Kenapa Saya Suka Makan Di Kfc

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

Saya Suka Makan Di KfcAgak-agak anda di manalah tempat saya suka makan??? Ya, di KFC! Sejak dari kecil hinggalah dewasa. Saya memang suka menjamu selera di KFC. Ada beberapa sebab kenapa restoran KFC menjadi restoran pilihan makanan segera bagi saya. Bukan bermakna saya suka memilih makanan, saya juga memerlukan makanan yang sama dengan selera dan citarasa saya. Oleh itu, KFC menjadi keutamaan bagi saya.

Kenapa saya memilih KFC berbanding restoran makanan segera yang lain? Salah satu sebabnya ialah hidangan makanan di KFC lebih lazat berbanding restoran makanan segera yang lain malah harganya juga jauh lebih murah dan berpatutan. Tambahan pula, dalam kempen makanan segera baru-baru ini, kajian telah membuktikan bahawa hidangan ayam KFC sebenarnya adalah menyihatkan.

  • Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==

Selain daripada itu, KFC begitu agresif dalam memasarkan produk mereka dimana mereka menyediakan lebih banyak vouncher dan diskaun berbanding restoran makanan segera yang lain. Apabila ada diskaun dan vouncher, sudah tentulah pelanggan pun ramai. Walaupun diskaunnya tidak lah banyak, tetapi sebagai pelanggan, saya juga mahu berjimat cermat dalam berbelanja dan sudah tentulah walaupun 10 sen dikira untung bagi kami sebagai pelanggan.

KFC mempunyai hidangan ayam goreng spicy yang mana keraknya lebih rangup dan lazat. Hidangan sampingan mereka seperti kentang goreng dan juga cheesy wedges juga tidak kurang hebatnya setaraf dengan makanan di restoran 5 bintang cuma harganya jauh lebih murah dan sangat sesuai bagi golongan yang kurang berkemampuan. KFC memang menjanjikan harga yang murah dan berpatutan kepada setiap pelanggannya.

See also  Kelebihan Maaf

Kepelbagaian hidangan dalam 1 set pula menjadikan servis KFC unik. Tidak sama dengan restoran makanan segera yang lain, 1 set hidangan KFC dihidangkan dengan lebih daripada 3 hidangan. Contohnya, 1 snack plate mengandungi 2 ketul ayam goreng KFC, kentang goreng, kentang putar, coleslaw dan juga 1 minuman ringan yang sejuk.

Begitulah ceritanya kenapa KFC menjadi keutamaan saya apabila memilih makanan segera. KFC sentiasa memenuhi kehendak dan kepuasan saya sebagai pelanggan dan penggemar makanan asas, ayam. Terima kasih KFC kerana sentiasa berusaha keras demi memenuhi kepuasan setiap pelanggan.

Join Affiliate Shopee Percuma Klik - AFFILIATE SHOPEE
0 comments… add one

Leave a Comment