Perkahwinan Irma Hasmie Dan Reza Syah Azmeer

Alhamdulillah, antara artis wanita yang bertudung litup kini dahpun mendirikan rumah tangga. Siapa lagi kalau bukan Irma Hasmie yang cantik lagi ayu ini. Pernah berkenalan dan berhubungan dengan Nabil Raja Lawak tetapi mungkin jodoh mereka tidak kuat dan masing-masing membawa haluan sendiri. Nabil sudahpun mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihan hatinya dan kini Irma Hasmie pula mendirikan rumah tangga dengan lelaki pilihan hatinya. Inilah jodoh yang ditentukan oleh Allah S.W.T untuk mereka.

Pertemuan ketika menjalani ibadah umrah tahun lalu diakhiri dengan ikatan perkahwinan apabila pelakon dan pengacara tempatan, Irma Hasmi Ibrahim sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Reza Syah Azmeer Mohd Redzuan dengan sekali lafaz.

Majlis pernikahan ringkas tetapi meriah ini diadakan di Dewan Persidangan, Kompleks Perbadanan Putrajaya kira-kira jam 3.50 petang, Jumaat.

Dihadiri kira-kira 300 orang jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga pengantin kedua belah pihak dan wakil media, pasangan ini dinikahkan sendiri oleh ayah Irma iaitu Ibrahim Omar di hadapan Penolong Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk Putrajaya, Mohd Redza Ahmad.

Pihak perempuan telah menerima 11 dulang hantaran daripada pihak lelaki dan dibalas 13 dulang. Selain daripada sebentuk cincin, Redza telah memberi barang hantaran lain seperti sirih junjung, manisan, jam tangan, tas tangan, set mandian serta coklat.

Manakala Irma membalas dengan sebentuk cincin, sirih junjung, Al-Quran, sejadah, kurma dan komputer riba.

Majlis resepsi pasangan ini akan diadakan di Dewan D2, Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) pada 1 Julai, jam 8 malam.

bunting-murah bua tduit dengan youtube adsense

Comments

0 comments… add one

Leave a Comment