Medan Dakwah dalam Lingkungan Pengaruh

Halaqoh

Bagaimanakah cara untuk saya memberitahu lbu bapa saya?”anak muda itu mula) membicarakan resah di hatinya.
 
“Saudara boleh memberitahu mereka apabila sudah bersedia dan ada kekuatan.” Saya mengerti dilema dan tekanan itu. Bagi kebanyakan hamba Allah yang baru beriman, memaklumkan pengislaman kepada keluarga antara cabaran paling besar. Bukan sahaja menukar agama, tetapi majoriti keluarga mereka akan terkejut kerana anak kesayangan mereka turut menukar nama diri, keluarga dan bapa. Sedangkan, tiada rekod yang menceritakan mana-mana sahabat Nabi s.a.w. dan Auab Badwi menukar nama setelah memeluk Islam, jika nama mereka tiada unsur kesyirikan.
 
“Saya takut menjadi anak derhaka,” anak muda itu masih tidak puas hati dengan jawapan saya.
 
“Mengapa pula?”
 
“Kerana saya masuk Islam tanpa memberitahu mereka,” katanya.
 
Saya tersenyum pahit mendengarnya.
 
Anak muda yang saya kenal itu tidak mempunyai hubungan rapat dengan keluarganya semenjak menjejakkan kaki ke kampus.
“Perbuatan saudara selama ini seperti balik setahun sekali, tidak mengirim berita dan tidak suka pada mereka ialah bentuk-bentuk kederhakaan. Saudara sudah lama ‘derhaka’ sebelum saudara menjadi Muslim.” Saya jenis orang yang berterus-terang.
 
Dia terdiam.
 
“Meninggalkan agama keluarga yang mensyirikkan Allah bukanlah satu penderhakaan. Berahsia tentang pengislaman kita daripada ibu bapa bukannya menderhaka. Tetapi, meninggalkan keluarga tanpa didakwahi ialah suatu bentuk penderhakaan,” saya menjelaskan.
 
Setelah itu, kisah sahabat r.a. saya kongsi dengannya. Berkongsi Kisah Sahabat Kisah Mus‘ab bin Umar r.a. adalah sebaik-baik kisah penyegar jiwa buat semua hamba Allah yang baru beriman kepada Allah. Sewaktu Mus‘ab memeluk Islam di Makkah, beliau berhadapan dengan tekanan, ugutan dan sekatan daripada ibunya. Walaupun beliau seorang anak hartawan, berstatus dan bergaya, Mus‘ab tetap memilih Islam, yang ketika itu sinonim dengan kesusahan, penderitaan dan kemiskinan.
Anak mana yang tidak rasa bersalah, apabila ibunya mogok lapar kerana pilihannya. Anak mana yang tidak rasa pilu apabila ibunya memutuskan ikatan kasih hanya kerana agama pilihannya. Namun, jiwa kental Mus‘ab tidak goyah. Imannya tetap utuh walaupun ibunya mengurung dan mengikatnya di rumah. Tekanan,
ugutan dan sekatan bukan penjara untuk orang beriman.
 
Mus‘ab memilih kehidupan yang sukar. Beliau berhijrah dua kali ke bumi tandus Habshah (Ethiopia). Tanpa sebarang harta, Mus‘ab positif bertindak dengan iman di hatinya sehingga beliau menjadi orang yang dihantar oleh Rasulullah untuk mengajar al-Quran kepada masyarakat Islam Madinah sebelum Baginda berhijrah bersama-sama 12 orang sahabat besar yang lain. Mus‘ab menjadi pendakwah dan pengajar ilmu Islam kepada komuniti lain.
 
Perjuangan Mus‘ab terus membakar. Uhud menjadi medan pertarungan antara iman dan kekufuran. Mus‘ab menjadi antara orang yang memegang panji tentera Muslim yang menjadi penentu jatuh bangun atau kalah menang sesebuah perjuangan.
 
Mus‘ab akhirya tumbang dan dianugerahkan syahid oleh Allah. Namun, keadaan dirinya begitu menyedihkan Baginda Rasulullah apabila seorang anak muda yang dahulunya kaya raya dan bergaya, matinya tanpa pakaian yang cukup untuk menutupi tubuhnya. Seorang anak yang teguh berdiri dengan imannya, walaupun ibunya membantah dan membenci agamanya.
 
Dakwah adalah Obor Iman
 
Kisah Mus‘ab menggambarkan dua hikmah kebijaksanaan. Pertama, tentang bagaimana berhadapan dengan keluarga yang belum lagi beriman. Kedua, dakwah ialah medan untuk mengekalkan momentum kemanisan iman. Perkara inilah yang saya bincangkan dengan anak muda itu tadi.
 
“Pulanglah kepada ibu bapa saudara. Jika selama ini saudara menjauhkan diri daripada mereka, Islam meminta saudara mencintai mereka berdua semula. Islam mengajar kita menjadi anak yang baik walaupun mereka masih belum beriman kepada Allah,” saya membutirkan nasihat.
 
Banyak ayat al-Quran yang menyuruh orang yang beriman agar berbuat baik kepada ibu bapa, biarpun ibu bapa itu belum lagi beriman.
 
“Mungkin, setelah melihat kebaikan saudara terhadap mereka lebih daripada biasa, mereka akan menerima dakwah saudara pada suatu masa nanti,” saya menyambung. Konfrontasi dengan ahli keluarga bukan jalan yang baik dalam
usaha dakwah kepada mereka.
 
Keluarga adalah lingkungan pengaruh yang dimiliki oleh setiap manusia. Para nabi dan rasul memulakan dakwah dalam lingkungan pengaruh ini. Orang yang baru beriman kepada Allah perlu memandang ahli keluarga mereka sebagai prospek dakwah yang utama dan pertama.
 
Perkara pertama yang perlu disampaikan ialah konsep ketuhanan, bukannya menceritakan tentang gaya hidup Muslim ataupun senarai perkara yang tidak boleh dilakukan setelah menjadi Muslim.
Dakwah mempunyai perkara keutamaan. Jika dilihat kepada dakwah para rasul, mereka mengajak kepada dua perkara iaitu beriman kepada Allah dan mengikuti para rasul. Surah al-Syu‘ara’ merakamkan lapan ayat yang berulang tentang inti pati dakwah para rasul ini.
 
Allah berfirman yang bermaksud: “Maka, bertakwalah kepada Allah dan taatiah kepadaku.” (Surah al-Syu‘ara’26: 108, 110, 126, 131, 144, 150, 163, 179)
 
Ibn Kathir mentafsirkan ayat ini sebagai: “Beribadahlah kepada Tuhan kalian dan taatlah kepada rasul kalian.” Ibn Kathir menambah bahawa seruan ini bermaksud: “Terimalah apa-apa yang manfaatnya dapat kembali kepada kalian di dunia dan akhirat dengan beribadah kepada Tuhan kalian yang telah menciptakan dan memberikan rezeki kepada kalian agar kalian beribadah mengesakannya dan bertasbih kepadanya pada waktu pagi dan petang.” (Ibn Kathir, Tafsir al-Quran al-‘Azim)
 
Cabaran dalam Berdakwah
 
Usaha dakwah tetap akan menerima cabaran, walaupun subjek dakwah terdiri daripada mereka yang berada bawah lingkungan pengaruh kita. Itu sunnatullah dunia dakwah. Al-Quran merakamkan perjuangan para rasul yang tidak sunyi daripada ugutan daripada masyarakatnya, malahan daripada keluarga mereka sendiri. Ancaman bukan sekadar terhadap “survivaI”dakwah tauhid itu sahaja, tetapi turut melibatkan nyawa mereka. Jika para rasul diuji sedemikian rupa, apakah kita boleh mengharapkan hamparan karpet merah dalam usaha dakwah?
 
Nabi Nuh ialah rasul pertama yang diuji dengan ugutan. Kerjaya dakwahnya mahu dihentikan oleh masyarakatnya. Mereka mengugut untuk merejam baginda, suatu hukuman yang bertujuan untuk menghina penerimanya. Allah memetik kata-kata kaumnya yang bermaksud:
 
“Mereka berkata: ‘Sungguh jika kamu tidak mahu bementi, wahai Nuh, pasti kamu akan termasuk dalam kalangan orang yang direjam.”‘(Surah al-syu‘ara’ 26: 116)
 
Ugutan itu bukan datang daripada masyarakat biasa, tetapi daripada golongan sasaran utama dakwah baginda iaitu para pemimpin masyarakat. Orang yang mempunyai kuasa pelaksana bagi hukuman tersebut.
 
Nabi Ibrahim mengalami ugutan yang Iebih pedih. Baginda diancam oleh ayahnya sendiri; seorang pembuat berhala. Ia diceritakan oleh Allah dalam ayat berikut yang bermaksud: “Bapanya berkata: ‘Bencikah kamu kepada tuhan-tuhanku, wahai Ibrahim? Jika kamu tidak berhenti, maka kamu akan kurejam. Dan tinggalkanlah aku buat waktu yang lama.”
(Surah Maryam 19: 46)
 
Nabi Lut pula diancam buang negeri. Kota Sadum itu sendiri bukan wilayah kelahirannya. Baginda pendatang yang mengkritik agama dan nilai masyarakat di kota itu. Allah berfirman yang bermaksud: “Mereka menjawab: ‘Wahai Lut, sesungguhnya jika kamu tidak berhenti, kamu akan termasuk dalam kalangan orang yang diusir.”‘ (Surah al-syu’ara’ 26: 167)
Semua itu tidak pemah melemahkan jiwa para rasul. Mereka yakin bahawa hanya Allah yang boleh memberi kesan kepada mereka. Keyakinan mereka didasari tujuan hidup dan mesej dakwah yang jelas. Mereka tidak menimbang-nimbang risiko yang datang.
 
Nabi Muhammad pula menerima tindakan selepas ugutan yang mereka lakukan tidak berkesan. Baginda hampir sahaja dibunuh, diboikot sehingga kelaparan, diusir dari tempat kelahiran, direjam dengan batu, diperangi secara bersungguh-sungguh, dikhianati perjanjiannya, di?tnah ahli keluarganya, disihir dan juga diracun. Semuanya atas satu tujuan; agar dakwah tauhid tidak lagi diteruskan terhadap orang Musyrikin dan Ahli Kitab.
 
Namun, Rasulullah memandang kepahitan pengalaman dakwah itu dengan positif. Ada peluang dakwah di sebalik setiap tekanan. Malahan, Rasulullah tidak jemu berdoa agar mereka diberikan hidayah, sebagaimana para rasul yang lain.
 
Mahalnya Sebuah Hijrah
 
“Bagaimana jika keluarga tidak menerima saya?” soal anak muda itu. Satu persoalan yang sebenarnya telah lama dideritai oleh jutaan hamba Allah yang memenangkan iman atas kekufuran.
 
Al-Quran mengkhabarkan kepada kita bahawa Nabi Ibrahim ialah rasul yang dibuang jauh oleh bapanya. Bapanya tidak mahu bertemu lagi dengannya. Dengan pedih Nabi Ibrahim menerimanya demi keimanan. Kemudian, Allah menggantikan keluarganya dengan yang lebih baik, iaitu anak cucunya yang diangkat menjadi nabi.
 
Allah berfirman yang bermaksud: “Dan aku akan menjauhkan diri daripadamu dan daripada apa yang kamu seru selain Allah. Dan aku akan berdoa kepada Tuhanku, mudah-mudahan aku tidak akan kecewa dengan berdoa kepada Tuhanku. Maka, ketika Ibrahim sudah menjauhkan diri daripada mereka dan daripada apa-apa yang mereka sembah selain Allah, kami anugerahkan kepadanya Ishaq dan Ya‘qub. Dan maslng-masing kami angkat menjadi nabi.” (Surah Maryam 19: 48-49)
 
Jika keluarga yang masih belum beriman menyisih dan menjauhkan diri, sentiasalah berusaha mendekati, mendoakan dan berdakwah kepada mereka. Namun, jika kebencian mereka membahayakan diri, berhijrahlah kerana Allah dan Rasul. Betapa luasnya bumi Allah ini. Berhijrah daripad sebuah keluarga yang kecil kepada sebuah keluarga Muslim yang besar.
 
Inilah persaudaraan yang diikat atas Allah berfirman yang bermaksud: “Sesiapa yang berhijrah di jalan Allah, pasti mereka mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak. Sesiapa keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kepada Allah dan Rasulnya, kemudian kematian menimpanya (sebelum sampai ke tempat yang dituju), maka telah tetap baginya ganjaran di sisi Allah.” (Surah al-Nisa’4: 100)
bunting-murah bua tduit dengan youtube adsense

Comments

0 comments… add one

Leave a Comment