Kesan Kurang Minum Air

nn

Air putih atau air mineral sangat penting dalam tubuh manusia untuk memastikan tubuh sentiasa sihat dan bertenaga. Antara kesan kurang minum air adalah:

  • Mudah Letih dan kurang tumpuan – Tubuh yang mengandungi toksin kerana kekurangan air apabila proses pengeluaran berlaku akan menyebabkan tubuh terasa letih. Ia juga menyebabkan individu kurang memberi tumpuan dengan baik ketika melakukan kerja atau aktiviti seharian.
  • Mudah Pening – Antara fungsi air adalah untuk membuang toksin dari tubuh manakala otak manusia mengandungi 75 peratus air. Justeru itu meskipunseseorang hanya mengalami kekurangan air sedikit, tetapi ia berpotensi menyebabkan seseorang menjadi pening.
  • Sembelit – Air mampu melembutkan sesuatu yang pejal. Oleh itu najis yang keras boleh dilawaskan apabila air diminum secukupnya.
  • Air kencing kotor – Hampir 180 liter air dikitar semula oleh buah pinggang setiap hari kerana ia merupakan penapis bahan buangan dari darah dalam tubuh manusia. Tanpa air yang cukup, pengeluaran air kencing akan berkurangan menyebabkan bahan buangan menjadi lebih pekat yang menyebabkan air kencing menjadi kotor.
  • Menyebabkan mulut berbau – Kurang minum air akan menyebabkan mulut berbau. Ia kerana cecair tidak mencukupi di dalam mulut untuk membersihkan segala sisa makanan dan kotoran dimana bakteria mudah merebak di dalam tekak dan mulut menyebabkan mulut berbau busuk jika tidak mengambil langkah pengjagaan kesihatan yang baik.
  • Mulut menjadi kering – kurang minum air juga menyebabkan mulut menjadi kering. Perkara ini biasa berlaku dalam kalangan kita kerana air liur merupakan pelincir mulut. Oleh itu, ia akan menyebabkan individu kurang selesa.

Jangan lupa minum air yang secukupnya k ^_^

bunting-murah bua tduit dengan youtube adsense

Comments

0 comments… add one

Leave a Comment