Merawat Sawan

aziz

Penyakit ayan atau sawan iaitu kekejangan otot degan tidak sedarkan diri, mungkin binasa menyerang kanak-kanak yang berumur antara enam bulan hingga lima tahun apabila mereka mengalami demam panas yang tinggi suhunya. Dalam keadaan ini, kanak-kanak biasanya, tidak sedarkan diri, dikuti dengan kekejangan atau tersentak kaki dan tangan. Ini disebut sebagai demam sawan.
 
Jelas bahawa rawatan dengan doa-doa dan tawajuh kepada Allah Taala itu menghasilkan pengaruh yang pengaruh yang sangat baik yang tidak dapat dihasilkan oleh pengubatan para doktor biasa.
 
Sekiranya berlaku pada anak anda, maka ikutilah langkah-langkah berikut iaitu:
 
Pertama: Baringkan anak secara mengiring dan pastikan kepala berada di paras yang sama atau lebih rendah dari badan.
 
Kedua: Catatkan masa dan tempoh berlakunya sawan.
 
Ketiga: Jangan sekali-kali cuba memasukkan sebarang benda ke dalam mulut.
 
Keempat: Jangan cuba sedarkan anak dengan menampar, menggoncang ataupun mengurut badannya.
 
Kelima: Sekiranya sawan itu berterusan, anda boleh memasukkan ubat sawan melalui dubur (suppository diazepam).
 
Biasanya sawan akan berhenti dalam tempoh 10 minit.
 
Keenam: Bawa anak ke hospital sekiranya sawan masih berterusan dalam tempoh 10 minit selepas memasukkan ubat
 
sawan. (Sumber: http://dppnt.tripod.com/doktor.htm)
 
Sawan juga disebut epilepsi. Kata epilepsi berasal daripada Yunani (epilepsia) yang bererti serangan. Sawan epilepsi ialah sawan tanpa demam dan biasanya berlaku kepada kanak-kanak yang lebih dewasa atau remaja.
 
Dalam satu hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim daripada ‘Ata’ bin Abi Rabah, beliau berkata, Ibn Abbas r.a. berkataz “Mahukah kamu saya tunjukkan ahli syurga?” Saya menjawab: “Mahu.” Ibn Abbas berkata:
 
“Itu wanita hitam yang telah menghadap Rasulullah s.a.w. seraya berkata: ‘Saya terkena penyakit ayan dan saya membuka baju (tanpa disedari). Tolong doakan kepada Allah Taala untukku! Maka Nabi s.a.w. menjawab: ‘Jika engkau bersabar, maka bagimu syurga. Tetapi jika engkau mahu, aku akan mendoakanmu sehingga Dia menyembuhkanmu.’
 
“Wanita itu belkataz ‘Saya akan bersabar, tetapi saya membuka-buka aurat (tanpa saya sedari), maka pohonkan kepada Allah s.w.t. agar saya tidak berbuat demikian!’ Lalu Nabi s.a.w. mendoakan baginya.”
 
Senjata Paling Ampuh
 
Menurut Ibn Qayyim al-Jawziyyah rhm. dalam kitab beliau al-Tib al-Nabawi berkaitan penyakit sawan (epilepsi), sawan
terbahagi kepada dua jenis:
 
1. Sawan yang berpunca daripada roh jahat.
 
2. Sawan yang berpunca daripada unsur dalam tubuh yang rosak. Sawan jenis kedua inilah yang dibincangkan oleh pakar-
 
pakar perubatan tentang punca dan cara merawatnya.
 
Manakala sawan kategori pertama diakui kewujudannya, namun mereka tidak mampu merawat atau menghilangkannya.
Mereka juga menyedari bahawa cara mengatasi kekuatan roh jahat hanyalah melalui kekuatan roh yang baik dan mulia sehingga dapat diatasi pengaruhnya dan tindak balasnya dapat dicegah.
 
Seorang ahli ilmu Yunani menyebut dalam beberapa kitabnya tentang beberapa cara merawat penyakit sawan. Beliau berkata: “Ini semua bagi merawat penyakit sawan yang disebabkan oleh unsur-unsur yang rosak dalam tubuh. Adapun yang berpunca dan’pada roh jahat, maka rawatan ini tidak berguna sama sekaIi.”
 
Terdapat juga ahli perubatan yang jahil dan Iemah iman tidak percaya sama sekali jenis sawan yang berpunca daripada roh jahat walaupun mereka sendiri menyaksikan rawatan mereka tidak memberikan apa-apa kesan. Ada juga ahli perubatan dahulu kala yang salah dalam memahami hakikat roh sehingga menamakannya dengan sakit ketuhanan (maradIlahi). Orang yang mengenali hakikat roh dan pengaruhnya pasti mentertawakan kejahilan mereka.
 
Rawatan yang harus dilakukan bagi menghilangkan pengaruh roh jahat ada dua bahagian iaitu daripada pihak pesakit dan daripada pihak orang yang merawatnya. Adapun perkara pertama yang dituntut kepada pesakit, ia harus memiliki kemahuan dan kekuatan jiwa serta keyakinan yang kuat, menghadapkan diri dengan ikhlas kepada Allah s.w.t., Pencipta roh tersebut serta memohon perlindungan daripadanya. Ini ibarat peperangan dan ia tidak dapat dimenangi kecuali dengan senjata yang paling ampuh dan pembantu yang kuat. Bagaimana dia hendak mengusir roh jahat sekiranya hatinya kosong daripada tauhid, tawakal dan takwa kerana itu semua senjata baginya.
 
Manakala yang kedua dituntut daripada orang yang merawat iaitu sebagaimana yang dituntut daripada si pesakit.
 
Sekiranya perawat memiliki tauhid, tawakal dan takwa yang kuat, memadai ia berkata: 
 
“Keluar!” atau mengucapkan “Bismillah” atau “La hawla wa la quwwata illa biilah!”
 
Dalam sebuah hadis riwayat Ahmad dan lain-lain, Rasulullah s.a.w. pernah mengucapkan:
اُخْرُجْ عَدُوَّ اللهِ اَنَا رَسُوْلُ اللهِ
 
Maksudnya: “Keluarlah hai musuh Allah! Aku utusan Allah.”
 
Merawat Sawan Rasukan
 
Ibn Qayyim al-Jawziyyah rhm. bercerita: “Saya pernah menyaksikan syeikh saya mengutus seseorang kepada penderita sawan. Utusan itu berkata: ‘Syeikh berpesan kepada kamu: ‘Keluarlah Jasad ini tidak halal bagimu.” Maka pesakit itu pun terus sedar. Kadang-kadang syeikh sendiri yang berkomunikasi dengan roh syaitan tersebut. Sekiranya syaitan itu degil, maka syeikh akan mengeluarkannya dengan pukulan. Setelah itu barulah penderita itu sedar dan dia tidak berasa sakit sedikit pun. Kami sendiri menyaksikan kejadian tersebut.”
 
Beliau juga selalu membacakan di telinga penderita surah al-Mu’minun ayat 115 yang bermaksud: “Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan (daripada tiada kepada ada) dengan tiada sebarang hikmah pada ciptaan itu dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami?”
 
Beliau pernah menceritakan bahawa ketika beliau membacakan ayat tersebut di telinga penderita sawan, maka roh yang merasuknya berkata: “Ya!” dengan suara yang panjang. Beliau berkata: “Maka aku mengambil tongkat dan aku pukul pada belakangnya sehingga tanganku lenguh.”
 
Orang yang menyaksikan peristiwa itu menyangka penderita sawan itu mati kerana pukulan tersebut. Ketika syeikh sedang memukul, tiba-tiba terdengar suara: “Saya mencintaimu!” Maka syeikh itu berkata kepadanya: “Dia tidak mencintaimu!”
 
Roh itu berkata lagi: “Saya ingin naik haji bersamanya!” Syeikh menjawab: “Dia tidak ingin naik haji bersamamu!”
Roh itu berkata lagi: “Saya akan keluar dari tubuhnya kerana menghormati tuan!” Beliau menjawab: “Tndak, tetapi kerana
taat kepada Allah dan Rasulnya!”
 
Akhirnya keluanah roh jahat itu dari tubuh penderita. Kemudian penderita itu terduduk sambil menoleh ke kiri dan kanan seraya berkata: “Mengapa aku boleh berada di tempat syeikh?”
 
Orang yang hadir bertanya: “Apakah kamu tidak terasa dipukul?”
 
Penderita itu menjawab: “Sebab apa syeikh memukul saya sedangkan saya tidak bersalah?” Sebenamya penderila itu sedikit pun tidak terasa pukulan-pukulan tadi.
 
Di samping itu, syeikh juga mengubati orang yang diserang roh jahat dengan membaca ayat al-Kursi. Beiiau menyuruh pesakit memperbanyakkan bacaannya.
 
Begitu juga orang yang merawatnya. Beliau juga membaca al-Mu‘awwizatain (iaitu surah al-Falaq dan al-Nas).
 
Daripada keterangan dan contoh-contoh di atas tadi, jelaslah bahawa rawatan dengan doa-doa dan tawajuh kepada Allah Taala itu menghasilkan pengaruh yang sangat baik yang tidak dapat dihasilkan oieh pengubatan para doktor biasa. Pengaruh atau kesan pengubatan ini Iebih besar daripada pengaruh ubat-ubatan biasa. Rawatan ini telah dicuba berkali-kali dan hasilnya memuaskan. Wallahu a’lam.
 
Rawatan yang harus dilakukan bagi menghilangkan pengaruh roh jahat ada dua bahagian iaitu daripada pihak pesakit dan
daripada pihak orang yang merawatnya.

Comments

7 comments… add one
  • Ummuhatul

    Jika sudi sy nk minta bntuan

  • Anne

    Mohon bantuan tuan..

  • Nor

    Saya perlu bantuan. Asal kuching. Kalau boleh datang kuching untuk bantu. Anak saudara kata doktor sawan. Tapi keputusan darah dan lain2 semua sihat. Sawan kerap dtg dan lemah dan tidak boleh naik kapal terbang. Rawatan islam dah cuba tapi tiada kesan

  • Hidayah

    Assalamualaikum.
    Kawan saya ada masanya hilang ingatan. Tapi, bila chack, doktor kata x ee apa2. Setelah diceritakan symptom2 yg ada, baru doktor bg ubat sawan. Dia pun ada juga buat rawatan islam. Ada yg kata, dia ada saka. Dah hampir 10 tahun dah.
    Mohon bantuan.

    • Aishah

      Sy pn aishah.sy kna sawan dri umr16 thun..smpai skrg sy da sawan..msa sy mngandung sawam sy mnjadi2…skrg sy mkn ubt epilim…2 pg 2 mlm..sy ari 2 g berubt cra kg…org 2 sy da saka sblh mak sy…mngkn dlm bdn sy dh lama da saka sy je xtw da saka.

  • Ella

    Cara merawat sawan,
    1.hindarkan rokok and alkohol
    2.tidur n makan yg cukup
    3.jangan lupa makan ubat..(ini yg penting)
    4.kalo kerja always pakai penutup mulut..
    Saya pun mengalami penyakit ni sejak dulu..bila sy amalkan num 1 -4 sawan sy ok sdh..pening kepala pun x sdh..huhu

  • Dr Wan

    Saya telah merawat penyakit sawan /epilepsi/seizure sejak 2013 sudah ribuan pesakit mendapatkn rawatan.Jika dirawat puncanya insyaAllah sawan boleh sembuh dengan cepat.Sila buat temujanji di tempat saya Fitrah Healthcare Centre Gombak 019 6676236.Di jamin anda akan berpuas hati.

Leave a Comment

Cancel