5

Rahsia Bawang Putih

by Dunia Maklumat

Bawang putih1. Mengurangkan risiko strok.

Bawang putih akan merangsang penghasilan nitric oxide pada dinding saluran darah. Ini akan membantu saluran darah untuk mengembang dan seterusnya mengawal tekanan darah dengan baik bagi mengelakkan risiko darah tinggi dan strok.

2. Mengurangkan risiko kanser.

Bawang putih kaya dengan bahan antioksidan seperti selenium yang membantu mengurangkan free radical di dalam darah. Ini akan mengurangkan risiko seseorang mendapat kanser.

3. Anti bakteria dan antivirus.

Sejenis bahan Allicin yang terkandung di dalam bawang putih ini bertindak sebagai antivirus dan antibakteria dalam memusnahkan beberapa mikrob. Jadi, ianya amat baik untuk jangkitan perut, jangkitan influenza dan sebagainya.

4. Antiinflamasi.

Kajian juga menunjukkan bawang putih mempunyai bahan antiinflamasi yang dapat membantu mengurangkan penyakit asma, mengurangkan inflamasi pada arhritis pada sendi seperti rheumatoid atau pun osteoarthritis.

5. Mengandungi banyak iodin.

Kandungan iodin yang tinggi di dalam bawang putih amat baik untuk pesakit yang menghidap hypertiroid.

6. Membantu sistem pencernaan.

Bawang putih akan merembeskan gastric acid pada lapisan perut yang akan membantu proses pencernaan di dalam saluran makanan.

7. Meningkatkan sistem imunisasi.

Terdapat kajian yang mendapati bahawa pengambilan bawang putih sebanyak 2 hingga 3 biji sehari selama tiga minggu akan meningkatkan aktiviti sel darah putih untuk melawan jangkitan dan tumor.

8. Mengurangkan kolesterol dalam tubuh.

Kandungan Di-sulphide di dalam bawang putih membantu menurunkan nilai kolesterol di dalam saluran darah dan seterusnya mengurangkan risiko penyakit jantung.

{ 5 comments… read them below or add one }

beckhrooy February 20, 2013 at 9:55 am

memang banyak khasiat yang boleh diberikan kpd badan kita

Reply

Denaihati March 14, 2013 at 11:17 pm

nak makan terus macam no.7 tu berat sikit kalau tak terpaksa.

Reply

Minda Kini March 15, 2013 at 11:45 pm

Rupanya banyak juga kelebihan bawang putih, elok juga kalau di amal..

Reply

hafizrahim March 17, 2013 at 11:12 am

makan mentah2 memang bagus untuk kesihatan..tapi rasanya tu yang buat tak tahan..masuk mulut, kunyah & telan..terus minum air..hehe

Reply

sha March 18, 2013 at 12:13 pm

suka juga masukkan bawang putih bila memasak di rumah :)

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: