Mengenal Sifat Anda Melalui Jenis Darah

Jenis darah selain boleh menjadi panduan untuk menentukan diet yang sesuai, Ia juga boleh juga mengenal watak dan keperibadian seseorang. Hasil kajian yang dilakukandi Jepun terhadap beberapa jenis darah, ada beberapa keperibadian tertentu yg dikatakan sesuai dengan jenis darah orang yang berkaitan. Anda boleh lihat sendiri apakah anda mempunyai keserasian dan sifat-sifat tertentu berdasarkan penelitian dibawah ini:

KUMPULAN DARAH ‘O’

Ini adalah jenis pemimpin. Saat melihat sesuatu yg diinginkan, orang dengan kumpulan darah ini akan berusaha mencapainya. Anda juga termasuk trend-sitter, setia, punya daya juang tinggi dan percaya diri yg kukuh. Kelemahan anda adalah mudah cemburu, agak sombong dan cenderung amat kompetetif.

KUMPULAN DARAH ‘A’

Anda suka keselarasan, kedamaian dan organisasi. Boleh bekerjasama dengan baik dengan org lain, peka, sabar dan penuh perhatian. Namun kelemahan anda adalah tidak boleh melakukan sesuatu dengan santai dan cenderung keras kepala..

KUMPULAN DARAH ‘B’

Anda punya tabiat keras dan individualis, suka terus-terang tanpa memikirkan orang lain dan melakukan segala sesuatu dengan cara sendiri. Namun anda juga kreatif & fleksibel & boleh beradaptasi dengan mudah terhadap situasi. Namun kelemahan yg anda miliki adalah cenderung terlalu marendah diri, yang boleh merugikan..

KUMPULAN DARAH ‘AB’

Dingin dan terkawal, makanya tak menghairankan teman menjadikan anda sebagai tempat berkongsi cerita, terutama urusan perasaan dan hati. Anda dilahirkan utk menghibur orang lain secara semulajadi. Namun sayangnya anda cenderung moody dan sukar membuat keputusan, kadang-kadang boleh menyakiti hati orang lain.

Cari Duit Tambahan

0 comments… add one

Leave a Comment