Kenali Hati Yang Kurang Sihat

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini
heart

Kurang sihat? Sudah tentu ia berbeza dengan hati yang sihat dan hati yang mati. Jika bercakap mengenai hati, ia adalah sesuatu yang sukar didefinisikan kerana setiap dari kita mempunyai hati yang berbeza.

Maksudnya, pengalaman dan keadaan sekeliling juga mempengaruhi keadaan hati kita sama ada berada dalam keadaan sihat, kurang sihat atau mati. Pada kali ini, topik yang ingin dikongsikan adalah cara mengenali hati yang kurang sihat.

Mari kita imbas kembali diri kita jika kita mempunyai tanda-tanda hati yang kurang sihat. Semoga ia bermanfaat untuk mengubah diri menjadi lebih baik dari semasa ke semasa. antara tanda hati berada dalam keadaan kurang sihat adalah:

  • Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==
  •  Hati tersebut lemah untuk menggerakkan atau menghasilkan sifat-sifat yang baik.
  • Perasaan positif atau pun perasaan baik kurang menonjol dalam hati seseorang.
  •  Individu masih sensitif untuk melakukan kemaksiatan atau perbuatan yang berdosa namun dalam kadar yang kurang daripada hati sihat.
  • Hati tersebut masih ada kesedaran, namun cenderung untuk mendekatkan diri dengan kemaksiatan dan dosa.
  •  Gagal menguasai perasaan negatif walhal masih terdapat cebisan hati yang positif. Perasaan negatif selalu menang daripada perasaan positif.
  • Masih suka akan kesucian, kebersihan dan keindahan sekeliling namun kurang penghayatan terhadap aspek tersebut.
  • Hati kurang teguh, cepat berputus asa dan mudah dipengaruhi.
  • Jika berkawan dengan orang baik, dia akan jadi baik. Jika berkawan dengan budak jahat, dia turut mudah untuk menjadi jahat. Apabila sendirian, ketika itu ia dapat menggambarkan sama ada dia baik atau sebaliknya.
  • Golongan bermuka dua dan tidak istiqamah.
See also  Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik

Namun, harus di ingat kita masih mengubah diri menjadi lebih baik selagi nafaz masih terhembus. Jangan berputus asa walaupun perubahan kearah yang baik itu mungkin susah namun percaya lah atas berkat usaha dan keizinan daripada Allah S.W.T semuanya akan menjadi mudah.

Join Affiliate Shopee Percuma Klik - AFFILIATE SHOPEE
2 comments… add one
  • patutulah hati gua asyik demam aje..

  • auc Link Reply

    sedaya upaya membersihkan hati ini dari sifat mazmumah

Leave a Comment

Cancel reply