Sebelum Ijab dan Qabul Dilafazkan

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

Sebelum Ijab dan Qabul Dilafazkan

“Sebelum diijabkabulkan syariat tetap membataskan, Peiajari ilmu rumah tangga agar kita lebih bersedia menuju hari yang bahagia”

DEMIKIANLAH bunyi dua rangkai kata daripada iirik nasyid nyanyian In-Team yang memberj erti bagi mereka yang benar-benar menghayatinya. Tetapi sebaliknya bagi yang menikmatinya sekadar ‘halwa telinga’ semata-mata. Hanya dengan ikatan pertunangan atau istilah popularnya ‘takdim‘ sahaja, sesetengah kita sudah menjadi tidak keruan, mana satu yang patut dituruti: syariat atau nafsu.

Menjadi kebiasaan masyarakat kita memulakan hubungan yang sah antara dua hati dengan ikatan pertunangan terlebih dahulu. Dan sememangnya terdapat dalil-dalil yang mensyariatkannya daripada al-Quran mahupun hadis nabi s.a.w. Banyak hikmah dan manfaat yang bakal diperoleh bila mana ia dilaksanakan bertepatan dengan syarat-syarat dan adab-adab yang telah digariskan. Menganggap ikatan mukadimah ini sebagai satu wasilah atau lesen untuk mengharuskan perkara yang haram adalah satu penyelewengan dan dosa yang nyata- Malangnya, realiti hari ini mendedahkan kepada kita wujudnya segelintir ilmuwan yang kononnya berpegang teguh kepada prinsip agama turut terjebak dalam kemelut seumpama ini. Sempadan syariat sudah dianggap satu belenggu yang sentiasa mengongkong runtunan hawa nafsu. Tiada lagi rasa bersalah dan malu kepada Pencipta Yang Maha Melihat. Lantas, dosa dan pahala bagaikan laiat yang singgah di batang hidung lalu dihalau kemudian terus hilang. Golongan seperti inilah yang kita bimbangkan akan mengelirukan masyarakat yang pastinya dahagakan qudwah hasanah dan tunjuk ajar.

Justeru, beberapa perkara yang perlu sama-sama kita perhatikan dalam memastikan segala gerak laku kita tidak tersasar daripada apa yang telah diatur oleh Allah s.w.t. Antara adab-adabnya ialah:

1. Mesti menganggap tunang sebagai seorang ajnabi yang tiada hubungan langsung dengan kita kecuali hanya sedikit ikatan yang belum pasti. Oleh itu, banyak perkara yang perlu dijaga dan batas-batas syariat yang perlu dipelihara. Pun begitu, Islam memberi kelonggaran dalam beberapa perkara antaranya, disunatkan bahkan digalakkan bagi pihak lelaki melihat muka dan tapak tangan bakal isteri.

2. Dilarang berkhalwat semata-mata untuk melihat pasangan. Haram hukumnya mengikut ijmak para fukaha’. Sabda Rasulullah s.a.w:

“Tidak bersunyi-sunyi antara seorang lelaki dan perempuan melainkan yang ketiganya adalah syaitan kecuali bersamanya mahram”.

3. Tidak dibenarkan keluar berdua-duaan sama ada di tempat terang atau gelap, berchatting, berbalas SMS, bercakap melalui telefon dan sebagainya yang boleh mendatangkan fitnah terhadap kita sehingga ada yang mengatakan inilah dia ikhtilat halimunan (tanpa bersua muka), melainkan untuk berbincang perkara yang penting dengan syarat ditemani mahram atau orang yang dithiqahi(dipercayai) serta tidak menimbulkan fitnah.

4. Menyingkatkan tempoh pertunangan adalah Iebih baik daripada menangguh- nangguhkan ke suatu masa yang agak lama atau menyegerakan perkahwinan. lni kerana syaitan tidak akan berdiam diri bila
mengetahui dua hati anak Adam ini akan disatukan. Rasulullah s.a.w pernah bersabda:

“Jika seseorang itu telah berkahwin, maka ia telah menyempurnakan separuh daripada agamnya. Maka bertakwalah kepada Allah pada yang separuhnya lagi”

5. Lazimkan diri dengan solat hajat, taubat dan istikharah. Ini kerana dalam tempoh pertunangan pelbagai perkara yang tidak di undang boleh terjadi. Berdoalah semoga Allah menentukan pasangan yang terbaik buat diri kita. Ingatlah! Perkahwinan bukan sekadar untuk berseronok atau ingin bersama dengan orang yang dlcintai bahkan lebih dari itu banyak tanggungjawab yang bakal dipersoalkan.

Apakah yang perlu kita persiapkan sebelum menempuh detik-detik paling indah? Kebanyakan kita masih keliru apakah yang harus dilakukan. Apa yang pasti, hantaran, baju pengantin, kenduri dan lain-lain yang tidak ada hubungannya dengan kebahagiaan rumah tangga yang dirunsingkan. Justeru, antara hal-hal yang patut di fikir dan diadaptasikan bersama sebelum ijab dan qabul dilafazkan ialah:

1. Belajar untuk tidak bersifat ego. Dalam menentukan jodoh, jangan terlalu bersifat egois dan menuntut kesempurnaan. Kita harus menerima kenyataan dan berfikir bahawa pasangan kita itu adalah memang diciptakan Tuhan untuk diri kita. Perlu saling memperbaiki antara satu sama lain. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :

“Mereka itu isteri-isteri mu adalah pakaian kamu dan kamu adalah pakaian mereka”. (al-Baqarah: 187)

2. Menghadapi perkahwinan dengan sikap dewasa. Seandainya pasangan masih bersikap seperti kanak-kanak, maka rumah tangga akan menjadi Iambat dewasa sama ada dari segi berfikir, dalam masalah kewangan, mendidik anak dan sebagainya.

  • Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==

3. Bersiap sedia dalam menghadapi masalah yang timbul pada bulan-bulan, pertama. Masalah yang agak berat dihadapi ialah pada tiga bulan terawal. Ini berlaku disebabkan pasangan baru sahaja dalam proses menyesuaikan diri. Oleh itu, perlulah banyak bersabar dan tanamkan keyakinan dalam diri. Pernah suatu ketika seorang Ielaki datang menemui Saidina Hassan bin Ali r.a dan bertanya:

“Wahai Hassan, anak perempuan saya telah dipinang oleh ramai Ielaki, kepada siapa saya harus memberikannya?

Hassan menjawab: “Kahwinkanlah puterimu dengan orang yang bertakwa kepada Allah. Jika dia menyenang puterimu, maka ia akan menghormatinya dan jika dia benci, dia tidak akan menzaliminya.”

4. Memastikan kesihatan fizikal dan mental dalam keadaan normal dan stabil. Tubuh badan yang sejahtera dapat melahirkan pemikiran yang cergas, ceria dan bahagia. Jangan selalu menyendiri. Sebaliknya carilah sahabat yang jujur dan ikhlas serta boleh diajak berbincang dan memberi pandangan. Bertanyalah kepada mereka yang berpengalaman. Jangan terlalu malu dan berahsia. Ingatlah, isu perkahwinan di dalam konteks kehidupan manusia adalah salah satu perkara yang mudah diketahui umum. Lantaran itu, usah cepat melenting sehingga menjarakkan hubungan dengan
orang Iain apabila tidak suka perkara ini dihebohkan. Oleh itu jauhilah sikap negatif yang boleh memutuskan hubungan silaturahim. Sabda nabi s.a.w yang bermaksud:

“Di hari kiamat kelak nilai orang yang menyombongkan diri tidak sampai nilainya seperti kepak nyamuk”. (HR Bukhari)

Apabila segala urusan telah selesai dan tarikh perkahwinan telah disepakati, sewajarnyalah pada waktu sebegini mereka yang hampir dengan kita sudah dimaklumkan. Antaranya kaum kerabat yang dekat mahupun jauh, orang tengah, jiran sebelah, exco dan lain-lain yang dirasakan perlu. Ahli bait adalah orang yang terawal sepatutnya mengetahui hal ini kerana merekalah yang banyak membantu dan paling dekat dengan kita (Seandainya perkahwinan berlangsung di Mesir).

Perlu diingatkan, apabila seseorang bertemu jodoh di perantauan yang jauh daripada kaum keluarga, peranan orang tengah atau lebih formalnya mas’ul bait Muslim sebagai pengganti ibu bapa atau ahli keluarga adalah perlu. Apa yang menyedihkan terdapat di kalangan kita yang tidak memanfaatkan wasilah ini. Sebaliknya lebih suka mempraktikkan cara tersendiri yang sememangnya bercanggah dengan syariat. Dalam hal ini,‘ selain masalah yang berpunca daripada individu itu sendiri, peranan orang tengah juga patut diambil kira.

Peranan Orang Tengah

Tugas orang tengah bukan sahaja sebagai pemudah cara ketika pasangan mengadakan Iiqo’ bahkan ianya lebih berat dari itu. lhtimam perlu diberikan terhadap perihal kedua-dua bakal pengantin bermula dari liqo’ pertama sehinggalah pasangan itu diijabkabulkan sebagai pasangan yang sah.

Antara lainnya ialah :

1. Memastikan hubungan antara pasangan dalam keadaan baik serta terpelihara dengan adab-adab dan syariat yang telah ditetapkan. Dengan erti kata lain, tidak membiarkan pasangan begitu sahaja
selepas pertemuan kali pertama. Sesungguhnya manusia tidak terlepas dari sifat lalai dan silap. Oleh itu, nasihat dan teguran perlu diberikan dari masa ke semasa.

2. Mengambil berat perihal kebajikan pasangan terutamanya di saat terakhir sebelum diijabkabulkan dan menjadi penasihat kepada pengantin ketika mereka mula-mula menjejaki ambang rumah tangga, bermula dari malam pertama serta amalan-amalan sunat seperti mana yang telah diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat r.a.

3. Tunjukkan reaksi yang rasional dan positif. Biarlah kita yang memulakan perbualan dan persoalan kerana sememangnya bakal pengantin masih terlalu mentah dan malu serta mungkin tidak terlintas untuk bertanya itu dan ini. Justeru, binalah keazaman untuk membantu dan menjadi perungkai masalah kepada saudara kita dan bukan menjadi sebagai’pembesar suara’.

4. Mengambil sikap sebagai orang tua (ibu bapa, abang atau kakak). Jadilah seorang yang selesa untuk didekati dan semaikan keperibadian terpuji yang boleh mendekatkan orang lain kepada kita. Dengan itu ia dapat memudahkan kita untuk menyelesaikan sebarang masalah. Lahirkan kata-kata yang berhikmat dan sentiasa bermanis muka agar ianya menjadi penawar hati.

Seorang falsafah Islam yang terkenal, Imam al-Ghazali pernah mengibaratkan bahawa menempoh alam perkahwinan laksana mengharungi samudera yang luas, penuh gelombang dan badai Walau sehebat mana pun gelombang lautan itu, jika orang yang merentasinya menggunakkan kapal dan dilengkapi pedoman, InsyaAllah nakhodanya akan selamat sampai pantai bahagia yang menjadi impiannya.

Lantaran itu, dalam keghairahan kita menjejak kaki ke jinjang pelamin, aspek fizikal, moral dan spiritual tidak sepatutnya diketepikan. Semua perkara ini perlu diambil kira dan dipersiapkan sebaik mungkin agar kita lebih bersedia menuju hari yang dinanti-nanti dan mahligai yang di bina akan terus kekal bahagia di dunia dan di akhirat.

Join Affiliate Shopee Percuma Klik - AFFILIATE SHOPEE
See also  Eating Too Much Is Bad !
0 comments… add one

Leave a Comment