Masturbasi Atau Onani Adalah Perbuatan Yang Diharamkan

Perbuatan Yang DiharamkanSekiranya seseorang isteri atau suami atau sesiapa sahaja yang terlanjur melakukan onani atau maksiat lainnya: “Sesungguhnya kita memiliki Allah S.W.T., tuhan yang mahu dan suka mengampunkan dosa kita semuanya, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat Nasuha dan pohonlah kepadanya agar ditunjukkan jalan penyelesaian ke atas setiap permasaalahan kita.”

Masturbasi atau Onani adalah perbuatan yang DIHARAMKAN di dalam Syarak, dalilnya adalah firman Allah S.W.T.:

Maksudnya: “(Orang-orang beriman yang berjaya itu, antara sifat mereka) Dan mereka yang menjaga kemaluan mereka melainkan kepada isteri –isteri dan hamba sahaya mereka, maka sesungguhnya mereka tidak tercela. Barangsiapa yang mencari selain daripada itu, maka mereka itu orang-orang yang melampaui batas.” (al-Mukmiun: 5 dan al-Maarij: 29)

Di dalam ayat ini Allah S.W.T. telah mengharamkan hubungan jenis (onani – berseronok dengan kemaluan) antara lelaki dan wanita melainkan jika hubungan jenis itu dilakukan antara suami dengan isterinya dan antara seorang lelaki dengan hamba sahayanya. Seterusnya Allah S.W.T. menyambung firman-Nya dengan menyatakan: “Sesiapa yang mencari selain daripada itu.” yakni melakukan hubungan jenis (berseronok dengan kemaluan) selain daripada sesama suami isteri atau antara lelaki dengan hamba sahayanya, maka dia termasuk orang-orang yang melampaui batas.

Dari ayat ini, kita dapat memahami termasuk hubungan jenis atau cara berseronok dengan kemaluan dengan cara onani atau masturbasi itu termasuk perkara selain berseronok sesama suami isteri atau antara lelaki dan hamba sahayanya. Dan onani ini termasuk perbuatan mencari jalan berseronok dengan kemaluan melalui cara yang melampaui batas.

Oleh kerana itu Nabi S.A.W. telah menunjukkan cara melemahkan nafsu syahwat bagi orang yang tidak mampu berkahwin dengan berpuasa, Baginda bersabda:

Maksudnya: “Wahai sekelian orang muda, sesiapa di kalangan kamu yang ada kemampuan, maka hendaklah dia berkahwin, sesiapa yang tidak ada kemampuan, maka hendaklah dia berpuasa, kerana sesungguhnya puasa itu berperanan sebagai perisai untuknya (daripada syahwat).”

bunting-murah

Comments

0 comments… add one

Leave a Comment