Pantun Empat Kerat – Lawak

Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Kenapa kau nak jolok pakai galah
Sebab cempedak tu dah jatuh kat luar pagar .

 

Kalau ada sumur di ladang
Bolehlah hamba menumpang mandi
Patutlah bau badan kau busuk semacam
Bilik air ada, buat apa kau mandi kat ladang..

 

Pisang emas dibawa berlayar
Masak sebiji di atas peti
Kat pasaraya tak ada hutang hutang
Kalau nak, bayar, Cash On Delivery

 

Kalau ada jarum yangpatah
Jangan di simpan di dalam peti
Kesian betul dengan kau ni
Jarum patah pun kau simpan dalam peti.

 

Dua tiga kucing berlari
Mana nak sama si kucing belang
Kalau kau berani kejarlah kucing tu
Mesti kau kena cakar sampai berbelang-belang gak..

 

Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang hamba mengkuang layu
Kain Pak Malau, Mak Limah yang lipat
Kain aku, si pencuri yang sapu

 

Rumah Pak Mamat di tepi sawah
Pakai langsir berwarna biru
Ooi Pak Mat, langsir warna biru tak lawa lah
Pakailah warna kuning ke, hijau ke, kelabu asap ke.

 

Air pasang dalam surut pukul lima
Nyonya bangun pagi siram pokok bunga
Haloo nyonya, mau tanya sikit
Siram pokok bunga aje, tak jual sayur ka?

 

Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Kalau padi tu belumlah masak
Janganlah tuai, taklah layu-layuan. .

 

Limau purut masak di dahan
Batang selasih condong uratnya
Limau purut tak boleh makan
Nanti sakit perut apa ubatnya.

 

Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Buat apa nak ke Pulau Pandan yang jauh tu
Pergi aje ke Kampung Pandan

 

Sorong papan tarik padan
Buah keranji dalam perahu
Tolonglah jangan makan buah keranji tu
Nanti badan kau orang berbau.

 

Hayya Cik Siti, perempuan banyak muda
Ana banyak takut jalan tutup mata
Memanglah takut kalau jalan tutup mata
Sebab takut terpijak lubang Indah Water

 

Encik Baba jatuh dalam parit
Cik Aminah ketawa jerit jerit
Sampai hati Cik Aminah ketawakan saya jerit-jerit
Mentang-mentanglah saya jatuh dalam parit

 

Buai laju laju
Sampai pokok sena
Woii, jangan buai laju-laju
Nanti kang tercampak kat pokok sena

 

Timang tinggi-tinggi
Sampai cucur atap
Cucur atap tak sedap
Cucuk pisang, cucur udang, haaa tu sedap

26 comments… add one

  • surong papan,tarik papan,
    tarik papan,surong papan

  • NABIL

    HAA…….KELAKAR LAH SANGAT..SEBENARNYA LAWAK NI MACAM TAIK BUSUK JERRR ……

  • 2 3 kucing berlari,
    mana nak sama kucing berdiri,

    2 3 boleh dicari,
    mana nak sama lawak di sini…hehehe

  • nuraina sofia

    hari ini hari jumaat
    hari esok hari sabtu
    nabi kita nabi muhammad
    tuhan kita hanyalah satu

    Pandai tak aku buat pantun ;) :)

  • Najib

    Bangun pagi gosok gigi,
    jangan lupa mandi sekali,
    abang adik saudara saudari,
    jangan lupa keluar mengundi..

  • Lucu giler pecah perut baca.. hehehe

  • shark88

    masuk hutan kena sengat,
    lawaklah sangat.

  • salsabilabella

    kalau ada sumur di ladang
    blh kmy menumpang mandi
    kalau ada umur yang panjang insyaallah
    berjumpa lagi.

  • Lawak giler.. hehehe

  • lawak gilerlh..cyalh

  • Pantun macam ni pun ada ye… :)

  • rams

    hahahah

    • rams

      dua tiga kucing berlari sepa suru dya lari

  • hilman

    makan buah atas pagar,
    buah di beli di pasar raya,
    cepat mengemas rumah anda,
    kita akan menyambut hari raya.

  • syah,"""

    Jinak Jinak Burung Merpati..
    Jinak Lagi Burung Sendiri..
    Burung Merpati Dipegang Berlari..
    Burung Sendiri Dipegang Berdiri..

    Selamat Hari Raya Aidilfitri..

    • paul Francis

      OMG it so funny

  • NURUL ALIYANA

    LEPAS DIJEMUR BAJU DILIPAT,
    DISIMPAN DALAM ALMARI SANGAT LAMA,
    JANGAN KITA TINGGALKAN SOLAT,
    KERANA SOLAT TIANG AGAMA.

    ANAK ITIK TERENANG-RENANG,
    AIR PASANG TENANG-TENANGAN,
    BUDI SEDIKIT BIKA KAN HILANG,
    ITU JADI KENANG – KENANGAN

  • Pisang Ganu,
    Pisang Perak,
    Anak Ayam ,
    Dimakan Biawak,
    Saye Rindu Kat Awak…. — feeling loved.

  • jiwa kacau

    ikqn keli tertqmling tqmling
    ternqmpqk qnjing terkencing kencing
    jqgqn kqu kutuk nenek mu sumbing
    nenek mu sumbing pqndqi ispiking..

  • Mohd Faris

    2 3 kucing berlari
    Mana nak sm c kucing belang
    2 3 suda ku cari
    Mana sana c diana ku sayang

  • meraong-raong dah anak kecilllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllll……………………………………………………………………………………………….

  • Ahmad jaybee

    Dua tiga kucing berlari ,
    Dua tiga kucing berlari .
    Emm nampak tak permainan die :D

  • syaffiq

    nenek2 main gulik,
    legon….

  • 1)ANAK ITIK ANAK BIAWAK,
    SAYANG SAYANG AWAK.
    2)IKAN YU TENGOK WAYANG,
    I LOVE U SAYANG!!!
    3)PAGI-PAGI TANGKAP IKAN SIAKAP,
    WA BELI BAWANG DULU,
    WA MALU MAU CAKAP,
    WA SAYANG SAMA LU!!!
    4)IKAN TENGIRI,
    IKAN YU,
    JAGA DIRI,
    I MISS U!!
    5)PISANG GANU….PISANG PERAK,
    TELUR AYAM DI TELAN BIAWAK,
    BUKAN NIAT NAK GANGGU AWAK,
    CUMA NAK BAGITAU,SAYA SAYANG AWAK!!!

Leave a Comment