu-batu keras di hadapan mereka tiba-tiba bergerak-gerak dan keluarlah seekor unta betina yang besar dan bunting. Malah, sifat-sifat unta itu sesuai sepertimana tuntutan mereka!
 
Maka, kini bukti sudah amat jelas dihadapan mata mereka sendiri. Apabila melihat kejadian yang amat Iuar biasa itu, sebahagian daripada mereka segera beriman dengan Nabi Salih a.s.
 
Namun tidak sedikit pula yang masih tetap mempertahankan kekufuran mereka.Mereka masih tetap menolak daripada mengakui kebenaran tersebut dan enggan mengikutinya.
 
Allah s.w.t. berfirman dalam surah al-Isra’ ayat 59, maksudnya: “Lalu mereka berlaku zalim kepadanya.”
 
Dengan munculnya mukjizat itu, maka Nabi Salih a.s. berkata dalam firman Allah, mafhumnya: “Wahai kaumku: ‘Inilah unta betina daripada Allah untuk kamu.”‘ (Surah Hud 11:64)
 
Pengembalian hak milik unta itu kepada Allah s.w.t. () sebagai bentuk tashrif (pemuliaan) dan ta’zim (pengagungan). Padanan kalimat itu seperti “Baitullah’ (rumah Allah) atau Abdullah (hamba Allah).
 
Dalam ayat yang sama, Allah berfirman yang bermaksud: “Kehadiran unta sebagai tanda (mukjizat) yang membuktikan kebenaranku. Oleh sebab itu, biarkan ia mencari makanan di bumi Allah ini. Kamu jangan sekali-kali berlaku tidak baik kepadanya. Jika itu berlaku, pastilah kamu akan ditimpa azab yang amat besar.
 
Maka kebanyakan daripada mereka sepakat membiaukan unta itu berkeliaran dalam kawasan mereka. Ia bebas mencari makanan di mana-mana tempat yang mereka kuasai. Untuk minuman untuk tersebut, Nabi Salih meminta ketetapan untuk unta tersebut bergilir selang seharidengan mereka.
 
Namun, sebahagian daripada kaum Thamud mula ingkar peraturan yang sudah pun mereka persetujui sebelum ini.
 
Dalam surah al-Qamar ayat 27, Allah menyatakan yang bermaksud: “Sesungguhnya Kami mengirim unta betina itu hanya sebagai ujian bagi mereka.”
 
Kehadiran unta itu bermaksud menjadi ujian kepada mereka; adakah mereka akan beriman atau terus menentang. Allah s.w.t. lebih mengetahui apa yang bakal dilakukanoleh kaum Thamud. Dengan itu, Nabi Salih diminta untuk bersabar menghadapi kerenah mereka.
 
Beberapa lama selepas itu, para pemimpin kaum Thamud mengadakan suatu pertemuan. Dalam penemuan itu diputuskan bahawa unta itu akan dihapuskan yakni akan disembelih. Maka, tempat minuman binatang temakan mereka tidakakan diganggu dengan kehadiran unta tersebut. Syaitan menghasut dan memujuk mereka agar menyegerakan tindakan hasil keputusan tersebut.
 
Tidak lama kemudian, mereka bertindak membunuh unta Nabi Salih,nsebagaimana dinyatakan dalam surah al-A‘raf ayat 77 yang bermaksud:
 
“Maka mereka pun menyembelih unta betina itu. Mereka bersikap angkuh terhadap urusan Tuhan. Mereka berkata:‘Wahai Nabi Salih, sila engkau buktikan ancamanmu kepada kami, jika kamu orang yang boleh dipercayai!
 
Pembunuhan Unta Nabi Salih
 
Ibn Jarir dan ahli tafsir yang lain menyatakan bahawa kejayaan pembunuhan unta tersebut ada kaitan dengan dua orang perempuan daripada kaum Thamud iaitu Shaduq dan Ummu Ghunmah. Shaduq ialah anak perempuan Mahya bin Zuhair bin Mukhtar daripada golongan bangsawan yang kaya. Dia telah bercerai dengan suaminya, seorang pengikut  Nabi Salih a.s. Shaduq mengundang seorang sepupu lelakinya bernama Mushra bin Muhraj bin Mahya, dan menawarkan dirinya untnk
diperisterikan kepada Mushra dengan syarat Mushra hendaklah memenggal kepala unta Nabi Salih.
 
Manakala Ummu Ghunmah merupakan seorang perempuan tua. Nama sebanarnya ialah ‘Unbazah bin Ghanim bin Muljaz. Suaminya, Zu’ab, salah seorang ketua kaum Thamud. Mereka mempunyaibeberapa orang anak perempuan. Perempuan tua itu menawarkan anak-anak perempuannya kepada Qadar bin Salaf jika dia berjaya memenggal  kepala unta Nabi Salih.
 
Semangat Mushra dan Qadar mula membara untuk melaksanakan tugas tersebut demi mengejar tawaran wanita-wanita tersebut. Mereka bergegas bertemu kaum masing-masing Ialu menyampaikan tawaran tersebut. Awalnya, tujuh orang daripada mereka bersetuju melaksanakantugas tersebut, kemudian jumlah itu menjadi sembilan orang.
 
Ini sebagaimana yang disebut dalam surah al- Naml ayat 48 yang bermaksud: “Di kota itu (tempat tinggal kaum Thamud)
terdapat sembilan orang yang suka me- lakukan kerosakan di muka bumi. Mereka tidak pemah membuat kebaikan.”
 
Sembilan orang pemuda ini mendekati kabilah lain dan cuba menghasut dan menyampaikan rancangan membunuh unta Nabi Salih untuk mendapat sokongan.
 
Pada suatu malam, mereka berangkat mencari unta Nabi Salih a.s. Setelah unta itu ditemui, Musra terus melemparkan lembingnya. Bidikannya tepat mengenai bahagian kaki yang menyebabkan unta tersebut rebah. Qadar bin Salaf pula menghunuskan pedangnya lalu mengenai bahagian leher unta tersebut.
 
Unta tersebut rebah ke tanah. Qadar menikam perutnya sekali Iagi dan akhirnya memenggal lehernya. Anak unta daripada unta betina yang mati itu berlari menuju bukit tidak jauh dari tempat itu. Ada riwayat yang mengatakan anak unta tersebut turut dipenggal oleh mereka.
 
Firman Allah s.w.t. dalam surah al-Qamar ayat 29, maksudnya: “Maka mereka memanggil kawan mereka (yang sanggup membunuhnya), lalu dia dia pun bertindak sehingga dapat membunuhnya.”
 
Demikian yang diceritakan oleh Ibn Kathir dalam Qasas al-Anbiya’ Wallahu a‘lam.
 
Pada suatu malam, mereka berangkat mencari unta Nabi Salih. Setelah ditemui, Musra terusmelemparkan lembingnya.
Bidikannya tepatmengenai bahagian kaki yang menyebabkan unta tersebut rebah. Gadar bin Salaf pula menghunuskan pedangnya lalu mengenai bahagian leher unta tersebut.

Comments

0 comments… add one

Leave a Comment