Malaysia Jual Kereta Sendiri Lagi Tinggi Dalam Negara berbanding Luar Negara?

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

 

Penulis belum pandai memandu kereta lagi. Namun begitu penulis akui bahawa kereta merupakan aset yang penting di Malaysia, terutama sekali apabila sukar mendapatkan pengangkutan awam yang efisien di taman-taman perumahan.

 

Walau bagaimanapun, apabila penulis mengkaji mengenai harga-harga jualan kereta di Malaysia daripada 2010 sehingga kini, penulis terkejut apabila ramai yang komen rakyat Malaysia dianaktirikan. Harga-hara kereta Malaysia d Malaysia adalah lebih mahal berbanding harga-harga di negara luar setelah pertukaran matawang diambil kira.Bukankah negara luar ada cukai import, sepatutnya menjadikan ia lebih mahal?

 

Hal ini, bagi penulis, agak tidak patut kerana keperluan memiliki sebuah pengangkutan sendiri masih lagi penting untuk seorang rakyat Malaysia. Lainlah sekiranya pengangkutan awam kita sudah stabil, yakni tiada lagi berhentinya keretapi komuter akibat masalah teknikal atau tidak menerima signal, apabila papan menunjukkan bas sepatutnya tiba pada suatu masa tertentu bas tiba atau cuma dua tiga minit lewat, bukan sepuluh atau setengah jam lewat. Pernah penulis ingat pengalaman beberapa kali terkandas lebih sejam ulang-alik dari KL Sentral ke Seremban. Hampir beberapa kali seminggu,

 

 

Mengikut kata Panglima Harimau:

GAMBAR diatas adalah propaganda yang sedang meluas dikongsi di FB. Ia disebarluaskan untuk menghasut kebencian terhadap Proton dan kerajaan dengan menggunakan data yang cukup mengelirukan. Sebelum kita membuat penilaian, ada baiknya kita membuat analisa secara objektif.

 

Persoalannya, adakah benar kereta Preve lebih murah di Australia berbanding Malaysia? Jawapannya adalah Ya dan Tidak. Ia adalah lebih murah di Australia kerana cukai tidak dikutip sepenuhnya ketika pembelian dibuat.

 

Di Malaysia, kereta Proton juga tertakluk kepada cukai eksesais walaupun cukai import bagi Proton adalah lebih kecil.

 

Tahukan anda bahawa di Malaysia, kita memberi subsidi petro ltetapi di Australia, bukan sahaja petrol tidak disubsidikan, malah mereka mengenakan dua jenis cukai eksais petrol dan kemudian GST petrol?

 

Ini bermakna, setiap kali anda mengepam petrol atau memandu,kerajaan Australia mengutip cukai daripada anda. Petrol di Australia adalah kira-kira RM4.46 seliter berbanding RM1.80 seliter di Malaysia. (Semua harga berdasarkan negeri Victoria. Sydney adalah lebih mahal)

 

Cukai jalan di Australia pula adalah kira-kira RM2,100 setahun manakala Malaysia adalah RM90 untuk model ini Proton Preve. Insurans di Australia adalah RM2700 setahun berbanding hanya RM1700 setiap tahun di Malaysia.

 

Jika dibuat pengiraan, purata 20,000 km perbatuan setiap tahun, pembelian Proton Preve adalah masih murah di Malaysia. Pada tahun pertama, Proton Preve (Australia) adalah RM61,805,23. Proton Preve (Malaysia) adalah RM61,336,80.

 

Selepas tiga tahun, Proton Preve (Australia) adalah RM89, 376,83. Proton Preve (Malaysia) adalah RM72, 203,40. Perbezaan ini adalah lebih besar jika anda membandingkan model yang lebih murah seperti Saga atau Gen2.

 

Apapun, diharap Kerajaan BN akan menepati janji mereka untuk mengurangkan harga kenderaan Malaysia sebanyak 30% dan ini akan meningkatkan lagi perbezaan.

 

See also  Pejabat Google ( Head Office )

Ia masih menjadi isu antara rakyat. Ada yang mengatakan ia logik, kerana di negara luar masih ada caj-caj tertentu yang menyebabkan kos beli kereta murah, contohnya cukai jalan,harga minyak, dan sebagainya. Ada juga yang mempertikaikan bahawa caj-caj tersebut tidak ada kena-mengena dengan harga kereta kerana pengeluar kereta tidak mendapat keuntungan daripada caj-caj tersebut. Di blog MiLoSuaM juga mempertikaikan harga kereta di Arab Saudi, antara negara pengeluar minyak dunia, yang menjualnya lebih murah berbanding Malaysia.

  • Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==

 

Akhir sekali, ada juga beberapa blog seperti Pena Minang yang tampil dengan penjelasan:

 

Sebenarnya tak payah cari fakta yang susah pun. Benda ni boleh fikir dengan logik akal. Tapi saya akan sediakan beberapa rujukan yang boleh dijadikan sandaran untuk isu ini.

1. Isu harga ni dulu pernah dimainkan ketika iklan yang lebih kurang sama melibatkan Proton Persona di Arab Saudi.

 

2. Berdasarkan gambar yang tertera yang dimainkan di laman sosial hari ini, kita dapat lihat dan terang-terang ditulis LIMITED TIME.

 

3. Maknanya, selepas convert to RM, harga offer limited time dekat Aussie tu untuk PREVE MANUAL adalah lebih kurang RM48,000. Manakala harga PREVE MANUAL di MALAYSIA tanpa insurance/registration adalah dalam lingkungan RM55,000.

 

4. Jika tanpa limited offer yang tertera pada iklan ini, menunjukkan harga PREVE di Malaysia dan Australia adalah lebih kurang sama iaitu plus minus RM1,000 – RM2,000.

 

5. Proton di Malaysia juga buat offer yang sama dalam waktu tertentu.

 

6. Satu lagi dinyatakan dalam iklan tersebut ialah harga DRIVE AWAY, harga drive away ialah harga TAK termasuk insurans dan indicative di mana harga sebenar perlu di consult dengan dealer . Harga bergantung kepada dealer dan location.

 

7. Untuk rujukan berkenaan dengan drive away boleh rujuk www.carsales.com.au/

 

8. Harga kereta mana-mana pengeluar kereta bergantung kepada dasar negara berkenaan, competitor, market size dan marketing.

 

9. Sebagai contoh di Arab Saudi, harga Proton Persona jauh lebih murah di sana berbanding di Malaysia kerana marketing dan harga competitor. Honda di Jepun pun jual lebih mahal di negara mereka sendiri berbanding Honda yang dijual di Arab Saudi. Semua kerana permintaan dan market size.

 

10. Kenapa tak banding harga PREVE di Indonesia yang jauh lebih tinggi berbanding harga PREVE di Malaysia?

 

11. Kalau Toyota atau Honda jual murah tak kan Malaysia nak jual mahal. Sedikit pengorbanan perlu dilakukan untuk capture market . Long term target is more important.

 

12. Malah first party insurance di Aussie mahal juga berbanding di Malaysia. Malaysia pula adalah car ownership termurah di Asia Tenggara . Car ownership ialah termasuk semua sekali termasuk Petrol, insurans dan lain-lain.

Read more: http://penaminangreturn.blogspot.com/2013/08/harga-proton-di-australia-lebih-murah.html#ixzz2qumji0u5

 

See also  Selamat Hari Raya Aidilfitri

Penulis teringat pengalaman hampir kemalangan dalam dua kereta ( orang lain pandu ya). Kereta tempatan kemek terlanggar divider, kereta import (Volvo) teguh sementara tiang tol kemek. Ini menjadikan ramai memanggil buatan Malaysia menggunakan ‘tin milo’. Sebagai rakyat tempat buatan, penulis juga terasa tempiasnya. Moga-moga penurunan harga kereta dapat dilaksanakan, atau sekurang-kurangnya kualiti dapat dipertingkatkan.

 

 

Sumber:

1.MiLo SuaM: http://milosuam.blogspot.com/2010/11/harga-kereta-proton-rakyat-malaysia.html

2.Panglima Harimau: http://panglima-harimau.blogspot.com/2013/08/kenapa-kereta-proton-di-australia-lebih.html

3.Pena Minang: http://penaminangreturn.blogspot.com/2013/08/harga-proton-di-australia-lebih-murah.html#axzz2qufEjtz

Join Affiliate Shopee Percuma Klik - AFFILIATE SHOPEE
0 comments… add one

Leave a Comment