Ketahui Dian Fossey, Pengkaji Gorilla Terkemuka

Jika anda adalah salah satu pengguna Google, pada 16 Januari lepas pasti anda sedar akan kelainan pada logo Google.

Hari ini merupakan ulangtahun kelahiran Dian Fossy, seorang pakar zoology yang tertumpu kepada spesis gorilla. Kemasyhuran Dian Fossey setara dengan Jane Goodall dan Birute Galdikas. Malahan, mereka bertiga dikenali sebagai The Trimates . Hal ini kerana ketiga-tiganya mengkaji haiwan-haiwan berkaitan: Dian Fossey mengkaji gorilla, Jane Goodall mengkaji cimpanzi, dan Burite Galdikas mengkaji orang utan.

Beliau mengkaji mengenai spesis gorilla selama 18 tahun di pergunungan di Rwanda, dengan cadangan dan sokongan pakar antropologi terkenal Louis Leakey

Antara buku yang ditulisnya adalah Gorillas in The Mist pada tahun 1983, berikutan hasil kajiannya di Karisoke Reasearch Center dan pengalamannya sendiri.

Mengalami kehidupan yang sukar semasa kecil menyebabkan Dian mendapatkan sokongan emosi melalui haiwan. Ketika berumur 6 tahun, ibu bapa sebenar Dian bercerai, dan Dian mengikuti ibunya. Biarpun ayahnya berusaha untuk kekal berhubung dengannya, namun ia dihalang oleh ibunya. Apabila ibunya berkahwin baru dengan seorang ahli perniagaan bernama Richard Price, bapa tirinya tidak pernah melayannya sebagai anak sendiri, menyebabkan Dian terasa kehilangan secara emosi.

Pada mulanya Dian sepatutnya menyambung pelajarannya di sebuah sekolah perniagaan, tetapi cintanya yang mendalam pada haiwan membuatkan dia menyertai program pre-veterinari di University of California,Davis. Hal ini mendapat tentangan bapa tirinya, justeru Dian menyara dirinya dan pelajaran dengan bekerja sebagai kerani di sebuah gedung. Selain kerja-kerja kerani, beliau juga melakukan kerja makmal dan sebagai seorang pengendali mesin di sebuah kilang.

Biarpun seorang pelajar yang cemerlang, Dian menghadapi kesukaran dalam subjek Kimi dan Fizik, menjadikan dia gagal pada tahun kedua dalam program tersebut. Dia berpindah ke San Jose State College untuk mempelajari Occupational Therapy dan memiliki ijazah sarjana muda.

Sifatnya yang pemalu memudahkan kerjanya bersama kanak-kanak di Kosair’s Crippled Children’s Hospital. Di situ, dia diajak tinggal bersama seorang rakan sekerja bersama keluarganya. Hubungan keluarga yang eart memberikan Dian sesuatu yang telah lama dia kehilangan: kasih yang antara keluarga.

Pada 1963, dia mengambil cuti panjang untuk berkelana ke Afrika selama tujuh minggu. Pada 1966 pula, dia meletakkan jawatan apabila pakar antropologi, Louis Leakey, memberitahunya bahawa dia akan menerima pembiayaan untuk kajiannya mengenai Mountain Gorillas. Beliau menetap di Congo untuk mengkaji haiwan tersebut, hingga berlakunya perang saudara yang memaksa beliau melarikan diri ke Rwanda.

Pada tahun 1967, Dian menubuhkan Karisoke Research Foundation di Rwanda’s Volcanoes National Park. Di situ beliau meneruskan pengkajiannya mengenai gorilla sehingga menghasilkan sebuah buku, Gorilla in the Mist.

Begitulah terhasilnya salah seorang pakar zoologi terkemuka Dian Fossey.

Kemasyhuran beliau adalah hinggakan sebuah filem dihasilkan mengikut kisah hidupnya sebagai pakar zoologi khusus untuk spesis  gorilla menggunakan tajuk bukunya, Gorilla in The Mist. Watak beliau dilakonkan oleh seorang pelakon wanita terkenal, Sigourney Weaver yang sering melakonkan watak-wanita wanita berketerampilan tinggi dan berani.

Dian Fossey merupakan penggiat utama dalam memperjuangkan kehidupan gorilla menentang kemusnahan yang sering dilakukan manusia sejagat. Perjuangannya ini tidak disenangi para pemburu dan sesiapa yang menginginkan tanah itu mahupun membahayakan gorilla.

Pada 26 Disember, 1985, mayat Dian Fossey dijumpai dalam keadaan memilukan. Beliau dikerat-kerat, disyaki oleh pemburu-pemburu, di kem hutannya di Rwanda. Ia disyaki bahawa pembunuh tersebut adalah seseorang atau sekumpulan yang telah lazim akan jadul serta kehidupan Dian Fossey.Sehingga kini pembunuh kejamnya masih belum dijumpai, dan kesnya masih belum ada penyelesaiannya.

Walau bagaimanapun, legasinya berterusan dengan Dian Fossey Gorilla Fund International yang membantu Karisoke Research Foundation meneruskan operasinya. Pusat kajian tersebut telah berpindah daripada Rwanda ke Musanze berikutan ia dimusnahkan sewaktu perang saudara Rwanda pula. Jika dahulu ia digunakan sebagai pusat pemuliharaan dan pemeliharaan habitat gorilla di pergunungan Rwanda, kini ia digunakan untuk seluruh Afrika.

Comments

0 comments… add one

Leave a Comment