Kejayaan atau Kegagalan Antara Dua Pilihan

Kejayaan atau Kegagalan Antara Dua Pilihan

Hari demi hai manusia merentasi kehidupan antara senyuman dan tangisan yang menghiasi setiap langkah dalam perjuangan. Ada yang jatuh kemudian dapat bangun semula dan ada yang terus jatuh ke lembah yang dalam sehingga berkubur bersama sejuta penyesalan.

Dalam kehidupan kita, susah dan senang pastinya silin berganti. Selepas satu kesusahan datang satu kesulitan yang lain pula. Kesenangan itu terletak antara dua kesusahan dan kesulitan itu terletak antara dua kesenangan.

Begitulah roda kehidupan yang sentiasa berputar, gagal tidak bererti kita tewas dan berjaya tidak semestinya berpanjangan. Jangan terlalu kecewa ketika kegagalan mengundang suasana. Apa yang telah berlaku telah ditakdirkan. Untuk itu, anggaplah segalanya adalah ujian Allah Taala semata-mata, untuk menilai sejitu manakah keimanan kita ketika menghadapi kegagalan dan sejauh mana redha kita menerimanya.

Mungkin ada yang berkata “Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul”. Adakah ini bermakna kita cuba memprotes ketentuan yang telah ditetapkan Ilahi? Aduhai teman, timbanglah segala keputusan dengan neraca keimanan, pandanglah dengan mata hati dan putuskanlah berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah, nescaya kita akan dapat melihat seribu satu hikmah yang terlalu seni. Fahami dan terokailah dengan hati yang redhaa Di mana letaknya diri kita “antara dua pilihan” ini, menjadi hamba yang redha dan tahu tahu bersyukur walau diberi nikmat yang sedikit atau menjadi hamba yang kufur: Jalan mana yang ingin kita pilih…? Tepuk dada tanyalah iman.

Ketahuilah bahawasanya kemenangan itu akan terhasil selepas merasai kesabaran dan kejayaan pula akan tercapai selepas merasai kegagalan. Ingatlah, manusia yang pernah merasai betapa peritnya sebuah kegagalan pastinya akan lebih mengecapi manisnya sebuah kejayaan. Berbanding manusia yang mengecapi manisnya sebuah kejayaan tanpa didahului dengan kegagalan. Kemanisan dapat juga dirasai tetapi tidak semanis manusia yang pernah merasai kegagalan. Sesungguhnya tiada manusia yang tidak pernah merasai kegagalan.

bunting-murah

Comments

1 comment… add one
  • Amir

    gagal tujuh kali, bangkit lapan kali..

    ps: pepatah jepun kalau tak silap 🙂

Leave a Comment