Oki Setiana Dewi Di Kelantan – Gambar & Video

Oki Setiana Dewi Di Kelantan

Heroin Filem Ketika Cinta Bertasbih ini benar-benar menarik minat ramai orang melalui perwatakannya dan juga luarannya yang lemah lembut dan sopan itu.

Anna atau nama sebenarnya Oki Setiana Dewi ini datang ke Kelantan bersempena Program Hari Hiburan Islam (HAI) yang bermula semalam 9 Mac dan berakhir pada hari ini di Kelantan.

Oki Setiana Dewi dijemput untuk mengisi slot Program Bicara Selebriti (Manisnya Hidayah-Mu) disamping mempromosikan buku hasil tulisan beliau iaitu ‘Melukis Pelangi’ dan ‘Sejuta Pelangi’.

Rancangan Bicara Selebriti telahpun berlangsung semalam pada jam 9 malam di Kelantan Trade Centre dan akan ditayangkan secara langsung melalui TV Kelantan.

Pada 10 Mac pula Oki Setiana Dewi akan berada di Perpustakaan Awam Negeri Kelantan untuk mempromosikan buku terbarunya.

Oki Setiana Dewi juga berkesempatan mengikuti pengajian kitab yang dibacakan oleh Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat pada pagi semalam.

Perasaan teruja dan gembira jelas terpamer di wajah Oki Setiana Dewi ini.

sumkertaspaper

Dunia Maklumat

- Belajar Mengaji Al-Quran Dirumah    
advertise here rm10 month

Duit Tambahan Dengan Hanphone

0 comments… add one

Leave a Comment