Potensi Diri yang Terpendam

Potensi Terpendam

Seekor anak harimau tersesat ke dalam kumpulan anak-anak kambing di padang rumput. Ketika bermain—main, anak-anak kambing begitu berbangga memiliki sepasang tanduk yang baru tumbuh di kepala masing-masing. Malangnya si anak harimau puas meraba-raba kepalanya, namun tidak ada tanda-tanda sebarang rupa tanduk akan tumbuh.

Menjelang senja anak harimau kembali menemui ibunya di hutan lalu memprotes: “Ibu, mengapa kita tidak ada tanduk seperti kambing?” “Anakku, kambing hanya memiliki sepasang tanduk yang hitam dan kasar, tetapi kamu sebenarnya memiliki sepasang taring yang lebih cantik, putih dan kuat di dalam mulutmu,” sambil menunjukkan sepasang taring yang mula tumbuh di dalam mulut anak harimau. “Malah kamu mampu mengaum dengan lebih kuat dan menakutkan haiwan Iain, sedangkan kambing hanya boleh mengembek sahaja.”

Pengajarannya, janganlah berasa rendah diri dengan kelebihan yang climiliki orang Iain sedangkan Allah s.w.t. memberikan kita bermacam-macam kelebihan yang belum kita ketahui dan masih terpendam dalam diri kita.

Profesor dengan Pendayung

Sampan Suatu masa, seorang profesor hendak menyeberang sebatang sungai dengan sebuah sampan. Ketika sampan berada di gigi air, dia bertanya kepada pendayung sampan: “Kamu pandai menulis dan membaca?”

“Er… er… Tidak. Saya buta huruf,” jawab pendayung sampan. “Kamu telah hilang separuh daripada kehidupan kamu. Orang yang buta huruf hilang separuh keupayaan untuk hidup dengan berjaya.” Sampan semakin ke tengah sungai. Profesor bertanya lagi: “Kamu ada menyimpan wang dalam bank?”

“Er… er… Tidak. Pendapatan saya hanya cukup-cukup makan,” jawab pendayung sampan Iagi. “Kamu hilang separuh Iagi daripada kehidupan kamu. Orang yang tidak menyimpan Wang tidak boleh hidup selesa pada hari tua nanti.”

Sampan sampai ke tengah sungai. Arus semakin mengganas. Tiba-tiba sampan itu bocor. Air masuk dengan banyaknya dan sampan hampir tenggelam. Si pendayung segera bertanya kepada profesor: “Tuan pandai berenang?”

“Eh…eh…saya tidak pandai berenang ” jawab profesor dalam nada panik. “KaIau begitu tuan akan kehilangan seluruh hidup tuan!” Pengajarannya, jangan memandang rendah ke atas sifat lahiriah orang lain. Mungkin dia memiliki keistimewaan dan potensi diri anugerah Allah s.w.t. yang tidak kita miliki.

Yakin Membangun Potensi 

Potensi diri merupakan kemampuan dan kekuatan, baik yang belum wujud mahupun yang telah wujud serta yang dimiliki seseorang tetapi belum sepenuhnya terlihat atau dipergunakan secara optimum.

Kita sering berasa dan beranggapan bahawa kita tidak memiliki sesuatu yang istimewa untuk ditampilkan kerana kita
tidak menyedari potensi diri kita dan tidak meneroka bersungguh-sungguh.

Kadang-kadang kita menolak suatu kesempatan kerana kita berasa tidak mampu melakukannya. Seandainya kita yakin, kita pasti boleh melakukannya. Semuanya bergantung kepada keyakinan diri kita. Jika kita yakin, kita boleh!

Vince Lombardi berkata: “Sese0rang boleh mencapai setinggi mana kejayaan yang diingininya. Jika anda yakin dengan  diri anda dan mempunyai keberanian, kesungguhan, dedikasi, daya saing, rela berkorban perkara-perkara kecil dalam hidup dan sanggup membayar harga yang mahal bagi perkara yang bermanfaat, ia mampu dilakukan.”

Tahap keyakinan diri berpunca daripada diri kita sendiri. Implementasi daripada kepercayaan diri, kita boleh melakukan sebarang tugasan yang sulit serta mengeluarkan isyarat positif yang akan menarik reaksi daripada alam semesta, sama ada alam besar seperti Iangit, bumi, matahari, bulan, bintang, awan, angin, udara, gunung-ganang, bukit-bukau dan laut
mahupun makhluk seperti haiwan dan manusia termasuk makhluk ghaib seperti malaikat, jin dan syaitan.

Isyarat tersebut akan mempengaruhi roh, jiwa, minda dan semangat kita untuk bekerja. Jika kita yakin, alam akan memberi respons keyakinan kepada kita dan keyakinan itu akan memacu kenyataan. Jangan sekali-kali berasa takut untuk mencuba. Kita tidak akan menemui sesuatu yang berharga dalam diri kita sebalum kita mencubanya. You’ll never know, until you try, maksudnya, “Anda tidak akan tahu selagi anda tidak mencuba.” Lihatlah ke muka cermin dan katakan pada diri sendiri: “Saya b0leh!”

Kekurangan Sebagai Batu Loncatan

Jika ada orang atau persekitaran memberi respons negatif terhadap diri kita, hendaklah diabaikan. Ini merupakan suara sumbang yang akan merosakkan semangat kita. Kita tidak dapat mengelakkannya. Kuatkan diri. Kita mahu buktikan kepada mereka bahawa apa yang mereka fikirkan tentang diri kita adalah salah. Kita mahu tenaga negatif ini kita pindahkan menjadi tenaga positif untuk memacu kejayaan.

Virginia Satir berkata: “Jangan biarkan sudut pandangan orang lain yang terbatas membentuk diri kita

Setiap orang pernah mengalami penghinaan, perlecehan, diragukan dan dianggap remeh. Masa alam kanak-kanak saya di kampung, kaki-kaki buli kampung menggelar saya “Mat Singgea” kerana gigi hadapan atas saya yang jongang.  Sementara datuk saya pula memanggil saya dengan panggilan manja “Lotong Atuk” kerana warna kulit saya yang gelap berbanding dengan cucu-cucunya yang lain. Lotong ialah spesies monyet yang berbulu hitam legam, cuma mukanya berbelang putih.

Namun kedua-dua perlecehan itu tidak pernah membuat diri saya rasa terhina. Orang yang berjaya memacu semua perlecehan menjadi kunci kejayaan, sedangkan orang yang gagal menjadikan itu sebagai pemacu keburukan dan kegagalan.

Menurut Prof. Howard Earl Gardner, seorang profesor psikologi pembangunan di Hanlard University, potensi yang terpenting adalah intelek iaitu:

1. Intelek linguistik:

Kemampuan menggunakan dan mengolah kata—kata sama ada lisan atau tulisan, secara efektif. Intelek ini dimiliki oleh sasterawan, editor dan wartawan.

2. Intelek matematik-logik:

Kemampuan penggunaan bilangan pada kepekaan pola logik dan perhitungan.

3. Intelek ruang:

Kemampuan mengenal bentuk, benda dan menangkap dunia visual secara cepat. Intelek ini dimiliki oleh arkitek, pereka dalaman dan pemburu.

4. Intelek kinestetik-jasmani:

Kemampuan menggunakan gerak tubuh untuk mengekspresikan gagasan dan perasaan. Intelek ini dimiliki oleh pelakon, penari, pengukir, atlet dan ahli bedah.

5. Intelek muzikal:

Kemampuan mengembangkan, mengekspresi dan menikmati bentuk-bentuk muzik dan suara. Intelek ini terclapat pada pencipta
lagu dan penyanyi.

6. Intelek interpersonal:

Kemampuan mengerti dan menjadi peka terhadap perasaan, motivasi dan watak suka duka orang lain. Intelek ini dimiliki oleh
motivator dan fasilitator.

7. Intelek intrapersonal:

Kemampuan mengenali diri sendiri, merenung dan menilai keseimbangan diri.

8. Intelek naturalis:

Kemampuan mengenal alam, flora dan fauna dengan baik.

9. Intelek eksistensi:

Kemampuan menjawab persoalan kewujudan manusia, seperti erti hidup, tujuan manusia diciptakan, tujuan hidup dan akhirnya mati.

Jadi bezanya cuma bergantung kepada sikap kita (reaksi) dalam menangani aksi yang ditimpakan ke atas diri kita.

Potensi diri boleh dikenal pasti melalui tiga skop:

1. Kemampuan asasi seperti tahap kecerdikan (intelektual), kemampuan visual atau menggambarkan yang abstrak, logika dan daya pencapaian.

2. Etika kerja seperti ketekunan, ketelitian, kelicinan dan daya tahan menghadapi tekanan.

3. Keperibadian iaitu pola menyeluruh kemampuan, perbuatan sefta kebiasaan seseorang sama ada jasmaniah, rohaniah,
emosi atau sosial yang digarap dalam beraneka pengaruh persekitaran.

Potensi dalam diri individu secara semula jadi mempunyai sifat:

1. Mengenal dan mengiktiraf Allah s.w.t.
sebagai kuasa Pencipta mutlak.

2. Hidup bermasyarakat.

3. Sifat berkasih sayang.

4. Mengejar kejayaan dan
kecemerlangan.

5. Memiliki sikap berlumba-lumba untuk
berbuat yang terbaik.

6. Survival untuk hidup hingga ke titisan
darah yang akhir.

7. Menolong orang lain yang susah.

8. Taat kepada kepemimpinan.

Serlahkan

Potensi diri telah wujud dalam diri setiap insan sejak kelahirannya, malah dibawa daripada gen ibu dan bapa sejak dalam kandungan Iagi. Potensi ini ibarat isi padu air terjun yang berkumpul di puncak gunung atau takungan air empangan di tanah tinggi, bersedia untuk turun ke kontur yang Iebih rendah mengikut ketinggian masing-masing. Jika air teijun itu tinggi, maka besar dan tinggilah potensinya hingga mampu untuk menjadi pemandangan yang indah, menjadi tempat berkelah dan pelancongan, malah mengeluarkan bunyi yang menggerunkan dan kadang-kadang menghasilkan lingkaran tujuh warna
pelangi yang cantik.

Takungan air di empangan pula mem-punyai potensi yang tinggi untuk meng- hasilkan kuasa elektrik yang bermanfaat untuk keselesaan hidup umat manusia. Potensi dalam diri manusia akan keluar melalui sembilan bidang atau skop di atas untuk menghasilkan pencapaian, kejayaan dan kecemerlangan.

Begitulah uniknya manusia ciptaan Allah s.w.t. yang mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri, namun saling lengkap melengkapi antara satu sama lain. Benar, manusia bukan lemah tetapi unik. Dengan mengenali potensi diri yang masih terpendam dalam diri individu, kejayaan lebih mudah untuk dicapai.

 

bunting-murah

Comments

1 comment… add one
  • Rudy

    jangan rasa terhina dgn kekurangan sendiri dan jangan pandang rendah terhadap kekurangan orang lain 🙂

Leave a Comment