Penghinaan Demi Penghinaan Baikot Satu Penyelesaian

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini
boikot
Pada 1999, ribuan umat lslam terutamanya di sekitar negara Teluk telah melakukan tunjuk perasaan secara besar-besazan untuk memprotes penyiaran yang menghina simbol suci Estam iaitu Kaabah. The Official Messiah Mickey Home Page, antara laman web Walt Disney, salah saw produk Yahudi, telah menggambarkan Kaabah sebagai sebutir bola golf yang besar yang berada di sebuah padang golf. Mufti Mesir pada ketika itu, Dr. Nasr Fa rid Wasil menyeru seluruh umat Islam agar memboikot Walt Disney dan segala produk yang berkaitan dengannya. Kisah ini sebenarnya masih tidak terlalu lama berlalu, namun ia seolah-olah telah dilupakan oleh umat Islam, malah mungkin ada yang langsung tidak pernah mengetahuinya. Seruan pemboikotan seolah-olah tidak kedengaran lagi.
 
Pada April 2003 pula, seorang pereka grafik Denmark, Christoffer Zieler menyerahkan beberapa kartun ‘Jesus Christ‘ hidup semula kepada akhbar sensasi Jyllands-Posten tetapi ditolak oleh pengarangnya, kerana berpendapat ia akan mencetuskan kemarahan pembaca. Detik 30 September 2005, kisah penghinaan bermuia lagi apabila akhbar yang sama secara terang-terangan telah menyiarkan 12 buah kartun yang menggambarkan junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w. Penyiaran tersebut pada awalnya tidak banyak disedari umat Islam di luar Denmark. lantas bantahan hanya dibuat oleh penduduk Musim di dalam negara itu.
 
Namun, setelah salah sebuah akhbar di Norway menyiarkan semula kartun tersebut, ini menimbulkan kemarahan umat Islam yang semakin hari semakin marak hingga ke hari ini. Pelbagai bentuk luahan perasaan dizahirkan oleh bukan sahaja umat Islam, malah gologan bukan Islam hampir di seluruh dunia juga turut menyertainya. Tunjuk perasaan yang dilakukan adalah daripada sekecil-kecil perkara seperti mengadakan demonstrasi sehinggalah kepada pembakaran kedutaan Denmark dan Nozrway.
 
Penentangan ya ng serius mula dilakukan oleh Arab Saudi dengan menarik batik kedutaan negara tersebut dari Denmark, menarik balik penjualan barang-barang Denmark di pasar raya pasar raya dan kedai-kedai runcit, malahan farmasi-farmasi iuga tidak lagi menjual segala ubat-ubatan daripada Denmark, kecuali beberapa jenis ubat yang sangat-sa ngat diperlukan dan tiada produk alternatif. Kemudian, tindakan serius ini telah diikuti oleh beberapa buah negara umat Islam yang lain seperti Libya dan Qatar. Hasil daripada tindakan sepadu daripada hanya beberapa buah negara ini, sebuah syarikat besar produk tenusu Denmark iaitu Arla. telah mengalami kerugian sebanyak 1.8 milion dolar setiap hari, dan dijangkakan akan ditutup pada bila-bila masa sahaja sekiranya pemboikotan masih diteruskan.
 
Pada ketika ini, umat Islam merasakan bahawa tindakan ini dapat memberi amaran yang keras kepada mana-mana pihak yang cuba ingin melakukan penghinaan terhadap Islam secara terang-terangan agar sekali-kali tidak cuba untuk melakukannya.
 
Namun, panas yang disangka hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari. Penyiaran yang menghinakan itu rupanya tidak berhenti di situ sahaja. Beberapa negara di benua Eropah telah mengikui jejak Denmark dengan menyiarkan kartun yang sama tetapi dengan bilangan yang berbeza-beza. Negara-negara tersebut ialah Jerman, Switzerland, Holand, Peranchis, ltali dan New Zealand. 7 Februari 2006 pula menyaksikan sebuah akhbar negara Sweden telah mengumumkan satu perkara yang bersifat provokasi apabila mereka akan mengadakan satu pertandingan melukis kartun Nabi Muhammad s.a.w pada bulan Mac akan datang dan pemenang pertama akan mendapat 140 dolar. Negara Jerman pula dengan angkuhnya mengumumkan tidak akan meminta maaf kepada umat Islam alas tindakan penyiaran tersebut. Menurut Menteri Luar Jerman, tindakan meminta maaf akan menutup kebebasan bersuara dan menyatakan pendapat.
 
Hal ini telah menyebabkan kemarahan umat Islam semakin tidak dapat dikawal, sehingga Dr. Yusuf al-Qaradhawi telah mengecam hebat umat Islam yang melakukan tunjuk perasaan di luar batasan seperti membakar kereta, mamusnahkan kemudahan-kemudahan awam dan sebagainya. Beliau menyeru agar umat Islam melakukan tunjuk perasaan dalam batasan orang yang berakal walaupun berasa terlalu marah, iaitu dengan melakukan demonstrasi secara aman, memboikot barangan dan terus mendesak pihak Majlis Kaselamatan Antara bangsa (PBB) agar dapat mewujudkan satu kanun yang dapat melindungi agama dan simbol-simbol sucinya daripald dibina oleh mana-mana pihak.
 
Kontroversi yang semakin series itu kini disifatkan sebagai pertembungan antara islam-Barat. Namun, sifat ini tidak zahir secara nyata apabila terdapat beberapa negara umat Islam sendiri telah menyiarkan kartun yang menghinakan tersebut. Pada awal Februari 2006, sebuah jurnal Jordan yang dimiiiki oleh seorang Muslim telah menyiarkan semula kartun tersebut. Ia mendapat kecaman yang hebat daripada dunia Islam. Pada minggu yang sama – 6 Februari 2006, Sarawak Tribune, sebuah akhbar tertua berbahasa lnggeris di tanah air kita pula telah membuat kejuian negara Islam Hadhari itu. dengan penyiaran kartun tersebut, disa mping dengan penyiaran semula yang dilakukan oleh News Strait Times, RTM2 dan NTV7 selepas itu.
 
Justeru. seorang pemikir Peranchis, Eric Gofer mengambil kesimpulan bahawa ideologi sekularlah yang telah menggalakkan
kontroversi ini beriaku kerana ideologi ini menurut beliau amat bertentangan dengan nilai-nilai murni dan simbol-simbol suci agama. Bagi beliau, ia sebenarnya bukanlah bertitik tolak daripada demokrasi dan kebebasan bersuara yang diamalkan di negara Barat. Hal ini kerana, apabila terdapat beberapa kritikan secara terbuka yang dilakukan oleh umat Islam terhadap dunia Barat, mereka dengan segera mengecam tindakan tersebut sekeras-kerasnya, tetapi sekiranya umat islam ditimpa sebarang penghinaan dan kritikan, mereka membiarkan perkara itu berlaku tanpa mengambil sebarang tindakan serius. lnilah yang dinamakan sebagai sikap ‘double standard‘ yang ada pada dunia Barat terutamanya Amerika Syarikat.
 
Penghinaan demi penghinaan dan tekanan demi tekanan menimpa umat Islam selagi mana mereka tidak mengikut telunjuk kuffar. Hal ini telah dirakamkan oleh Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 120 :
 
Ertinya: “Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan sekali-kali redha dengan kamu (umat Islam) sehinggaiah kamu mengikut agama mereka”.
 
Ayat ini amat jelas dengan apa yang berlaku pada hari ini.
 
Justeru, apakah tindakan kita selaku umat lslam yang sentiasa berada dalam tekanan dan penghinaan di dunia ini 7 Sudah semestinya kita tidak boleh mendiamkan diri. Terlalu banyak perkara yang boleh kita lakukan untuk menyatakan penentangan terhadap penghinaan tersebut, antaranya pemboikotan produk-produk negara yang melakukan penghinaan tersebut, selain daripada terus berdoa dan melakukan solat hajat yang berterusan. Namun, sejauh manakah usaha pemboikotan yang kita lakukan. Adakah usaha pemboikotan tersebut hanya dilakukan ketika mana bahang kemarahan masih berada dalam dada ini ? Seketika ia telah menyejuk, usaha tersebut terus dilupakan, seperti mana senario yang telah dipaparkan dalam awal artikel ini.
 
Seorang pemikir Muslim terkenat yang berasal dari Peranchis, Profesor Roger Garudi telah menyatakan bahawa titik kelemahan negara ba rat adalah pada ekonominya, dan pemboikotan produk-produk keluaran negara barat merupakan penyetesaian kepada penguasaan mereka dalam dunia globalisasi terutamanya dalam bidang ekonomi. Dr. Nasr Farid Wasil, bekas mufti Mesir pula pernah menyatakan bahawa beliau sangat percaya sekiranya usaha pemboikotan tersebut dilakukan secara bersama oleh semua umat Islam tidak kira di mana jua berada dan secara konsisten, ekonomi dunia Barat akan lumpuh selumpuh-lumpuhnya. Namun, ketidak seriusan dalam melakukan sesuatu tindakan dan takut kepada amaran serta ugutan daripada kuasa-kuasa besar dunia sering membantutkan usaha tersebut, selain daripada sikap kebanyakan umat Islam sendiri ya ng biasanya ‘hangat-hangat tahi ayam‘ sahaja.
 
Penghinaan yang umat Islam terima pada harta ini tidak boleh dipandang dengan sebelah mata sahaja. Golongan kuffur telah menggunakan apa jua ‘kekebalan’ yang diberikan oleh ideologi sekular untuk melakukan apa sahaja asalkan dapat memuaskan hati mereka dan menundukkan umat Islam. Justeru, walau di mana kita berada. walau di mana jua peringkat kita, kita tetap umat Islam yang sewajibnya ke atas kita mempertahankan Islam dan segala yang berkaitan dengannya. Para ulama semasa telah sepakat bahawa umat Islam pada hari ini hendaklah beriltizam dengan fatwa pemboikotan segala produk negara-negara yang melakukan penghinaan terhadap Islam secara terang-terangan.
 
Justeru, marilah kita berusaha merealisasikan fatwa tersebut, sebagai salah satu tanda kecintaan kita terhadap Islam dan Nabi kita s.a.w. Sesungguhnya, kecintaan tersebut akan menjadi benteng kepada kita di Padang Mahsyar kelak daripada penghinaan yang lebih besar. Ingaitlah Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang mafhumnya bahawa akan terdapat umat Islam di akhir zaman yang mencintai baginda s.a.w. walaupun tidak pernah melihat baginda s.a.w. secara zat. Justeru, pastikan kita berada dalam golongan umat Islam yang sentiasa mempertahankan Islam daripada terus difitnah, difitnah, difitnah, dan difitnah.
Join Affiliate Shopee Percuma Klik - AFFILIATE SHOPEE
See also  5 Cara Untuk Berfikir Kreatif
0 comments… add one

Leave a Comment