Selamat Hari Ibu

” Selamat Hari Ibu “

Imam Yusuf al Qaradhawi hafizahullah : Harus sambutan hari ibu dengan syarat : –

1) Semata mata penghormatan tambahan.

2) Tidak menganggap sebagai satu perayaaan mengkikut mafhum syarak.

Dr Muhammad Sa’id Ramadan al-Buti hafizahullah :
Jika cara sambutan Hari Ibu sebagaimana diamalkan masyarakat barat iaitu mengetepikan ibu,tidak menunaikan hak-haknya, tidak berlaku baik kepadanya sepanjang tahun kemudian memberikan perhatian sepenuhnya,mengisytiharkan kasih sayang dan berbuat baik kepadanya hanya pada Hari Ibu sahaja,maka jika begitu ia adalah BIDAAH yang DIHARAMKAN.

Jika sambutan itu ialah satu juzuk daripada bentuk mempamerkan kebaikan berterusan kepada ibu dan kasih sayang terhadapnya sepanjang tahun, maka tidak salah untuk turut serta bersama orang2 lain dlm usaha menegaskan hakikat sebenar berbuat baik kepadanya serta menyayanginya bersempena tibanya Hari Ibu.

Dr Abd Fatah Asyur :
Sambutan hari-hari tertentu yg memuliakan manusia atau memperingati peristiwa yang baik tidak disebut oleh sesiapapun sebagai sambutan keagamaan tapi ia ialah peluang menzahirkan perasaan bagus terhadap orang yg melakukan kebaikan kepada kita antaranya apa yang disebut sebagai Hari Ibu.

Ibu mempunyai kedudukan khusus dlm agama Allah bahkan dalam setiap agama,

Tidak dinafikan memang ada sesetengah ulama mengharamkan sambutan hari Ibu kerana asal usul sejarahnya,antara mereka ialah Syeikh bin Bazz Rahimahullah.

Walluhu A’lam…

Dunia Maklumat

bunting-murah

Comments

0 comments… add one

Leave a Comment