Magnet Pendakwah Unik

1

 Zul, kau pernah dengar dan lihat ceramah Ustaz Azhar Idrus dan Ustaz Don Daniyal? Best cara mereka sampaikan ceramah agama. Tak rasa bosan. Aku dulu tak suka dengar ceramah agama, dan sejak akhir-akhir ini hatiku berputik cinta terhadap ceramah agama. Banyak pengisian ilmu kerohanian yang aku dapat daripada kedua-dua tokoh pendakwah ini,” cerita Zul kepada rakannya, Man.
 
Jika kita lihat, dengar dan rasai perkara yang Zul katakan di atas, sudah tentu kita bersetuju bahawa fenomena magnet pendakwah unik telah meresap ke dalam minda, jiwa dan tindakan Zul hinggakan kini dia amat meminati ceramah agama. Ramai lagi anak-anak muda sudah pastinya meminati tokoh-tokoh pendakwah hebat seperti ini. Pendakwah unik, bersahaja dan santai.
 
Mungkin kita tertanya-tanya, apa yang menyebabkan tokoh pendakwah tersebut menjadi unik seolah-olah terdapat satu batu magnet besar berwarna hitam menarik jiwa warga muda-mudi masa kini? Adakah pada gaya bahasa? Atau pada perilaku? Atau cara mereka berfikir? Ataupun mereka dilahirkan secara semula jadi menjadi tokoh pendakwah yang hebat dalam bidang masing-masing?
 
Menarik Minat Audiens
 
Mari kita lihat, dengar dan rasai bahawa pendakwah seperti mereka dianggap berpengaruh dalam kalangan muda-mudi dan orang “lama” kerana cara mereka berkomunikasi dan menjalinkan rapport (hubungan baik) dengan cepat bersama khalayak pendengar. Melalui ilmu pengetahuan teknologi minda Neuro-Linguistic Programming (NLP), cara atau corak komunikasi dan percakapan seseorang dapat menyebabkan orang yang mendengar terpengaruh dan menukar cara mereka berfikir terhadap sesuatu perkara. Mereka menggunakan seoptimum mungkin kekuatan penggunaan bahasa deria bagi mempengaruhi khalayak pendengar. Bahasa deria yang sering mereka gunakan ketika menyampai ceramah seperti berikut:

9

Corak-corak bahasa inilah yang amat mempengaruhi khalayak pendengar. Seorang pendakwah magnet unik perlu menggunakan ketiga-tiga corak bahasa ini ketika menyampaikan ceramahnya kerana khalayak pendengar tergolong daripada ketiga-tiga golongan ini iaitu pendengar visual, auditori dan kinestetik.
 
Jangan jadikan ceramah agama masa kini sebagai “masa untuk tidur” atau khutbah Jumaat sebagai medan fikiran menerawang  “mencari” ilham. Pendakwah unik seperti yang disebutkan oleh Zul di atas perlu bijak menggunakan ilmu bahasa deria visual, auditori dan kinestetik (VAK) dalam penyampaian dakwah berkesan.
 
Komunikasi Pendakwah Magnet
 
Berikut dikongsikan contoh komunikasih bagi seseorang pendakwah magnet unik:
 
1. “Tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Cuba kita bayangkan (V) apabila Rasullullah s.a.w. berada dan duduk di sebelah (V) kita. Apa yang dapat kita rasa (K) dan dengar (A) daripada tutur kata Nabi kepada kita? Bagaimana nasihat Nabi s.a.w. terhadap kita sebagai umatnya yang sering kali lupa kepada Baginda?
 
2. “Apa perasaan (K) Baginda jika mengetahui (V) bahawa umatnya kini kurang berselawat kepada Baginda? Bagaimana untuk kita meraih (K) syafaatnya di akhirat kelak jika mulut kita amat berat (K) untuk melafazkan (A)‘Allahumma salli ‘ala Muhammad’?
 
3. “Mari kita lafazkan (A) ‘Allahumma salli ‘ala Muhammad’agar kita tergolong dalam golongan umatnya yang cemerlang di
dunia dan akhirat.”
 
Apabila cara komunikasi pendakwah dapat menawan hati dan perasaan pendengar, dengan mudah mereka dapat mengikuti inti pati yang disampaikan oleh mereka. Perkara yang paling penting, selepas mendengar ceramah agama,pendengar perlu lakukan perkara yangdidengari dan konsisten terhadap perkara yang dilakukan.
 
Buatlah perubahan kecil kepada diri dan yang penting adalah konsisten terhadap perubahan kecil yang kita lakukan. Di sinilah kedudukan teknik komunikasi mempengaruhi pemikiran khalayak pendengar agar perubahan diri dalam jangka panjang dapat dilakukan.Inilah salah satu “tool”NLP yang dapat digunakan oleh magnet pendakwah unik.Wallahu a‘lam.
 
Mari kita lihat, dengar dan rasai bahawa pendakwah seperti mereka dianggap berpengaruh dalam kalangan muda-mudi dan
orang “lama” kerana cara mereka berkomunikasi dan menjalinkan rapport (hubungan baik) dengan cepat bersama khalayak pendengar.
bunting-murah bua tduit dengan youtube adsense

Comments

0 comments… add one

Leave a Comment