Keracunan Makanan

 

sakit perut

Keracunan makanan selalunya reda dengan sendiri dalam masa 48 jam.Untuk membantu diri anda berasa lebih selesa sekaligus menghalang dehidrasi dalam waktu pemulihan itu,anda boleh cuba langkah-langkah berikut:-

1.Biarkan perut anda rehat.Berhenti makan atau minum selama beberapa jam.

2.Hisap ketulan ais atau hirup sedikit air.Anda juga boleh mengambil minuman bersoda.Orang dewasa patut minum sekurang-kurangnya 8 hingga 16 gelas air setiap hari sedikit demi sedikit tetapi kerap.

3.Secara beransur-ansur,makan makanan yang dikisar dan mudah hadam seperti kraker(biskut kering nipis),pisang dan nasi.Berhenti makan jika mual-mual kembali.

4.Banyakkan berehat.Kesakitan dan dehidrasi mungkin telah melemah dan memenatkan anda.

5.Elakkan makanan dan bahan-bahan tertentu hingga anda berasa lebih baik.Antaranya produk tenusu,kafein,nikotin,dan makanan berlemak atau mempunyai perasa makanan tinggi.

 

Comments

0 comments… add one

Leave a Comment