Netbook,Tablet,Smartphone Kalis Air

Teknologi Kalis Air

Teknologi perlindungan kalis air untuk smartphone dan tablet dipertontonkan ketika Mobile World Congress 2012 dari tiga syarikat utama iaitu Liquipel, HzO, dan P2i

Produk perlindungan yang diperkenalkan setiap syarikat berlainan namun tetap merujuk kepada satu tujuan iaitu melindungi telefon, tablet dan laptop dari rosak terkena air.

Perlindungan kalis air itu terhasil dari penciptaan nano-coating atau lapisan halus kalis air lutsinar dipasang pada komponen-komponen peranti elektronik.

Dengan lapisan ini apa jua peranti tidak akan rosak apabila terkena air atau terjatuh ke dalam bekas berair.

Teknologi sebegini masih baru, apabila diperkenalkan pasti pada tawaran harga mewah, dalam RM1,000 ke atas, bahkan mungkin lebih.

Dunia Maklumat

bunting-murah bua tduit dengan youtube adsense

Comments

0 comments… add one

Leave a Comment