Motor Dinamik Modenas

Motor Dinamik Modenas kuningMotosikal Dinamik Modenas

Kepada penunggang motosikal diluar sana, berbanggalah anda menjadi rakyat Malaysia. Kenapa? Kerana Malaysia kini mempunyai motosikal buatan sendiri dan mampu menyaingi motosikal buatan luar Negara. Modenas Dinamik, merupakan motosikal berkuasa 118cc. Dibekalkan dengan enjin Kawasaki 2 lejang dan dilengkapi dengan swing arms Kawasaki sendiri, cukup untuk menjadikannya motosikal berkuasa tinggi.

Modenas telah membuat perubahan yang drastik dengan menghasilkan blueprint yang lengkap daripada Kawasaki untuk mencipta motosikal ini.  Dengan ini, super cub ciptaan Modenas sendiri Berjaya dihasilkan dengan jayanya. Inilah kejayaan sebenar kenderaan automobil Malaysia. Sebenarnya, model Dinamik ini pernah dipasarkan diluar Negara dan merupakan antara model motosikal yang sangat laris di Greece. Oleh kerana ianya dipasarkan di Malaysia, maka Modenas telah mengambil produksinya dan mengeluarkannya dibawah syarikat Modenas.Motor Dinamik Modenas Merah

Kenapa model ini sangat laris di pasaran? Sebenarnya, buat peminat motosikal semua motosikal Dinamik ini telah disekat kelajuannya untuk membolehkannya lulus di pasaran Malaysia. Kelajuan sebenar motosikal ini mampu mencecah sehingga 160mp/j yakni bersamaan dengan 205km/j. Selain itu, jumlah pengeluaran model ini juga sangat terhad di pasaran. Hanya mereka yang terawal sahaja mampu memiliki motosikal model Dinamik ini.

Tambahan pula, penyelenggaraan motosikal model Dinamik juga sangat murah dan berpatutan. Ini kerana motosikal dinamik menggunakan fungsi sistem mekanikal kesemuanya malah penghidup juga menggunakan penghidup tending sahaja dimana sangat mudah untuk dikendalikan. Seperti yang kita semua sedia maklum, enjin 2 lejang lebih ringan berbanding 4 lejang menjadikan kitaran enjin Dinamik sangat stabil dan mempunyai pecutan yang lancar.Motor Dinamik Modenas Belakang

Kesimpulannya, Dinamik mempunyai potensi yang amat baik di pasaran Malaysia dan juga global. Tambahan pula, kelebihan enjin 2 lejang yang digunakan oleh Dinamik membuatkan produktiviti bagi minyak untuk enjin 2 lejang ini masih berjalan walaupun telah banyak syarikat yang menghentikan pengeluarannya.

Comments

6 comments… add one
  • Model ni akan memberi saingan kepada model yamaha 235 LC yang paling top di pasaran.

    • Betul tu, tapi ada ke model LC 235?

      • FarizDota

        Typo kot , 135 LC maybe ?

  • Isqandar

    Dinamik saya memang berminat dengannya,dari segi bunyi,dari segi kelajuannya,saya x suka bawak laju,kecuali urgent je….

    • Memang layak lah isqandar memakai motor dinamik nie,

  • Iqbal

    Assalamualaikum saya iqbal dari langkawi dan juga saya juga penungang moto dinamik . Ramai penduduk di langkawi yang memakai dinamik . Sehingga kami menubuhkan group dinamik.
    Kami❌kisah apa org nak kata dekat kami guna moto dinamik
    Macam2 masalah lha . . Itu semua tipu kami pakai tk pernah ada apa masalah pon . Napa kita perlu bangga dgn moto luar . Sepatutnya kita sokong moto keluaran malaysia .

    #P.D.L
    Pejuang dinamik langkawi
    #Kami❌ramai
    # Demi persahabatan kami bersatu

    Singgah laa INSTA kalau nk tgok video : xig_98

Leave a Comment

Cancel